Sunday, November 14, 2010

Home » » Aktiviti hari Ahad....

Aktiviti hari Ahad....

Hujung minggu biasanya memang family outing. Kalau tak balik ke kampung, kami berjalan-jalan sekitar bandar BP.Oh! Memang tiada apa yang menarik di sini. Setiap kali tetap ke destinasi yang sama. Tapi kami tak kisah, yang penting dapat jalan-jalan seisi keluarga, window shopping :P.

Cuti sekolah pun dah nak tiba. Lepas ni barulah dapat jalan-jalan jauh sikit kan Abah. Sempat juga ambil gambar dalam pada window shopping tu. (Ye ke window shopping tu? Ahaks!!)

Dalam troli bukan isi barang shopping, tapi isi car seat Arif...:thumbsup:

Keluarga kecil kami...;). Arif elok je tidur waktu ni dalam troli tu.
Bila dah penat berjalan, balik rumah hujan pula tu. Arif pula masih nak sambung tidur. Belum puas tidur lagi dia. Entah macam mana, aku pun boleh ikut tidur sekali sebelah dia atas katil tu. Hujan, sejuk-sejuk, memang best lah kan tidur...:thumbsup:. Anak-anak, sibuk main, SRD pulak tengok sukan Asia di tv. Al-maklum orang suka bersukan.

Bila terjaga dari tidur, dengar ada orang tengah kecoh-kecoh kat dapur. Ada orang masak ke? Sekali betul rupanya! Cik abang sayang @ SRD tengah masak di dapur. Masak untuk makan malam. ::: Masak apa tu bang?:::






Taraa...........





Dia buat tomyan campur (daging+ udang+sayuran)
Best sungguhlah! Hari minggu jalan-jalan, balik tidur, lepas tu ada orang masakkan lagi. Sayang abang tau!..:heart:. Lenkali boleh buat lagi eh! :P

~ يوس ~

4 comments:

  1. uwaaa...tetiba rindu dgn batu pahat..ekeke..akak jalan2 kat pacific mall tu kan(eh, betul ke tu?xigt sgt nama mall tu)

    ReplyDelete
  2. fuiyooo....cik abang masak....hubby mmg suka masak ke kak?

    ReplyDelete
  3. @Kamalia
    Betulah tu, atau nama lainnya BP Mall..:D

    ReplyDelete
  4. @wahida
    Dia memang suka ke dapur kalau bukan hari bekerja, rajin masak benda yang dia suka makan...hehe

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...