Bila saja mendengar abangnya ada kolestrol tinggi, kencing manis, En SRD pun mengambil keputusan untuk buat check-up di klinik. Selepas menjalankan pemeriksaan, hasil ujian mendapati, tekanan darah ok, tiada kencing manis, tapi kolestrol di atas paras normal iaitu 6.2mmol/L. Kadar bacaan normal bagi kolesterol haruslah kurang dari 5.2 mmol/L.
Setelah sekian lama aku selalu menasihatkannya agar jaga makan. Perut dah semakin ke depan, aku cakap undurkan sikit bang.... Dia buat tak kisah. Selepas balik dari UK, dia semakin sedap makan.
[gambar]: google |
Aku bebel juga, supaya dia jaga makan. Kalau satu hari sampai 6 kali makan, memang susah lah kan. Dan bila dia dapat tahu kolesterol nya agak tinggi, barulah dia mula jaga sikit pemakanan. Bermula minggu lepas, setiap pagi dia hanya bersarapan dengan quaker oats. Tapi hujung minggu dia off. Aku lihat, kali ini nampaknya dia bersungguh.
[gambar]:google |
Selain itu, mengikut nasihat dari doktor dia juga ambil minyak ikan sebagai makanan tambahan, bagi mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Baru 3 hari dia ambil, jadi aku tak tahu apa kesannya lagi.
Alhamdulillah, dia dah mula nak jaga makan. Masalahnya, aku pula yang rasa sedih . Tak tahulah kenapa. Dia memanglah pagi2 dah keluar rumah, maghrib baru sampai semula ke rumah. Biasanya, malam dia akan makan apa yang aku masak. Makan malam lah kan. Tapi sekarang, dia diet pulak dah, tak nak makan malam. Dah lah pagi2 makan quaker oats saja, malam pulak diet. So, bila masa dia nak makan benda yang aku masak ni. Katanya hujung minggu saja. Tapi aku sedihlah, masak dia tak makan....huhu.
Nilah yang aku kata, makan salah, tak makan pun salah. Dulu aku yang suruh dia jaga makan, ni dia dah jaga makan, aku pulak yang sedih. Apa daaaa.....Aku buat ikan bakar, sup sayur takde goreng2, takde minyak pun dia tak makan. Betul-betul ni nak turunkan kolesterol. Nampak gaya aku kena menyokong. Ye! Saya sokong abang! Mudah-mudahan bacaan kolesterol abang akan turun ye...Chaiyuk!Chaiyuk!
~ يوس ~
marilah kita pakat2 terus menyokong
ReplyDeletesalam
ReplyDeletejaga pemakanan tu bagussss
teruskan
@Mak Su
ReplyDelete:D
@pB
ReplyDeleteKak PB, memang saya sokong, cuma sedih sikit, bila dia tak makan pun apa saya masak, sebab katanya waktu siang dah makan...huhu
kite pompuan ni mmg byk emosi kan kak..dah iye2 kite suruh dia jaga mkn, then kite sedey plak bila dia x mkn masakan kite sbb nk diet..saya pun selalu rasa camtu..tp hubby kenkadang nk jaga hati saya, dia jamah le sikit..;-)
ReplyDeleteyus,
ReplyDeletemmg elok jaga makan nih..tapi cakap ngan hubby,jgn skip meals...dietician hubby akak hrtu bgtau...each meal WAJIB makan..tapi make sure balanced diet dan tgk apa yg kita makan...boleh skip nasi for dinner, instead boleh ratah2 lauk or makan sup je :)
@Umie
ReplyDeleteTulah Umie. Sebab dia kata siang dia dah makan, so dinner dia tak nak makan nasi. Tapi tu je lah masa dia nak rasa masakan kita, sadis...huhu
@Ina Hashim
ReplyDeleteDia tak skip meals lain kak, dinner je, tak nak makan berat. Masalahnya masa tulah dia di rumah nak merasa masakan kita....huhu