Tuesday, November 09, 2010

Home » » Lempeng

Lempeng

Salam pagi Selasa...

Hari ini bangun pagi seperti biasa. Siapkan anak-anak untuk ke sekolah. Kami sekeluarga sarapan lempeng di cicah dengan sambal sotong hari ini.

Sebut pasal lempeng, ini memang menu sarapan yang menjadi pilihan SRD. Bukan saja untuk waktu pagi, untuk makan malam pun, kalau mood nak makan nasi dia takde, dia minta aku sediakan lempeng. Dan aku rasa, kalau balik ke rumah emak aku atau emak dia pun, lempeng tetap menjadi sarapan pilihan. 

Minggu lepas balik Muar pun, MIL sediakan lempeng di pagi Sabtu. Makan boleh berebut-rebut. Ada 3 keluarga yang balik, tepung 1kg di buat lempeng, tak cukup, dimakan pula bersama kari ayam, memang sedap.Kalau tak kerana ingat orang belakang, mesti sekali hadap terus licin.

Kalau balik Melaka pun, ayah aku memang suka lempeng. Kiranya satu keluarga memang suka menu ni. Anak-anak aku pun suka, tapi mereka makan dengan gula. Nak buat pun mudah. Korang semua sarapan apa tadi?

Lempeng yang aku makan bersama sambal sotong sebentar tadi .....kenyang perut, sukahati :)

~ يوس ~

6 comments:

  1. perrgghhh...lempeng sambal sotong tu...lama x makan lempeng...weekend ni nak buat lempeng la...thanks 4 the idea...
    sarapan tadi mkn mee kari, beli kat pantry..tapi ada rambut...terus kembang tekak...huwaaa!!!!

    ReplyDelete
  2. Yus... lempeng memang sedap... lempeng kelapa ke?

    ReplyDelete
  3. @wahida
    adohai!! memang membantutkan selera bila dah jumpa benda2 mcm tu kan Wahida. Mungkin tak sengaja, hmm..mee kari sedap juga tu :D

    ReplyDelete
  4. @aNIe
    Takdelah kak, lempeng biasa je, tepung + air + telur + garam sikit...:D

    ReplyDelete
  5. lama tak rasa lempeng....abah sy suka buat lempeng...terbaik....tapi kami suka cicah dgn susu..eheheh....mcm kanak2 je kan.....

    ReplyDelete
  6. aduhai lamanya tak buat lempeng...buh kelapa pun sodap ni

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...