Saturday, November 13, 2010

Home » » Ku tersepit jari kelingking anakku Arif....

Ku tersepit jari kelingking anakku Arif....

 

Masih rasa sedih ni. Pagi tadi selepas mandikan Arif dan pakaikan baju dia, aku perhatikan kuku jari jemarinya dah makin panjang. Seperti biasa aku sepit kukunya dengan penyepit kuku. Bila tiba jari yang terakhir, jari kelinking tangan kirinya, susah betul nak menyepitnya. Mata aku pun memang dah tak berapa terang. Aku takut tersepit isinya, dengan dia asyik bergerak.

Aku sebenarnya ada masalah penglihatan untuk mata kiri. Walaupun dah pakai cermin mata, kalau mata kanan aku di tutup, memang aku tak boleh nampak dengan jelas. Kalau membaca langsung tak boleh, kiranya bergantung pada mata kanan yang lebih.

Oops melalut pulak cerita pasal mata. Berbalik pada kuku jarinya yang terakhir tadi, oleh kerana Arif dah meragam, aku susukan dia. Tapi aku ni tak sabar. Oleh kerana abahnya ada di sebelah, aku suruh dia sepit kuku Arif sementara aku susukan dia. SRD dah kata susahlah. :::Tak dapat pun kuku dia ni::: :::Abang cubalah betul-betul::: Sekali tiba-tiba, melalak sakan si Arif, sekuat hatinya.

:::Abang sepit apa? Tersepit isi ker?:::  Dan bila aku tengok betul, tersepit isi. Bukan isi yang pada kuku tu. Dekat kawasan kuku tu langsung tak kena. Ini di sepitnya isi sebelah belakang jari. Aduh!! Darah memancut keluar. Aku dah panik. Nasib baik ada ubat luka di rumah. Cepat-cepat sapukan ubat luka. Kemudian sapukan dengan minyak gamat. 

Arif masih menangis. Kesian sungguh aku lihat mukanya. Aku rasa bersalah sangat. Aku yang tak sabar suruh SRD tolong sepit kukunya itu. Kalau aku tunggu, aku sendiri sepit mungkin tak jadi gitu. Aku tak salahkan SRD. Aku yang salah, dah tahu abahnya tak pandai ku suruh juga. Sudahlah jari jemarinya halus lagi. 

Sekarang Arif dah tidur. Sayunya aku tengok wajah dia.  Baru sebentar tadi, aku tengok jarinya yang luka itu. Bila tersentuh sikit, darahnya keluar semula. Sedih aku raa:((. Maafkan ibu ye sayang. Lain kali ibu akan lebih berhati-hati. Ibu tak akan suruh abah tolong lagi. Walaupun mata ibu tak nampak sangat, ibu akan lakukan sendiri.Ibu janji..:buttrock:.

Abah pun minta maaf tu sayang. Ibu tahu abah tak sengaja. Tangan lelaki tak biasa sepit kuku budak. Ibu suruh juga. Ibu yang salah. Ibu dan abah minta maaf ye Arif. Sayang Arif :heart:.


~ يوس ~

6 comments:

  1. ala ciannye arif.. saya pun penah rasa bersalah kat Muaz..iye2 nak letak dia dalam buai..sekali dah letak, spring buai terlucut..terjatuh le si kecik tu..nasib baik ada bantal & x tinggi pun..menjerit terkejut la dia..pastu 2-3 hari nmpk kat tepi kuku dia ada nanah, suspect kena besi buai masa jatuh tu la kot..tu yg bertambah rasa bersalah..smpai skrg fobia nak letak dia dlm buai..;-)

    ReplyDelete
  2. @Umie
    kalau terjatuh dari buai tu, Arif pun pernah kena Umie, abanng dan kakaknya main2 kat buai tu, langsung terbalik buai tu, jatuh ler Arif yang ada kat dalam buai tu...Tapi, macam Umie juga, nasib ada bantal dalam tu, terkejut juga si Arif...huhu

    ReplyDelete
  3. cian dak Arif comey yg sangat comey waktu tido tu. hihi... xpe la kak yg penting xde apa sgt, esok lusa baik la luka tu. nak wat camne ek kak yus dah dua2 pun pakai 4 mata. hehe..

    ReplyDelete
  4. @Asmara
    Tulah As, akak 4 mata, Din pun 4 mata, anak jadi mangsa..huhu

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...