Friday, June 08, 2012

Home » , , , » Saat manis ibu dan Arif di kolam renang Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort Terengganu

Saat manis ibu dan Arif di kolam renang Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort Terengganu

Belum ada mood sebenarnya nak cerita panjang mengenai percutian kami di Terengganu. Baru berkesempatan upload gambar-gambar ke dalam lappy. Ada lebih kurang 435 keping gambar. Fuhh! Mau pening nak pilih gambar yang ingin di kongsi di blog.

Namun belek punya belek, aku tertarik melihat gambar-gambar ini. Saat-saat manis aku dan Arif di kolam renang semasa di Awana Kijal Kerteh, Terengganu. Semua gambar-gambar yang di rakamkan oleh SRD ini saat menarik perhatian aku dan juga Arif. Dia pun seronok. Kata dia " Arif mandi sama ibu!!!" (Pelat bunyinya sebutan dia, menambahkan comelnya lagi bila dengar dia sebut..hehe).

Masa ni konon nak tunjuk pokok kelapa pada Arif

Arif seronok nak main lompat-lompat dalam kolam

Dia memang ceria masa ini, ibu pun sama kan Arif.

Main pusing-pusing dalam air, dan ibu angkat Arif tinggi. Ketawa berdekah dia....

Bila aku cuba bawa ke tebing, perkataan pertama yang keluar dari mulut dia.."Lagi!!! Lagi!!!!"

Main-main dekat sini pula. Tunjuk pokok lagi.
Gambar-gambar ini memberi seribu satu cerita. Seronok aku melihatnya kembali. Saat manis yang mungkin tak dapat di ulang semula bersama Arif. Lepas ni dia dah semakin membesar, lain pula memorinya kan.

Keseluruhannya aku memang sangat berpuashati menginap di Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort ni. Rasa tak puas stay di sana 2 malam tu. Banyak aktiviti menarik boleh di lakukan.

Nanti aku update cerita penuh, bila mood dah mari....hehe.

~ يوس ~

28 comments:

  1. salam yus,

    ke gannu kito rupanya

    kak ati pernah singgah saja kat situ
    lebih 10tahun dulu..lama tu ..huhu
    rasanya lautnya dlmkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yus kalau 19 tahun dulu mmg belajar kat Kerteh kak Ati. Ni kira kembali ke tempat lama..hehe

      Delete
  2. Seronoknya. Eh! Yus mandi pun tak buka cermin mata ya? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bukak, tak nampak dunialah kakcik...huhuhu. Rasa tak seronok! Mandi kolam je pun pakai spek, kalau mandi dalam bilik air, bukak spek lah...heheh

      Delete
  3. bestnya mandi manda..
    kemain hepi arif yer..
    nice moments kan kak..

    ReplyDelete
  4. gembiranya kedua-dua beranak ni...seronok je tengok...

    ReplyDelete
  5. wah..seronoknya sis..masa keciklah nak spend time ngan dorangkan..dah besar sok mereka lebih pentingkan kawan2..

    ReplyDelete
  6. wah best2 .. seronok budak2 niue ..
    ieda lak x sabar nak bawak kids esok ..
    kami kesana sok yus ;)

    ReplyDelete
  7. waahhh, so sweeet.. nanti Arif dah membesar pasti dia akan tersimpul tersenyum melihat gambar kenangan bersama ibu tercinta

    ReplyDelete
  8. assalam yus..seronoknya ariff..nanti bila dia dah besr..boleh tunjuk semula gambar ni

    ReplyDelete
  9. ohh dah smpai sana rupanya si tecik ariff ni,siap pakai baju renang lagi tu..nak beli gak la utk nabhan tp macam tk pernah nampak pulak jual kat mana...


    nampaknya arif lagi petah dan jelas cakapnya...nabhan hujung2 je bunyi...hehe

    ReplyDelete
  10. kak yus reti berenang tak? nadiah teringin nak belajar berenang. bila tu entah la :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak retilah Nadiah. Abid anak akak tu lagi pandai berenang. Kalau Aqil lagi pro lah dari Abid.

      Delete
  11. Kakak yg tengok gambar pun senyum Yus. Suka tengok Arif yg cute tu. Lincah dan ligat dia tu yg buat kakak suka. Tengoklah tak ada maknanya dia nak takut-takut tambah lagi ada ibu dia memang menjadilah...

    p/s: kakak hari sabtu kerja half-day itu yg ada masa buka blog Yus... Kadang kakak cuti juga.

    ReplyDelete
  12. ape lg yg bleh lawat kt terengganu ek?
    sy dh follow akak..akak follow sy ek =)tq
    http://nlylyn.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. jangan kata anak2, mak budak pun jadi teruja tengok.. hehehe..

    ReplyDelete
  14. tgk pic pun dah nampak keseronokan dia...

    comel ibu n ariff ni.. :)

    ReplyDelete
  15. amboi happynya dpt mandi kolam. betul tu kak, budak2 cepat membesar, rugi tak ambil gmbr masa kecik nnti menyesal. hehe..

    ReplyDelete
  16. hehehee.... mula tu ariff takut...seroonookkk nya jumpa ariff hari tu..

    ReplyDelete
  17. Yus sungguh tak nampak ke kalau without spec? Takut pula kalau spec jatuh ke dasar kolam... nanti bila anak dah dewasa dan kita dah 'senior' mesti akan lebih tersenyum tengok diari2 ni kan... hmm... seronoknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah tak nampak langsung, tapi tak puas menikmati pemandangan kalau tanpa spec tu, rasa semua kabur ...huhuhu

      Delete
  18. tgk gambar yus dan arif pun dah dpt rasa keseronokkan keduannya.. lebih seronok bila tgk wajah ceria yus dan arif..

    ReplyDelete
  19. amboi..bestnyer ibu dan anak dapat berendam bersama..

    ReplyDelete
  20. seronok akak mandi kolam dengan arif, tapi saya memang tak suka basah2 heheh

    ReplyDelete
  21. kenangan yg tak mungkin berulang
    kalau ambik gambar lagi dalam situasi yg sama pun tetap tak sama kan?

    ReplyDelete
  22. best nya Yus.. rasa dah bertahun tak masuk kolam renang!! rinduuuu

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...