Aku dah kemaruk blog balik. Tak keruan rasanya sehari tak ngadap blog ni. Kes berat ni!!
Serba ringkas, aku kini di Melaka. SRD ada kursus di Hotel Everly Resort Melaka. Makanya aku anak beranak pun berkampung di rumah emak di sini. Tak bolehlah ikut SRD. Nasib baik cuti sekolah, dapat juga balik kampung, kalau tidak pasti kami di rumah saja,
Dua hari sebelumnya, Arif meragam. Asyik menangis saja. Bila malam saja menangis. Tidur pun tak nyenyak. Badannya agak panas. Ada lagi bekalan ubat demam yang aku tak buka pun lagi semasa ke klinik untuk imunisasi waktu usianya 3 bulan . Aku beri pada dia. Alhamdulillah, demamnya kebah. Paginya aku lihat, telinganya berair semula seperti dulu. Aku pernah cerita di sini dan di sini. Risau juga aku! Tapi hari ini nampaknya alhamdulillah. Tiada lagi. Kita tunggu selanjutnya.
Emak aku kata, kalau dah sekali kena, biasanya bila demam atau selsema, kemugkinan untuk telinga tu berair semula amat tinggi. Emak aku cakap torek'en. Macam mana nak eja dengan betul ni perkataan torek'en tu? Bantai sajalah, yang pasti itu bahasa jawa ye.....
Emak kata, kalau zaman dia kecik dulu, mak uda aku selalu kena macam tu. Dari kecil sampai ke besar, bila demam atau selsema, telinga berair....huhu. Harap-harap tidak membahayakan. Doktor pun dah kata dulu, benda ni memang boleh berulang. Cuma kena lebih berhati-hati waktu mandikan Arif. Jangan sampai telinganya masuk air.
Arif pun dah aktif semula. Dah suka menjerit -jerit balik seperti dalam video klip sebelum ini. Bila tengok dia kembali ceria, aku pun ceria. Lapang rasa hati....alhamdulillah.
Errkk...apa kaitan cerita ni dengan tajuk aku tu?? Sebenarnya aku nak cakap, aku tak boleh bila sehari tak jengah blog ni ha!! Macam ada yang tertinggal aje....
~ يوس ~
salam yus..seronok ye..cuti balik kampung..
ReplyDeletesama lah kita yus..tak boleh tinggal nak jengok blog..
bagi akak tak sempat tulis tak pe..janji dapt baca..
salam
ReplyDeletesamalah kita .. macam tertarik2 ke komputer.
semoga penyakit Arif tidak berpanjangan.
saya pun tak tahu nak membahasakan diri sekarang.
sampai rumah tadi ngam-ngam 7 pm. letih dan ngantuk yg amat sangat ni.
@kak Erna
ReplyDeleteSalam...
Tulah kak, macam rasa tertinggal sesuatu hari itu kalau tak jengah blog.
Iya, saya di rumah emak...seronok sebab boleh manja2, makan masakan emak....:)
@al-lavendari
ReplyDeletesalam pakngah...
Rasanya saya lebih selesa panggil pakngah kot. Harap-harap begitulah, semoga penyakitnya tidak berulang lagi di masa akan datang.
Mesti pakngah penat tu, sempat lagi blogwalking, pakngah memang dah jadi blogger tegar ni....:)
harap2 arif cepat sihat...amin..
ReplyDelete@wahida
ReplyDeleteAlhamdulillah..Arif dah sembuh seperti sediakala..berkat doa auntie Wahida juga...:)