Belum ada mood sebenarnya nak cerita panjang mengenai percutian kami di Terengganu. Baru berkesempatan upload gambar-gambar ke dalam lappy. Ada lebih kurang 435 keping gambar. Fuhh! Mau pening nak pilih gambar yang ingin di kongsi di blog.
Namun belek punya belek, aku tertarik melihat gambar-gambar ini. Saat-saat manis aku dan Arif di kolam renang semasa di Awana Kijal Kerteh, Terengganu. Semua gambar-gambar yang di rakamkan oleh SRD ini saat menarik perhatian aku dan juga Arif. Dia pun seronok. Kata dia " Arif mandi sama ibu!!!" (Pelat bunyinya sebutan dia, menambahkan comelnya lagi bila dengar dia sebut..hehe).
 |
| Masa ni konon nak tunjuk pokok kelapa pada Arif |
 |
| Arif seronok nak main lompat-lompat dalam kolam |
 |
| Dia memang ceria masa ini, ibu pun sama kan Arif. |
 |
| Main pusing-pusing dalam air, dan ibu angkat Arif tinggi. Ketawa berdekah dia.... |
 |
| Bila aku cuba bawa ke tebing, perkataan pertama yang keluar dari mulut dia.."Lagi!!! Lagi!!!!" |
 |
| Main-main dekat sini pula. Tunjuk pokok lagi. |
Gambar-gambar ini memberi seribu satu cerita. Seronok aku melihatnya kembali. Saat manis yang mungkin tak dapat di ulang semula bersama Arif. Lepas ni dia dah semakin membesar, lain pula memorinya kan.
Keseluruhannya aku memang sangat berpuashati menginap di Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort ni. Rasa tak puas stay di sana 2 malam tu. Banyak aktiviti menarik boleh di lakukan.
Nanti aku update cerita penuh, bila mood dah mari....hehe.
~ يوس ~