sumber : google |
Emosi tidak menentu dari petang semalam. Setelah 4 hari SRD tiada di sisi (outstation lagi) emosi aku mula terganggu.
Namun membaca ayat ini membuat aku tersenyum dan ceria semula. " We smile not because everything is fine. But everything is fine because we smile ".
Di petik dari blog ini. Terima kasih kerana menceriakan pagi akak yang suram. Semuanya pasti baik dengan senyuman. Selain boleh buat kita awet muda kan...
Seawal 5 pagi dah terjaga dari tidur. Arif dah mula ajak berbual. Sampai pukul 6.15 matanya dah mula mengantuk semula. Tapi ketika itu aku perlu kejut Aqil, Alia dan Abid untuk bangun. Masa untuk sekolah. Perlu bersiap segera. Hujan pula turun dengan lebatnya. Hmm...
Aku pinta Abid melayan Arif. Sesudah Subuh, Aqil dan Alia masih belum selesai mandi. Adoi hai.!! Arif mula meragam. Dia dah mengantuk. Aku jadi stress seketika. Belum buat air minum dan bekalan untuk budak2 tu. Sarapan jauh sekali. Ku cuba pujuk dia, masih tak menjadi. Di saat ini aku perlukan cik abang sayang...huhu, bila nak balik bang?
Berjaya juga tidurkan dia semula. Tetapi ketika itu sudah pukul 6.55. Lagi 5 minit pukul 7. Hujan masih turun. Perlu segera. Sediakan milo untuk Aqil minum bersama roti, buatkan air oren Sunquick untuk dia bawa ke sekolah. Nak keluar, tapi hujan. Ku pujuk Alia dan Abid tinggal saja di rumah bersama Arif sementara aku hantar Aqil ke sekolah. Risau pula keluar masuk kereta bersama si kecil Arif.
Dalam perjalanan pulang, singgah beli nasi lemak yang Alia pesan di tepi jalan. Dalam hujan yg masih agak lebat itu. Nasib baik ada juga akak tu berniaga dalam hujan ni. Sampai rumah semula, bersarapan bersama Alia dan Abid.
Setelah itu, keluar mengahantar Alia pula ke sekolah. Kali ini ku bawa bersama Abid dan Arif, takkan nak tinggal pula. Hujan pun tinggal renyai-renyai saja. Sampai di rumah, tidurkan Arif semula. Abid pun tidur semula. Kesian dia. Takut dengan serangga terbang itu (kalakatu). Biasa akan keluar dengan banyak bila nak hujan dan suka pada cahaya.
Peluang untuk rehatkan minda seketika. Baca BH online, tengok fb dan blog. Meluahkan.....
Ada lagi kerja perlu dibereskan.
~ يوس ~
mmg stress kalau suami x de di sisi utk membantu menguruskan anak2..
ReplyDelete@wahida
ReplyDeletetulah, tapi nak buat mcm mana dah tuntutan kerja dan tanggungjawab dia. Nak tak nak, rela tak rela, kenalah menyokong untuk kebahagiaan bersama kan..