Tuesday, November 09, 2010

Home » » Program Cuti Sekolah

Program Cuti Sekolah

Membaca status fb seorang teman pagi tadi, mengenai  Program Cuti Sekolah, membuat aku tertarik untuk google pasal benda ni. Bila aku taip " Program Cuti Sekolah 2010", banyak program yang tersenarai.  Anak aku yang sulung baru 8 tahun, tak pernah terfikir sebelum ni, rupanya ada banyak program seumpama itu.

Aku teringin nak masukkan dia pada salah satu program cuti sekolah suatu hari nanti. Program yang tersenarai dalam blog ini memang menarik. 

Ada sesiapa tak yang pernah menghantar anak mengikuti mana-mana program cuti sekolah? Ada perubahan pada prestasi anak tak? Program apa yang anda hantar? Kot-kot adalah yang boleh beri idea, mana-mana program yang menarik. 

Aku baru survey saja, mugkin nak mulakan bila anak dah umur 10 tahun nanti, setiap kali cuti sekolah, isikan aktiviti cuti sekolah mereka dengan aktiviti macam ni. Mesti boleh beri perkembangan positif kan.

~ يوس ~

2 comments:

  1. cikgunye pun dah ade program sempena cuti skolah ni..hehe.

    ReplyDelete
  2. Cikgunya dah ada program, anak muridnya belum ni...:D

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...