Tuesday, November 09, 2010

Home » » Fridge Magnet

Fridge Magnet

Minat mengumpul fridge magnet aku bermula tahun 2004 kot. Rasanya masa tulah aku berpeluang berjalan-jalan, melancong konon-kononnya, ke tempat-tempat yang tak pernah aku sangka aku akan sampai. Dari setahun ke setahun, sepanjang kami di perantauan, setiap kali ada peluang melawat ke mana-mana, benda utama yang aku beli sebagai souvenier ialah fridge magnet

Kenapa fridge magnet? Mula-mula takdelah terfikir nak beli fridge magnet tu kan, tapi bila ke mana-mana, souvenier yang paling murah adalah fridge magnet. Lain-lain barang semuanya bila aku perhatikan tidak langsung menepati budget. Daripada tiada apa sebagai kenangan, sekurang-kurangnya adalah satu, di tambah lagi  ada tertulis nama tempat atau bandar yang kita pergi tu. Sebagai bukti kita dah sampai tempat tu.

Bila pergi ke rumah sahabat handai, dapat lihat pulak pada peti ais mereka penuh dengan fridge magnet, masa tu aku pulak ada satu dua ketul je. Jeles sungguh! Aku pun memulakan minat untuk mengumpulnya juga. 

Sekarang ni, dah jarang-jarang aku dapat berjalan-jalan melawat tempat orang.  Jadi, untuk menyambung minat aku ni, setiap kali SRD ke luar daerah, aku akan pesan supaya belikan aku fridge magnet. Apa pun inilah hasil yang aku kumpul selama ini.

Bahagian atas dah penuh, terpaksa sambung bahagian bawah. Tapi bila letak bahagian bawah, ada  pula tangan-tangan kecil yang rajin mengusik. Akibatnya jadilah seperti gambar di bawah. Kepala tertanggal lah, magnetnya dah tak melekat....:(

Aku paling sayang dengan fridge magnet England soldier tu. Kepalanya yang bertopi tinggi tu dah hilang..:( 
Ada lagi beberapa ketul yang hilang. Tapi tulah bila ada anak-anak kecil di rumah, memang susah nak jaga benda-benda kecik dan comel macam ni.Nasib baik juga mereka dah semakin faham, kalau tidak ...X-(X-(

~ يوس ~

14 comments:

  1. banayknye fridge magnet tuh..jeles saya..kat umah ni xboleh letak,konpem diorg akan main2,pastu sume rosak..nasib baik ank2 akak dah besarkan..(kecuali yg baby tula)
    psstt..sy xleh shout kat shoutbox la..

    ReplyDelete
  2. maksu tak leh berhobi gini, anak2 semua jenis buat fridge magnet sebagai mainan,,.. hu hu hu

    ReplyDelete
  3. saya pun suka kumpul FM ni...tapi ada jugak FM dah rosak sebab anak2 main...huhuhu...

    ReplyDelete
  4. @Kamalia
    Akak sendiri tak boleh shout. Ada database error katanya, kena tunggu sampai esok kot..:D

    ReplyDelete
  5. @Mak Su
    Saya dulu mula2 pun tak boleh juga maksu, tapi mungkin ibu mereka ni semua mcm singa kot, baru nak capai dah kena sound, semua elok je sekarang...:)

    ReplyDelete
  6. @wahida
    Kalau tempat yang susah dapat pergi tu, tiba2 FM nya rosak, tensen juga kan..

    ReplyDelete
  7. Salam yus..
    kumpul magnet ni pon hobi deeja gak.Sama le kiter,dulu penuh kat petiais tapi skrng semo dok dlm beg plastik,simpan dulu.Sayang...abs pecah,sama cam yus...

    ReplyDelete
  8. Salam kak,

    wani pun ada hobi ni gak, smpai dh penuh fridge ku yg comey tu..pi lekat kt belah tepi plak..tapi skang ni Zara dh pandai mintak2 fruit FM yg menempek kt fridge tu la..kejap2 mtak air botol FM la..sudahnyaa..jadi mainan dia je lah..huhuuu.. last year ada beli magnetic board khas, tp smpai skang x gantung2 lg..erk..buat pekasam je kot.. :))

    ReplyDelete
  9. ana pun nk start kumpul mcm akak lah.. :-)

    ReplyDelete
  10. @deeja
    Salam....
    Yus dulu pun dok elok je tersimpan, dah pindah rumah sendiri ni baru keluarkan. Anak-anak ni memang suka bila tengok benda2 kecik macam tu kan, nak marah pun dah tak boleh..:D

    ReplyDelete
  11. @Mama Zara
    Salam..

    Ramai rupanya punya minat yang serupa. Akak dulu pun letak kat bahagian tepi, tapi skrg tak boleh...peti ais dah tak nampak tepi, dah termasuk sekali dalam kabinet tu..huhu

    ReplyDelete
  12. @Misz Sephia
    Sila-sila, tapi mana pegi fridge magnet kat rumah mak tu, tak nampak satu pun masa akak balik hari tu?

    ReplyDelete
  13. Waaa... akak wat sy teringat zaman sy kat UK dlu, parent bli banyak2 umah2 magnet ni, pastu letak kat fridge... Lepas pindah bangi, benda2 ni semua masuk dlm kotak sbb bdk2 main, hbs calar fridge.. huhuhuhu... kotak mane tah benda2 ni tersorok...
    (Lan-ank PA Dr.)

    ReplyDelete
  14. Salam
    Jom Joint GA fridge Magnet dari saya
    http://www.daydeck86.com/2011/06/giveaway-fridge-magnet.html

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...