Selepas kejadian pagi tadi, hati asyik dup dap dup dap. Kenapa ye? Lepas makan tengahari, ( lauk pucuk manis masak lemak, sotong masak lada hiris, tahu dan tempe goreng), rehat sekejap dan lelap mata. Bangun aje dari tidur terus teringat nak buat kek coklat lah. Teringat resepi dari adik. Kek coklat kukusnya memang sedap.
Bila aku keluarkan periuk kukus aku, dan cuba masukkan loyang yang ada, tak muat lah pulak. Ada satu lagi loyang bulat yang kecil, tapi macam kecik sangat pulak. Akhirnya, aku tukar rancangan. Buat kek coklat basah, resepi dari blog As.
Oh! Aku memang dari dulu tak pandai buat kek. Lebih suka masak lauk pauk dari buat kek. Walaupun hakikatnya tak pandai juga. Bila tengok resepinya sangat mudah, cuba sajalah. Dan hasilnya;
Rupa tidak secantik orang lain punya. Atas kek pun merekah sikit. Terlebih apa agaknya... Tapi rasa oklah, lepas masak, anak-anak makan terus habis setengah loyang.
:::As, akhirnya akak cuba juga salah satu resepi di blog As ni:::. Rajin sungguh, blog dia selalu sangat tepek resepi. Kalau ada masa nanti nak cuba resepi lain juga.
~ يوس ~
best kek buatan sendiri lagi walau tak secantik di kedai tapi tak sedap sgt....
ReplyDeleteakak, saya pun sama...kalau masak lauk pauk mmg saya pandai...bab kek ni mmg fail...hehehe..
ReplyDeleteAhkak!! hehe.. wat kek coklat! sedapkan kek ni. pastu senang je sukat2 guna cawan. haah la kak mmg ada merekah sikit. biasa kalo merekah tu sebb gula lebih, kalau x nak manis kurangkan gula pun ok. tp sebab nnti tebalikkan kek tu toping dengan ganache tak nampak dah rekahan dia. hehe... lupa amik kat mana resepi nih. tp sbb dah byk kali buat sampai hafal pulak. hehe.. dpt kek yg agak besar kan. boleh makan 2 hari nih. kalau nk mkkn sikit wat separuh adunan pun ok. :)
ReplyDelete@~aSHa~
ReplyDeleteAhaa! Lebih-lebih lagi anak dah ramai, buat sendiri lebih murah kan, walaupun tak sesedap yang di kedai punya..:)
@wahida
ReplyDeleteTuler. Dari dulu memang sangat tak suka buat kek sebenarnya...masak lauk pauk lagi menyelerakan nak makan kan...(sebenarnya takdelah hantu kek, malas nak buat)
@Asmara
ReplyDeleteAkak takde topping pun, maleh sebenarnya, terus je suruh budak2 tu ngap. Diorang pun tak sabar-sabar nak makan, al-maklum ibu dia ghajin sangat buat kek...hahahah.
Ha'ah As, adunan dia banyak, tapi oklah, takde manis sangat akak rasa. Akak tak guna fresh milk, sbb takde di rumah, guna full milk Dutch Lady tu, esen pun guna esen pandan, sbb esen vanila dah habis..hihi. Memang guna apa yg ada di rumah aje, sbb tiba2 je nak buat kan..:D