Salam buat semua,
Pagi Isnin. Bermula lagi rutin harian, kejutkan anak-anak untuk ke sekolah. Macam biasa, semua memang liat sangat nak bangun. Tapi mereka bangun juga, kalau tidak mesti kena bebel kan. Perempuan ni memang suka bebel ye?
Dulu aku dah boleh menarik nafas lega, bila anak dara aku yang seorang itu dah berani tidur di bilik sendiri. Tapi sekarang ni tidak lagi. Bila nak kejut mereka pagi-pagi, mesti dia ada di bilik abang dan adiknya. Sebenarnya daripada malam dah tidur di situ. Takut sangat dia nak masuk bilik dia. Dah bangun ni, nak ambil tuala di bilik sendiri untuk ke bilik air pun takut. Nak ambil baju pun takut. Suruh lah dia apa-apa pun yang memerlukan dia ke biliknya, mesti geraknya lambat, malas atau paling tidak di suruhnya adik dia teman.
Susah ni. Aku pun dah tak tahu nak buat macam mana? Semuanya berpunca dari kejadian di suatu petang. Ketika dia bermain di luar rumah.Dia ternampak ular hitam kecil sebesar ibu jari bersembunyi di celah tiang dekat dengan tingkap biliknya. Ular tu di lantai ye , tapi dia macam perasan ular tu akan masuk bilik dia kot. Malam tu saja dia dah mimpi ular. Dia masih tidur di biliknya pada malam kejadian tu, tapi bangun je pagi tu, dia kata dia mimpi. Mimpi ular tu datang, dan nak patuk dia. Siap dia pegang lagi kepala ular tu. Ada adegan kejar-mengejar lagi dan boleh dia tunjuk aksi bagaimana ular tu nak patuk dia, sampai ke bilik sebelah. (Mimpi ye, bukan betul)
Orang dulu-dulu kata, kalau anak dara mimpi ular, maknanya ada orang nak masuk meminang. Anak dara aku baru nak masuk 6 tahun, tak kan dah ada orang nak masuk meminang? Aku tak nak lah dia sampai ke besar masih nak menyelit tidur dekat abang dan adiknya kan. Kalau aku marah, lagilah dia nak tidur di bilik aku.
Bila aku kata, ular tu sesat je, dia tak datang lagi. Sebab yelah, masa hari ular tu muncul, ada orang membersihkan semak samun di kawasan tanah lapang di seberang jalan kawasan perumahan aku ni. Tapi, selang seminggu lepas tu, aku pula nampak ular melintas kat belakang rumah tu, elok je menyorok di longgokkan kayu di rumah jiran sebelah. Jiran aku ni tengah renovate dapur dia, maka banyaklah barang yang bersepah. Jadi, elok-elok takutnya dah kurang, datang balik. Aku pun seram juga sebenarnya...
Buat aku tambah pening, bukan saja di bilik dia tu dia takut, di kawasan lain semua dia takut. Lebih-lebih lagi bila tiada orang di situ. Sebelum ni ok je. Nak ke dapur pun takut walaupun di siang hari kalau tiada orang di dapur. Aduhai!!...Susah ni. Ada siapa-siapa boleh bagi cadangan apa aku nak buat ye, untuk hilangkan rasa takutnya tu?
~ يوس ~
alamak susah jugak ye kalau hari2 takut sampai mcm tu sekali...apa kata kalau yus letak anak patung feveret dia kat dlm bilik atau beli lampu ala2 binatang bagi dia seronok masuk bilik dia sendiri..harap2 membantu la idea yg x seberapa ni..
ReplyDelete@wahida
ReplyDeleteWinnie the pooh dia penuh dalam bilik tu, tapi semua dia keluarkan ke bilik abangnya, takut punya pasal..dan dia sanggup tak pegang benda tu semua dari masuk bilik dia sorang-sorang..
Thanks wahida, beri idea...mmuah:)
Alamak kak, kita pun takut camni. hihi.. seram la kalo ada ular camtu. Mmg amik masa kot nak lupakan tu. Kita dulu masa kecik (sekolah) pun camtu penah nmpak ular lidi kat tingkap pastu berbulan jugak la nak pegi kat area tingkap tu. huhu..kene amik masa jugak kot kak untuk dia lupakan. Macam Batrisya ni pun sama gak takut gelap, sejak tengok citer antu kat tv aritu dia jadi penakut gak. Tapi lama2 cakap takde apa2 cuma dlm tv pstu dia dah ok sikit. hehe... sambil tu kak yus pujuk la cara lain konon2 letak la bunga ke apa ke kat tingkap tu kata ada benda ni ular x dtg dah. hahah..
ReplyDelete@Asmara
ReplyDeleteSebenarnya dia ikut perangai akak juga tu As...hihi. Kecik2 dulu akak pun suka tengok citer hantu, lepas tu mulalah terbayang2, sekarang ni tak suka sangat tengok, sebab tak nak teringat-ingat tu lah. Memang ambil masa kan...