Gambar di sebelah ialah pokok kari yang ada di belakang rumah MIL. Cantik, elok, membesar bagai johan...haha. Kalau nak masak apa-apa resepi yang perlukan daun kari memang mudah. Jeles sebab pokok kari di rumah aku kecik nonet aje. Bila nak besar agaknya.
Ooh, aku bukanlah nak cerita pasal daun kari. Tetapi sebenarnya aku susah hati. Susah hati sebab hari Khamis ini ada majlis konvokesyen Alia di Dewan Jubli Intan BP. Aku dah berkobar -kobar nak pergi. Seronok rasanya kalau dapat tengok majlis graduasi anak. Baru majlis graduasi tadika pun dah bersemangat semacam.
Dari minggu lepas aku dah pesan pada SRD. "Sila ambil cuti ye bang. Minggu depan kita pegi majlis konvo Alia". Dan dengan penuh yakin dia menjawab, " Ok, no problem."
Tapi, tapi,tapi ye kawan-kawan, belum sampai hari Khamis pun, SRD kata ada email masuk suruh dia ke Shah Alam. Ada bengkel. Yang ni dia berjaya cari pengganti, lepas tu baru dia teringat, ada presentation PSM, tak boleh ganti orang lain, maknanya dia tak boleh pergi....huhu. Tak tahulah kenapa, aku rasa sedikit kecewa, macam mana nak pergi ni?
Kenapa tak boleh pergi? Drive sajalah ke bandar tu bersama dengan anak-anak sendiri. Mesti seronok kan. Bawa semua sekali sebab majlis bermula pukul 8 dan berakhir pukul 1. Aqil pun boleh ikut, tak perlu ke sekolah, sebab kalau tidak siapa yang ada di rumah masa dia balik dari sekolah nanti. Haruslah dia pun ikut sekali kan..kan.
Tapi, tapi, tapi ye kawan-kawan, boleh ke Yus nko survive dengan kerenah anak-anak nanti.?Bukan seorang yang perlu di jaga, 4 orang ye Yus. Semua masih bersifat kanak-kanak ribena, seorang 8 tahun, seorang 6 tahun, seorang 4 tahun, dan yang akhir 3 bulan. Lama tu majlisnya, kalau tiada pembantu, boleh jadi tarzan pompuan nko kat sana nanti. Adakah mereka semua boleh menepati janji,?Akan berkelakuan baik yang amat sangat. Bersopan santun, ikut tertib duduk di sebelah ibunya. Nak kemana-kemana tidak berlari-lari, tidak bergurau senda seperti selalunya, tidak gaduh-gaduh kecil, tidak sibuk nak ke tandas, tidak merengek nak beli jajan, lepas tu dengar suara tangisan si kecil. Kalau menangis ala-ala suara tuan puteri takpe, ini menangis satu dewan boleh dengar macam mana? Aku tahu anak-anak aku. Mereka semua aktif, superaktif..huwaaa! Aku boleh stress!!
Aduhai!!...macam mana ni?Tapi aku nak pergi, Alia pun nak pergi kan Alia. Majlis konvo tadika tu, best tu. (
Nampak gaya, aku memang tidak boleh lagi mengharapkan SRD. Aku tahu dia banyak kerja, bukan suka-suka boleh cuti. Cikgu ni pun satu, kenapalah tak buat majlis konvo hari Sabtu ke? Ahad ke? Isk, isk, saja je nak peningkan kepala aku tau!!
~ يوس ~
No comments:
Post a Comment
Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.