Salam,
Beberapa hari cuti, bermula dari hari Selasa. Petang itu kami sekeluarga dah balik Muor. Raya Aidladha tahun ini rasanya tak semeriah tahun lepas. Apa pun syukur masih dapat menyambutnya bersama keluarga.Pagi raya masih dapat makan menu raya seperti biasa.
Hati dan perasaan aku entah kemana sebenarnya. Ada sekelumit rasa marahku pada seseorang yang tidak dapat aku naytakan di sini. Teringat satu topik dalam MHI di satu pagi pada minggu lepas tentang budaya penulisan. Aku bukan nak cakap pasal apa yang di kupas mengenai topik tu, cuma aku teringat apa yang di sebut oleh Ally Iskandar masa tu. :::Menterjemahkan idea atau apa yang berlegar di fikiran kita ke dalam bentuk penulisan, kadang-kadang bukanlah suatu benda yang mudah.::: Yelah, apa yang kita cakap/apa yang kita fikir biasanya tidak 100% sama bila kita pindahkannya ke dalam bentuk penulisan; terutamanya dari segi nak menyusun kata, supaya tidak nampak janggal dan agar ianya lebih sedap di baca. Mungkin itulah apa yang berlaku pada aku sekarang. :::blank::: Anda pernah alami masalah serupa?
Rasanya biarlah perasaan marah itu hanya pada diriku sendiri. Kalau aku nak membebel di sini, boleh saja, tapi aku tak suka nak cerita pasal orang lain. Aku cuma berharap dia sedar dengan teguran yang di beri.
Sudah beberapa hari tak update blog, aku sebenarnya masih bercuti. Semenjak hari Selasa itu, kami masih belum pulang ke rumah. SRD terus sambung cuti sampai Isnin. Anak-anak pula semua dah ambil cuti awal sendiri.... Kini di Melaka, dan esok kami bersama keluarga aku akan ke Subang. Ada majlis kenduri kahwin kenalan lama ayahku. Seorang pakcik yang juga cukup baik dengan aku. Memang tak patut kalau aku tak pergi.
Esok juga adalah hari ulangtahun anakku Abid. Dari semalam dia dah minta kek ais krim untuk hari jadinya. Selamat Hari Ulangtahun ke 4 Abid. Ada masa aku rasa dia seperti mencari perhatian aku. Apa yang pasti dia sering mencemburui adiknya Arif. Sangat mudah tersinggung bila di tegur, dan mudah juga menitiskan air mata bila suaraku sedikit tinggi padanya.
Semakin besar anak kita, semakin susah sebenarnya nak 'tackle' hati dan perasaannya. Aku tak mahu tersalah langkah, sehingga mereka menjauh dari aku. Aku ingin mereka menjadi sahabat aku sampailah mereke besar. Apa agaknya tips dan cara paling berkesan untuk menjadi sahabat kepada anak-anak kita?
~ يوس ~
salam aidiladha dr deeja sekeluarga..... :)
ReplyDeleteye la sis...semakin besar anak2, mmg semakin susah nk fahami isi hati dorang :(
ReplyDeleteHappy Birthday Abid... dah jadi abang kena selalu mengalah tau Abid.. hehehehe
ReplyDeletehepi belated birthday abid...jgn notti2 tau!
ReplyDeletejom cuti kat kerteh...
ReplyDelete@deeja
ReplyDeleteSalam Aidiladha deeja, belum terlambat kan balas ucapannya..:D
@Mama Zara
ReplyDeletetrue....kalau tersalah langkah, anak-anak makin menjauhkan diri dari kita.
@Ajzie
ReplyDeleteTQ auntie Ajzie. Abid dah boleh mengalah sikit2...tapi sikit2 je, huhu
@wahida
ReplyDeleteABid tak notti Abid nakal je...:D
@"MULAN"
ReplyDeleteKerteh ke kak? Aduh! Rindunya nak jejak kaki ke sana lagi, kali terakhir 19 tahun yang lalu...lamanya,