Tuesday, June 19, 2012

Home » » Sekitar Hari Keluarga FKMP 2012

Sekitar Hari Keluarga FKMP 2012

Hari Ahad lepas berlangsung majlis hari keluarga FKMP yang di adakan di Wet World Batu Pahat. Pertama kali dapat bersama di hari keluarga FKMP ni, selama ni asyik ada hal je kot. Dan pertama kali jejak kaki ke taman tema air Wet World BP ni.....huhu. Tak patut betul kan, taman tema air negeri lain dah jejak, tapi kat daerah sendiri baru pertama kali masuk...hehe.

Oklah. Aku malas nak cerita panjang. Cerita dari gambar macam biasalah ya.

Urusetia yang sibuk untuk pendaftaran keluarga yang datang. Blogger huda kita antara orang kuat untuk majlis ini...

Tema hari keluarga merah, kami anak beranak semasa baru sampai.

Majlis di mulakan dengan acara senam aerobik yang di ketuai oleh En SRD kita....hihi. 

Acara meniup belon sampai pecah, anak2 aku semua tak pecah-pecah sampai saat akhir. Tapi masih bersemangat nak tiup, orang kata dah berhenti pun, semua dok meniup lagi...hehe

Antara acara lain yang anak-anak masuk. Alia cari gula-gula dalam tepung, habis muka penuh tepung, Abid bawa bola dalam sudu, dan Aqil berebut kerusi....hehe

Ini acara untuk ibu-ibu dan bapa-bapa pula.

Arif sekadar jadi penonton, tapi sebenarnya kejap-kejap hilang nak masuk dalam air...huhu

Acara paling seronok di tonton, acara tarik tali oleh kaum bapa. Kumpulan SRD dapat nombor 2.

Akhir sekali acara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah. No bertuah kami hanya berjaya membawa pulang single cloth hanger di atas....huhu. Nasib baik juga untuk acara kanak2 Abid dapat 3 hadiah, abahnya dan aku pun ada bawa pulang hadiah juga. Banyak dapat tupperware je...

Mengambil peluang bergambar bersama pihak urusetia yang comel, blogger Huda kita. Kali ke 2 kami bersua muka, selama ni tahu cerita dari blog atau dari bos dia je.....hehe. Semoga ukhwan terus terjalin kan huda.....

Begitulah serba ringkas. Masa gambar akhir tu di ambil, masing-masing letih menunggu anak-anak yag syok berendam dalam air tak mahu naik. Arif dah tidur kepenatan. Lain kali boleh pergi lagilah ya anak-anak, dekat je pun, main air puas-puas.....

Sekian......

~ يوس ~

14 comments:

  1. mentang mentang wet world..tarik tali pun buat dalam air eh..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah Rai, kalau tak basah ta beslah, tu yg menambahkan seronok tu...hehe

      Delete
  2. Suka nengok gambar kat blog akak, colorful gitu, hehe..bila masa ye akak sempat snap gambar masa pendaftaran tu, hehe..nengok gambar last muka dah berminyak gitu..insyaallah lain kali kalau ada aktiviti kita boleh jumpa lagi, mudah2an ikatan persahabatan kita terus kekal yea kak yus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum masuk dalam , snap gambar urusetia dululah kan....hehe

      Delete
  3. pictures tell million stories. meriah!

    ReplyDelete
  4. bestnye... senyum cma sorang2 tgk pic2 ni.. mcm2 gaya ade..

    tahiah dpt hadiah!

    ReplyDelete
  5. Merah sungguh hihi, meriah kan kak, sesekali dpt berkumpul ramai2 mmg seronok

    ReplyDelete
  6. seronoknya pergi hari keluarga camni kak... anak2lah yg happy ye sbb dpt main air puas2.

    samalah kak yus, izan lagilah dekat ngan wet world. asal nak ke bandar je mesti lalu. tapi tak pernahnya nak menyinggah.

    ReplyDelete
  7. wahhh, meriahnya sambutan sukaneka hari keluarga ni ya.. pastinya penuh dengan keseronokan dan kemeriahan.. nice

    ReplyDelete
  8. meriahnya kak.. nampak ceria bila semua berbaju merah.. sy pun x penah sampai wet world nih lagi.. nanti2 leh la bawak anak2 berendam kt sini jugak.. :)

    ReplyDelete
  9. salam singgah...suka sy berfamilyday... meriah , merapatkan hubungan silaturrahim yg sedia terjalin..

    ReplyDelete
  10. wahhh seronoknyaaa yus
    nak2 bab acara bapa dan ibu2 tuuu ekekke
    seronok kalau dpt joint
    tarik tali dlm air nie paling mencabar
    masa ieda dulu air tinggi parat dada tau yus .. haa masa tuu lagi mencabar ekeke;)
    enjoy the moments kan ;)

    ReplyDelete
  11. Alia muka putih kena tepung hihi... Arif tu geraaammm aje dalam hati dia mesti kalau boleh nak buat macam abang-abang dgn akak dia buat. Letih sampai tertidur tu..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...