Wednesday, June 13, 2012

Home » , , , » Awana Kijal : Apa yang menarik di sana??

Awana Kijal : Apa yang menarik di sana??

Sambungan dari entri sebelum ni...fuh!!! Pening juga nak pilih gambar ni. Semua menarik pada pandangan mata aku. Dan nak pastikan tidak terlalu banyak gambar dalam satu entri. Nak buat slideshow, tapi rasa tak best! Satu-satu lagi menarik bagi aku.

Apa pun cuba buat yang terbaik untuk mudah pembaca dan aku sendiri tengok balik.  

Apa yang menarik di Awana Kijal Resort ni? Pertamanya pemandangan di sekelilingnya. Mari kita lihat bersama......:)

Pemandangan dari tingkap bilik penginapan kami. Nampak laut di seberang sana, ada kolam renang di sebelah kiri, ada giant chess di tengah-tengah, ada giant dam ular juga di sebelah kanan, dekat kolam renang ada playground untuk kanak-kanak, dah di sebelah kanan dam ular ada padang golf!

Ni pemandangan lebih menjurus untuk lihat padang golf, juga ada laluan untuk pengunjung berbasikal keliling resort dan menyusuri pantai. Basikal boleh di sewa mengikut jenis basikal tu. Ada mountain bike, junior bike dan juga tandem bike. Sewa dalam RM10 untuk satu jam. Masa kami di sana, ramai juga yang berbasikal. Seronok tengok! Padang golf dia ada dua tempat tak silap, ni di bahagian belakang, satu lagi di haadapan.

Ini parking lot di awana kijal. Pemandangan dari luar balkoni berhadapan bilik kami. Luas tempat ni, penat juga nak explore semua.

Dari celah-celah tangga menuju ke bawah. Kami masa di sini menginap di level 8. Tinggi juga, dan ada orang gayat tau! Tau tak siapa? Arif!!! Sangat terkejut sebab dia suka memanjat, tapi gayat. Nampak je bawah, terus menggigil dan cepat-cepat merangkak ketepi, so funny...huhuhu. Dari sini pun nampak giant chess dan giant dam ular tu kan.

Ada court tennis juga, dan tasik yang cantik. Pandangan dari sudut lain, nampak parking lot juga. Aku tak pasti kalau nak guna court tennis tu kena bayar berapa, tapi kalau nak main table tennis sewanya RM5 per session siap bola dan bats dia.

Ni pemandangan dari sudut lain, nampak apartment di awana kijal di hujung sana. Selain dari bilik hotel, pengunjung boleh sewa apartment dia juga. Sebelah kanan, padang golf yang bahagian hadapan ada aku sebut sebelum ni. Nampak sikit je...Besar kan tempat ni!

Ni pemandangan di waktu pagi, sejuk lagi. Redup je, boleh dengar deruan ombak tau malam-malam. Best!

Ni nak menuju ke pantai, pemandangan dari bawah.
Pemandangan di hadapan resort menuju ke pintu masuk lobi
Ini pula laluan menuju ke pantai. Ada badminton court juga di sana dan adik yang sedang khusuk Arif perhatikan itu sedang cuba menerbangkan helikopter mainannya. Macam-macam boleh buat di sini kan?




Nampak gaya dah 10 keping gambar di entri ini. Kita berehat dulu. Nanti sambung lagi ya. Selepas ni kita lihat kolam renang dia yang besar, pantai, dan aktiviti kami bermain chess, dam ular, tengteng, jalan atas batuan yang boleh perbaiki perjalanan darah kita katanya, main congkak juga aktiviti luar resort. Mungkin akan di bahagi-bahagi kepada beberapa entri. Aduh! Pening pulak aku nak buat entri cuti-cuti Terengganu ni....

to be continued....

~ يوس ~

23 comments:

  1. Cerita lagi yea kak, suka nengok gambar2 kat sana, mana tau rezeki saya pulak jejakkan kaki ke awana kijal ni, hehe

    ReplyDelete
  2. salam yus..memang cantik2 gambarnya
    yus..tak sangka acik..ariff yang superhero gayat dok tempat tinggi..he he kesian dia

    ReplyDelete
  3. Hihi... tak padan ligat tahu juga gayat ye Arif...
    Dia pun ngeri juga Yus... bukan tak ada perasaan.

    Cantik gambar-gambar yg Yus captured.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kakzakie. Kami pun heran, mcm mana budak kuat memanjat gayat....hahaha.

      Memang dia takut sangat bila di suruh lihat ke bawah dari tingkat atas tu...huhuhu

      Delete
  4. Cantik la. Sebab kat tepi pantai. Bilik dia okay tak? Ada gmbr?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk gambar lobi dan bilik penginapan sila lihat entri saya sebelum entri ini

      atau pergi ke link ini ya...

      http://maz-naz.blogspot.com/2012/06/awana-kijal-lobi-dan-bilik-penginapan.html

      Delete
  5. cantiknyaa..hijau je..siap ada papan dam besar..hihi

    ReplyDelete
  6. mmg bestlah tempat tu yus.. ada rezeki, teringin juga mahu ke situ..

    ReplyDelete
  7. sangat menarik entry ni. siap ada dam giant lagi. memang best la. harus di'promote' untuk orang lain ni.

    ReplyDelete
  8. cantik suasana..

    best dapat dengar bunyi ombak :)

    ReplyDelete
  9. cantiknye.....kemas dan menarik..bila la dpt merasa ke awana kijal ni..

    ReplyDelete
  10. Suke tgk gmbr2 ni kak, saujana Mata memandang, bestnya kalau dpt ke sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya hotel ni,kalau esyhad tengok kompem dia ajak tido kat hotel ni..nasib baik dia tidur..hehe

      arif fobia dgn tempat tinggi,nabhan fobia dgn bunyi letupan,mercun atau petir...esyhad dulu2 fobia dgn darah...

      Delete
  11. memang syokkkkkkkkkkkkkkkkkk
    \
    cantik dan rasa nyaman

    ReplyDelete
  12. Kak Yus sihat? Bestnya cuti di situ. Macam-macam ada ya. :)

    ReplyDelete
  13. cantik kan awana resort ni.. dah duduk sini, takde peluang dah nak tido sini..

    ReplyDelete
  14. Masih ada lagik ekk.. lantai kotak2 chess tuh.. :)

    ReplyDelete
  15. Berapa semalam ? Nampak cantik saja.
    Lif ada tak ? Nampak tangga ...

    ReplyDelete
  16. ekekek...ariff gayat? mesti comel masa dia tgh gayat tu kan kak? hehe...

    kak, saya dah pos FM pagi semlm...dan saya ada email kat akak pasal ni...

    ReplyDelete
  17. cantiknya pemandangannya kak..
    teruja sy tgk gambar2 kt sini..
    bila la nak sampai jugak..
    kena mula berangan nih.. hahaha..
    x sabar2 nak tunggu pics seterusnya.. :)

    ReplyDelete
  18. memang cantik
    masa ke sana x sempat nak snap2 kawasan sekeliling , duk sebuk bawak anak2 mandi ekek ;)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...