Friday, June 29, 2012

Home » , , , » Masak dan makan sempena birthday SRD...

Masak dan makan sempena birthday SRD...

Amboi! Hari ni terlebih rajin. Entri ke 3 hari ini. Belum sempat nak bw lagi nampaknya. Tapi terover rajin nak mengupdate cerita. Tengah teruja, baik update sekarang kan. Nanti dah basi, tak best dah...hehe.

Pagi tadi dah wish birthday SRD di entri ini. Tahun ni takde hadiah istimewa untuk hubby kitalah. Main masak-masak dan makan-makan ajelah seisi keluarga. Yang penting ingat birthday dia kan...

Semua yang simple-simple aje.....

Apa yang aku masak dan makan tu ya?

Percubaan membuat aiskrim goreng sendiri. Ingat lagi entri aku mencari aiskrim goreng di Kuala Terengganu? Esoknya tu blogger fieda kongsi resepi aiskrim goreng ni pula di blognya. Haruslah aku cuba buat sendir kan. Sedap lah weh! Senang pula buatnya tu. Siapa-siapa yang belum pernah rasa aiskrim goreng tu dan teringin nak rasa boleh lah buat sendiri juga ya. Klik link blogger fieda ni.

Bila dah buat aiskrim goreng tu, banyak pula lebihan roti tak terpakai. Nak buang sayang, nak makan gitu aje, tak sedap pula. Makanya terhasil lah puding roti bersos kastard ni pula. Resepi seperti biasa aku ambil dari My Resipi lah. Resepi yang ni memang paling sedap aku rasa berbanding yang lain. Sebab sebelum ni pernah cuba resepi yang lain sikit, kureng sedap lah. Yang ni, anak2 suka sangat!

Makan tengahari hari ini pula soto daging bersama begedil kentang. Resipi begedil kentang aku pernah kongsi di sini kan. Cumanya gambar ni bukan gambar soto hari ini, tapi gambar lama dalam simpanan aku. Selalu juga buat soto ni, jadi gambar dah pernah ambil, lagipun hari ni lupalak nak ambil gambar soto tadi...ekekek.

Semuanya sempat untuk hidangan tengahari tadi termasuklah kek birthday ini. SRD memang biasa balik makan tengahari di rumah kalau hari Jumaat. Sebab dia akan bersolat di masjid berdekatan rumah dengan Aqil dan Abid. Tapi kek ni bukan hasil tangan aku ya. Yang ni aku tempah, takut tak sempat nak buat sendiri, sibuk dengan yang lain. Kek coklat ni tempah jelah. Sedap lah kek ni!! Kek coklat kukus yang superbb, siap dengan hiasan yang cantik. Anak-anak pun puji sedap. Pandai akak ni buat. Nanti boleh tempah lagi ya kak....
Sekali lagi untuk suami tersayang.....Selamat Hari Ulangtahun ya bang! Luv u always! Eh! Malam ni giliran abang belanja kitorang pulak kan?...hihihi.

~ يوس ~

20 comments:

  1. mak aihhhh soto daging tuu mantopsss lah yus
    lapoor lak petang2 nie tgk soto ..
    janji anak2 dan bday gay happy kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah taip ya ieda....

      birthday man, kalau bday gay tu lain bunyinya tu, takut yus....hihihi

      Delete
  2. Yus....selamat ulangtahun buat suami ye...pandai Yus buat puding roti dan aiskrim goreng tu...akak pun tak pandai...

    ReplyDelete
  3. happy bithday tuk cik hubby... muda lagi tu dari saya hehehe.. happy for both of u!

    ReplyDelete
  4. salam yus,

    lama x jengah sini...cantik layout baru...cemana nak kasi bahagian entry lebar camni ek?akak pny bhg entry sempit jek..klu masuk gambar pun jadik kecik

    btw, hepi besday utk cik abang yus...moga panjang umo murah rezeki selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak, nak buat mcm ni rasa akak mmg kena guna template dari blogger je, guna template luar susah sikit kot. Pas tu edit kat bahagaian template yang ada tulis layout. Pilih yang sidebarnya di bawah saja, kemudian pilih untuk adjust width kotak pos ni pula...

      Delete
  5. eB tgk sumer pn best....
    laporrrrrrrrrrrrrrrr

    hepi bersday en asben :)

    ReplyDelete
  6. happy besday buat SRD juga ye kak yus...

    wahhh... meriahnya masak2 n makan2 hari ni kak. nak2 pulak ada soto daging n begedil tu. dah lama izan tak makan begedil yg best2. nak buat sendiri cam tak kompiden je.

    ReplyDelete
  7. hapy birthday utk beliau..mesti belanja makan best2 ni nanti..eskrem goreng tu rasa cam teringin nak wat nanti..insya Allah :)

    ReplyDelete
  8. Happy birthday kpd SRD. Awak bertuah ada isteri yg penyayang dan mengambil berat tentang hari2 penting dalam kehidupan ni.

    Banyak pasangan yg tak kisah malah tak tahupun harilahir pasangannya .... huhuhu

    ReplyDelete
  9. hepi besday tuk suami akak heee..

    ReplyDelete
  10. wahh...cedapnye menu2 yg akak masak..cma baru je goreng eskem gorem buatan sendiri td..menjadi jugak tp kecik! ehehe..

    eh,ade sesi belanja mkn lagi ke lps ni? selmat menjamu selera buat akak sekeluarga...sweetnye~~~~ :)

    ReplyDelete
  11. sedapnya tengok gambar makanan...epy besday untuk cik abang...

    ReplyDelete
  12. Kak, terima kasih bagi kek, moga terus dimurahkan rezeki akak sekeluarga..Kek tu saya makan dengan mak saya dan keluarga..Mak puji sedap kak, bertambah2 dia makan termasuklah hubby saya..Kat mana akak tempah tu? Dengan akak yang buat kek aqil tu ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah huda. Dengan akak yg sama buat kek angry bird Aqil tu. Sedap kan kek dia. Mmg akak jadi pelanggan setia lah nampaknya...hehe.

      Delete
  13. lamanya tak makan aiskrim goreng!

    ReplyDelete
  14. nak tumpang ucap selamat hari lahir....

    ReplyDelete
  15. Wah best, but sendiri... Sedapnya

    ReplyDelete
  16. sedap-sedap menu ni...soto daging tu..alahai cam nk cari sup tuk hirup jer sekarang..hehe

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...