Monday, November 08, 2010

Home » » Berblog pun perlu ada teknik

Berblog pun perlu ada teknik

Satu dua hari ni aku banyak menjelajah ke blog-blog. Dari satu blog ke satu blog aku terjah. Jumpalah dengan blog-blog yang mempunyai ramai pembaca, komen boleh mencecah angka ratusan sehari, follower sampai angka 4 ribu lebih. Huh! Memang rasa terkesima. Pandai betul dia menarik ramai pembaca.

Dengan berblog pun boleh buat duit? Bukan sebab blog tu ada jual barangan online, tapi hanya dengan menulis. Menulis cerita-cerita yang biasa-biasa saja, yang kadang-kadang kita fikir, " itu pun nak tulis? dah mcm fb pun ada juga", tapi itulah yang semua orang baca, termasuk aku...:D.
 
Mula-mula aku buat blog, sebab aku teruja tengok teman aku ada blog. Seronok dapat baca tulisan dia. Masa tu, 4 tahun lepas, tak pernah terfikir pun boleh buat duit dengan blog. Tak pernah ada dalam kepala masa tu. Kalau tengok blog orang tu cantik, aku pun nak ikut sama. Hari-hari suka tukar template, kalau mood menukar template aku datang, satu hari boleh tukar dua tiga kali, selagi aku tak puashati. (Sekarang pun masih ada lagi, kalau datang gile aku tu.)

Masa tu, takde pun gadget follower ni pada blogger. Kalau sesiapa yang nak bertukar2 link, kena masuk satu-satu pada bhgn html tu. Memang pening kepala. Sekarang dah mudah nak guna blogger. Nak letak apa-apa gadget pun mudah. Tapi dah macam tak adventure pulak. Dulu sampai pening2 baca html kod tu, sekarang tekan je Add Gadjet tu, dah selesai.

Apa yang aku tulis? Banyaknya aktiviti harian aku, aku pergi mana?; kisah anak-anak aku; kira macam diari jugalah. Aku menulis memang untuk aku baca sendiri banyaknya, tak pernah fikir orang suka nak baca atau tidak. Tapi, aku teruja bila ada orang tinggal komen, sukahati bila ada yang melawat, rasa best bila ada orang tinggal jejak. Tadi kata untuk sendiri, tapi suka pulak ada orang beri komen, untuk semualah tu patutnya.:D

Rupanya berblog pun perlu teknik. Kalau betul teknik dan hala tujunya, memang boleh memberi faedah kepada kita.  Berblog pun perlu fokus, bukan belajar je tau kena fokus. Barulah blog tu boleh memberi pendapatan sampingan kepada kita. Sekarang ni ada adsense , nuffnang, iklan dengan mangga pun ada. Apa yang penting trafik, kalau trafik ke blog kita banyak, adalah habuan daripada itu.

Sekali lagi, aku? Hala tuju aku berblog? Masih rojak rasanya. Nak set hala tuju pun tak tahu ker? Kes berat ni. Sebabnya, blog tempat aku meluahkan, tempat aku berkongsi kenangan, aku belum set lagi blog sebagai sumber jana duit. Tapi aku letak juga nuffnang di sini?

Orang kata sambil menyelam minum air. Patulah dah hampir dua tahun join nuffnang pun hasil dalam akaun masih belum boleh di cashkan. Jadi, jangan jeles dengan mereka-mereka yang boleh dapat sampai angka ribu ringgit sebulan hanya dengan nuffnang ye Yus. Sebab tujuan berblog pun tidak menuju ke arah itu, macam mana nak ada motivasi untuk ke arah itu. Kena set balik ni, misi tahun 2011 kot..:D

~ يوس ~

2 comments:

  1. rasanya ana pun nk kene stting balik ni..huhu

    ReplyDelete
  2. @Misz Sephia
    Kuasa entri, memang ada perbezaannya, bila buat entri yang banyak dalam sehari, walaupun tiada banyak komen, tapi trafik meningkat, salah satu yang akak belajar dari teknik berblog..:D

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...