Saturday, November 06, 2010

Home » » Perkembangan telinga Arif...

Perkembangan telinga Arif...

Lanjutan daripada cerita telinga Arif berair dan bernanah yang lepas, selepas hampir 2 minggu, keadaannya on and off. Maksudnya, 3 hari baik, lepas tu berair lagi, selang 4 hari baik, tiba-tiba datang semula. Bukan ler berair sangat tapi dah kira macam lendir atau hingus cuma bezanya ianya keluar dari telinga dan bukannya hidung. 

Khamis lepas aku bawa dia ke Klinik Sejahtera di Parit Raja pula. Kali ni dapat dua jenis ubat, satu antibiotik dan satu lagi ubat untuk keringkan lendir tu. Dah takde ubat titik. Menurut doktor, kadang-kadang ubat titik tu pun menjadi punca  lendir atau air tu keluar semula. Nasihat dia, apabila mandi, pastikan air tak masuk ke telinga.

Hari ini, selepas dua hari gunakan ubat tu, perkembangannya positif. Telinga dia dah tak keluar lendir, tapi bila dibersihkan dengan putik kapas tu, keluar taik telinga keras pulak dah....hehe. Apa pun alhamdulillah, harap-harap tidak berulang lagi.

~ يوس ~

1 comment:

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...