Hari ini 11.11.2010 kami sekeluarga menghadiri Majlis Konvokesyen Alia. Agak kelam kabut bersiap pagi tadi, sebab aku terjaga lambat dari biasa. 6.45 pagi baru terjaga, semuanya gara-gara bermain dengan Arif pukul 4 pagi tu. Arif dah pandai ajak main pukul 4 pagi, akibatnya ibu tidur tak puas....
Pendaftaran bermula pukul 8. Ini adalah majlis konvokesyen untuk semua tadika TAJ daerah Batu Pahat. Kami sampai dah pukul 8.20 pagi. Tak sempat nak bersarapan semua. Selepas daftarkan kehadiran Alia, kami semua bersarapan dulu di kedai makan berhampiran.
Selesai bersarapan, kami ke dewan semula. Mencari tempat duduk yang kosong. Mengikuti semua aturcara yang di jalankan sehinggalah giliran Alia naik ke pentas. Malas rasanya nak berceloteh panjang. Aku nak tepek gambar sajalah...
|
Alia bersama kawan-kawannya di dalam dewan |
|
|
Sweet saja tengok gambar ni, teringat pulak masa diri sendiri konvokesyen dulu.. |
|
Bersedia untuk menuju ke pentas |
|
Di seberang sana, Alia dan kawan-kawannya sedang bersedia untuk naik ke pentas. Apa yang menarik siap ada bunyi gamelan, macam konvokesyen besar pulak, padahal mini konvo aje.. | | |
|
|
|
Alia apabila namanya di panggil, comel rasa tengok dia berjalan tu. |
Tapi, ibu rasa terkilan sangat kerana selepas ambil gambar ni, nak ambil gambar Alia ambil sijil di tangan orang yang memberi tu, kamera buat hal. Lip lap lip lap, bila dah sedia, Alia pula dah berlalu dari situ. Sedih pulak rasa.
|
Akhirnya ambil gambar di tepi sajalah, sebelum turun dari pentas |
|
Barulah ada gambar aku bersama Abid dan Arif |
|
Aqil pun ikut, ponteng sekolah tu.. |
|
Gambar Arif comel mesti ada juga. Arif sangat baik, tidak meragam, dah nak balik baru menangis sebab dah ngantuk kan Arif |
|
Ini pula gambar kandid Abid. Sempat juga dia lelapkan mata masa menunggu majlis bermula. |
Oh! Gambar abah pula yang tiada. Abah jangan marah ye! Tapi nampak juga baju abah sebelah Abid tidur tu kan
.Sayang abah sebab pergi juga ke konvokesyen Alia dalam sibuk-sibuk kerja tu. Sampai je rumah, terus ke Uni, cuti pagi saja, petang kenalah pergi. Apapun, Abah memang yang TERBAIK!!
Ok, sekian...
~ يوس ~
dpt jugak abg cuti.. wpun half day. Mesti happy+bangga tgk anak konvo kan kak?
ReplyDelete@Misz Sephia
ReplyDeleteOh! Dia minta orang lain ganti untuk jadi examiner PSM tu, tapi sebenarnya bertukar hari dengan kawan dia tu, so dia kena tgk budak present esok ler, bukan hari ini...dapat ler dia cuti separuh hari..:D