20 November yang lepas, meningkat lagi usia Abid. Dah 4 tahun dia. Semakin bijak berkata-kata, itu yang aku boleh simpulkan mengenai Abid. Dia memang sangat petah bercakap, bila di soal ada saja jawapannya. Dari kaca mata seorang ibu, dah banyak rasanya aku cerita mengenai Abid, dalam blog ini ataupun blog aku yang lama. Tetapi aku sangat terharu bila ibu saudaranya membuat entri khas mengenai dirinya. Seronok pula baca mengenai Abid dari pandangan orang lain. Anda nak baca sekali? Silalah ke blog ibu saudaranya di [..link] ini.
Seperti yang aku kata, dia nak sangat kek aiskrim di hari jadinya. Tapi masa harijadinya tempohari, kami semua ke Subang dan Selayang. So, tiada peluang nak cari kek aiskrim untuk dia. Esoknya, ronda-ronda di Tesco Melaka yang baru, mengintai di sana kot-kot ada kek aiskrim. Ke SR , tapi tiada juga. Abid tak banyak kerenah, asal dia dapat kek.Jadinya, beli saja kek pilihannya di situ.
Tengoklah Abid tu, langsung tak pandang kamera |
Aku mencari-cari gambar mereka sewaktu Abid masih kecil. Oh! Bukan Abid saja, tentunya yang dua lagi pun masih kecil. Dan aku jumpa gambar ini, di blog ku yang lama.
Aku ingat masa ni tengah shopping di ASDA |
Dan cuba bandingkan dengan gambar terkini, dalam troli juga...
Kalau bandingkan dengan gambar atas, Abid dah jauh beza, Alia masih mantain, Aqil makin kurus, dan ada lagi seorang pula iaitu Arif. |
Oh! Aku suka gambar ini. Sekali pandang mungkin semua ingat ini gambar hari lahir Abid yang pertama, tapi sebenarnya birthday abahnya.. |
Abid terkini |
Abid dah semakin encem sekarang kan. Tahun depan dah nak masuk sekolah dah. Beg Ultraman ibu dah belikan. Semakin bersemangat Abid nak ke sekolah kan. Selamat Hari Ulangtahun ke 4 ye sayang. Moga membesar menjadi anak, adik dan abang yang baik untuk semua.
~ يوس ~
otanjyoubi omedetou abid chan.. comel2 anak kak yus... ooo, makan kek choc indulgence ye..my favvy tuh..hehhe
ReplyDeletesekejap je anak2 dah besarkan kak! sampai tak sedar kdg tu. huhu..happy besdey untuk Abid! moga sihat selalu dan berjaya di masa hadapan. InsyaAllah..:)
ReplyDeletehepi birthday abid sayang...semoga jadi anak yg taat dan berjaya dlm kehidupan...amin...
ReplyDeleteAhha yus azi pun suka gambar yg mcm Hari Jadi Abid yg 1st tuh... Abid sungguh comel.. Ini rumah Yus yg di Sheffiled kan...
ReplyDelete@Umie
ReplyDeleteotanjyoubi omedetou tu apa? Happy Birthday ye Umie..hihi. Nak kena belajar bahasa Jepun juga ni..
@Asmara
ReplyDeleteHa'ah As, cepat aje masa berlalu sebenarnya, kita pun semakin tua...:D
Persediaan belum sempurna lagi ni...huhu
@wahida
ReplyDeleteTQ Auntie
@Ajzie
ReplyDeleteTu bukan birthday Abid first tu Azi. First birthday dia, kami dah balik Malaysia masa tu.
Ha'ah rumah di Sheffield, rindu sangat rumah itu.