Bermulanya cerita cuti-cuti kami ke Terengganu 2-6 Jun lepas. Aku tak tahu nak mula dari mana sebenarnya. Tapi aku memang suka nak perkenalkan mereka-mereka yang mungkin tak pernah sampai sini dengan tempat ni. Sebab tempat ni best!!!
Kami menginap di Awana Kijal selama dua hari dua malam.Terletak antara bandar Chukai dan Kerteh, Awana Kijal ni dah memenuhi semua kriteria untuk kita bawa keluarga bercuti dengan tidak perlu ke tempat lain pun sebab dalamnya sudah serba lengkap. Untuk permulaan kita mulakan dengan kawasan lobi dan bilik hotel dia ya.
Awas! Entri penuh gambar....huhuhu.
|
Ini tangga menuju ke lobi hotel Awana Kijal ni. Naik je sini dah teruja, cantik, kemas aje. Gambar ni masa hari terakhir kami di sana sebenarnya. |
|
Berdekatan dengan tempat menurunkan barang untuk ke lobi hotel ada gendang untuk anak-anak pukul. Naik atas pun ada gendang lagi, tapi yang tu lupa pula nak ambil gambarnya. |
|
Masuk aje, sebelah kiri dah nampak tempat untuk bermain congkak gergasi ni. Anak-anak teruja tengok sebab mereka tak pernah main congkak sebelum ni. Dan kerana seronok bermain congkak di sini, dapatlah mereka hadiah congkak dari abah mereka SRD. Untuk main di rumah pula. |
|
Lobi yang cantik penuh warna-warni. Ada pancutan air dari ikan dolphin lagi tau! |
|
Pandangan dari atas ruang legar lobi awana kijal ni. Menarik! |
|
Ramai memang yang mendaftar masuk saing-saing kami hari itu. Penuh jugalah ruang tempat reception ni.
|
|
Bila dapat bilik, lega rasa.Yalah setelah mengharungi perjalanan yang agak panjang kan. Ini ruang masuk ke bilik penginapan kami dan juga bilik air dia. Kemas, selesa, ada bath-tub, shower room pun ada, dan toiletnya semua berasingan. Takdelah masuk pintu bilik air semua kat situ, tapi ada pintu memisahkan antara bath-tub, shower room dan toilet dia. Selesa. Gambar cuma nampak sinki dan tepi bath-tub je....sorry. |
|
Bilik penginapan kami, dua katil single yang besar sebenarnya. Selesa untuk kami enam beranak. Semua dok sibuk tengok pemandangan luar masa ni. Cantik sangat pemandangan di sekeliling Awana Kijal ni. |
|
Masih bilik penginapan kami dari pandangan berbeza. Kipas ada, aircond pun ada. |
|
Anak-anak paling teruja bila mereka dapati ada tingkap yang boleh di buka antara bilik air dan bilik tidur. Mereka berdiri dalam bath-tub tu dan sibuk buka tingkap tu konon nak tengok ibu dan abah mereka. Jakun pulak anak-anak aku ni, sampai tercabut satu daun tingkap tu....huhu. Nasib baik abah mereka boleh betulkan semula.....huhuhu. |
Ok. Entri berikutnya kita lihat pemandangan sekitar dan apa yang boleh kita buat selama menginap di Awana Kijal ni ya. Tunggu!!!
p/s: Aku dah macam promote tempat ni pula kan. Bukan dapat apa-apa bayaran pun, tapi aku suka nak cerita satu-satu, sebab aku tahu ramai yang selalu search nak tengok apa yang menarik di tempat yang mereka nak lawat. Mana tahu ada yang nak datang sini, bila google pasti akan terjumpa blog aku ni kan. Dapatlah entri aku ni bantu korang serba sedikit ya tak?....hehehe.
to be continued.....
~ يوس ~
wow cantik =)
ReplyDeleteassalam yus..memang cantik.acik pun teruja tengok nya.
ReplyDeletecute je gambar satu family tu..seronok tengok..:)
ReplyDeletememang cantik.. tu tak masuk facilities lain yg best kan..
ReplyDeleteCantik dan nampak santai sangat Yus... cuma kakak tak puas sebab gambarnya tak ada model kecik Yus yg ligat tu... ada dia mesti kakak tengok sembil senyum... jadi terapi minda tengok budak tau Yus...
ReplyDeleteKan ada gambar Arif si cilik tu kak, cuma tak nampak jelas muka dia kot...hehe. Takpe nanti yus selit sikit2 gambar dia ya...hehehe
Deleteyup betul tu kak..saya suka akak buat entry ni, teruja nak ke sana jugakkk
ReplyDeletecantiknya bilik kat awana kijal ni..mmg high class la :)
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteorg terengganu pun x pernah sampai sini lagi..hehe sayalah tu..
Bagus wat N3 gini.. at least org2 yg tak pernah pergi leh tgk dpt review ttg sesuatu tempat tuh.. :) Dulu akak pernah singgah kat Awana ni tapi tak de laa tido di situ..Dah cantik dah.. hotel ni..
ReplyDeletecantiknya...saya pernah buat survey pasal awana ni..tapi awana kat langkawi..memang best sangatt..
ReplyDeleteKite duk ganu pun tak pernah sampai.hik3...
ReplyDeleteTak pernah lagi duk Hotel di Terengganu, selalu jalan mana2 mesti balik semula ke rumah MIL.. :D
ReplyDeleteps: tak sabar menantikan entry seterusnya. teruja juga nak tahu apa aktiviti yg boleh dibuat di sana..
wow....mmg cantik!
ReplyDeletex pernah merasa tido kat hotel..
ok yus akak tggu entry seterusnya pasal awana kijal ni.dah kata best so mcm nk gi cuti2 kesana lak ujung thn ni.Kena la bodek asben akak lepas ni hihi.,
ReplyDeletebetul akak...sharing is charing
ReplyDeletebaru je balik dari tganu.. can try sini next time... salam kenal n dah follow u
ReplyDeletesehari 2 mlm kak? hehe.. nmpk selesa kan. cepat sambung apa yg best kat sana lagi. :D
ReplyDeletehahaha, ok2 silap taip, 2 hari 2 malam sebenarnya. 2 malam lagi kami stay di Grand Continental pulak...sbb dah sampai KT masa tu...
Deletenak sambung, tp penatnya nak edit gambar plus abid sibuk nak tgk boboboi...huhuhu
bilik yg ada bilik air bertingkap tu maam hotel sutera harbour kota kinabalu yg kitorang pegi dulu
ReplyDeleteokey..sambung ;)
mmg cantik tempatnya.. betullah yus, yg baik dan elok mmg patut di kongsi.. thanks yer..
ReplyDeleteeh..dee ok je..dee pun suka buat satu2..mudah nak refer..cantiklah awana kijal..aritu gi kemaman duduk kat cherating..next time nak duduk sinilah..
ReplyDeletecantik.. sy pun teruja bila baca citer akak nih..
ReplyDeletetingin nak rasa duk sana jugak.. hehe..
memang teruja yana tengok..cantik dan elegan tapi regenya macam mana la pula yerk? harga mampu bayar tak?
Deletereasonable untuk family akak lah. Duduk anak beranak semalam RM400 lebih kurang. Mungkin agak mahal berbanding hotel di KT yg juga kami sewa 2 malam berikutnya cuma seratus lebih semalam, tp faccilities di sini banyakkkkk.
DeleteNanti akak story mory lagi.
penuh dengan warna warni... pasti keselesaannya sukar utk d gambarkan kan.. ehehe
ReplyDeleteantara hotel pilihan bila bos ada lawatan kat sana.. ;)
ReplyDeletemenarik! nani tak pernah lagi sampai sini. memang cantik. mcm hotel international gitu. 5stars hotel pon tak cantik macam ni.
ReplyDeleteCantik kak, menarik view dia, tingin nak dtg sini, kalau dapat cuti panjang lagi puas berjalan kan kak
ReplyDeleteNampak cantik dn mewah. SEwanya berapa?
ReplyDeleteMasa kami pergi tu cuti2 sekolah 400 lebih sikit semalam kak, tp skrg yus tgk 300 lebih je, tgk jenis bilik. Bilik kami tu besar kan, muat kami 6 orang anak beranak, ....
DeleteYus pun ke tganu jugak ye....xberselisih le kite gamaknyer.Deeja pun g ganu tapi kat kuala tganu,awal sikit dr tarikh Yus ke sana.
ReplyDeleteYus....xberselisih kite gamaknyer.Deeja pun ke tganu gak cuti sklh ari tu tapi awal sikit.Kami kat Kuala Tganu.Best la tmpt tu tapi xmampu le pulak kami nie...huhu
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletebilik jenis apa yang puan duduk tu? deluxe ke? berapa rate harga bilik tu? ingat nak g sana before posa ni...anak 4 orang jugak...thanks for any reply..
salam...
Deleteya bilik jenis deluxe, 2 single bed, tp single bed dia size besar sikit. Selesa untuk kami yg punya 4 anak2 yang kecil. Sewa semalam dalam 4 ratus lebih masa kami pegi tu, skrg tgk 3 ratus lebih je rasa. Cer tgk di agoda.com