Friday, February 22, 2013

Home » , » Bunga-bunga di halaman rumahku siri (II)

Bunga-bunga di halaman rumahku siri (II)

Kembali suka melihat bunga. Dulu pernah kongsi gambar  bunga pada entri ini Bunga-bunga di halaman rumahku.  Hari ini kira siri yang ke 2 lah ya. Bunga-bunga dah makin bertambah. Ada bunga warna lain pula...hehe.

Kalau suka bunga, ada kaitan tak dengan baby dalam perut ni memang girl?....ekekek. Ok, tak nak melalut, kita jamu mata dengan gambar bunga di laman rumah aku ni ya. Lama dah tak main-main dengan kamera Nikon E5200 aku ni. Bila dah main-main dengannya inilah hasil yang tak seberapa.

Bunga raya di dalamnya merah, luarnya kuning. Beli di CH. Dah dua kuntum yang mekar begini, tapi hanya 2 hari je dia bertahan mekar, lepas tu layu dan terus jatuh rupa-rupanya ya.

Bunga kertas kacuk putih dan pink, tapi lebih kepada putih aku rasa.

Bunga ros merah ni tak pernah lagi tidak berbunga, sentiasa ada bunganya silih berganti

Bunga kertas kuning tirus kecil je kelopaknya.
Bunga ros pink


Bunga tapak dara @ kamunting cina. Inilah satu-satunya bunga yang sentiasa ada, tak pernah terlepas dari berbunga...ekekek.

Bunga ros oren muda.....AKu paling suka tengok gambar ini.

Bunga ros peach berbelang oren, ini juga salah satu feveret pic aku.
Oklah kawan-kawan. Selamat Hari Jumaat, dan selamat menjamu mata....

~ يوس ~

21 comments:

  1. cantik2 la bunga tu Yus..
    bunga melur tak de ke??mak saya ada tanam melur.bila pagi2 je bau dia kuat sangt..sedap je bau...

    ReplyDelete
  2. Bunga ros dan bunga raya dah jadi koleksi kakak juga Yus. Tapi bunga kertas kakak tak ada.
    Suka kan bila apa yg kita tanam berhasil.

    ReplyDelete
  3. kak yus pakai kamera apa ye? dah mcm pro je amik gmbr ni heheh, cantik2 kak, menelan airliur tgk bunga ros tu, subur2 semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamera digital biasa je Aju. Nikon E5200, penutup bateri dia pun dah nak tercabut je, kena tampal dengan selotape...huhu. Lama dah akak pakai kamera ni, dari tahun 2005, banyak kenangan dari kamera ni. Kamera ni ada fungsi close up, so bila nak ambil gambar dari jarak dekat yg nampak cantik sikit, guna fungsi tulah....:)

      Delete
  4. salam kak yus..
    hihi..cantiknye bunge! pandai kak yus tembak guna dslr ye..cma pernah cuba..tp hampesss.. huhuhu
    tp siries! kenyang tgk bunga2 tu... aaaa... geram..geram... :D

    ReplyDelete
  5. Yus..cantik2nya bunga yang Yus tanam...Bunga ros tu yang paling akak suka sekali..memang menjadi tangan Yus..pokok ros akak
    yang 2 pasu tu macam nak mati aja....macamana akak nak buat ya?..

    ReplyDelete
  6. rajin akak menanam bunga yer...mcm mak saya lah sangat suka menanam pokok bunga...

    ReplyDelete
  7. Lama sungguh tak tengok bunga Kamunting Cina tu. Kat kampung dulu, bunga tu bersepah jer kat laman.

    ReplyDelete
  8. cantik nya... rajin yus walopon ngandung..

    ReplyDelete
  9. wak pon sukak bunga cantek tuu..,ehHHee

    ReplyDelete
  10. bunga cantik , gambar pun cantik ..suka la tengok gambar bunga bila background belakang nya tu kabur sikit , dan ada air menitis pun nampak ...

    ReplyDelete
  11. cantik kak.. tengok bunga tenang je fikirankan..

    ReplyDelete
  12. cantiknya bunga2 di halaman rumah kak yus ni....

    ReplyDelete
  13. sejuk mata memandangn yerk.. suka nyer tengok tapi tak rajin nak menjaganya...

    ReplyDelete
  14. kak yus, izan pun ada bunga raya kaler yg sama. satu lagi pink. mula2 tak tau pun kalernya. bila kembang mmg cantik sgt2. cuma sayangnya tak lama. bunga2 ros yg pernah izan blogkan dulu semuanya dah 'selamat'. yg tinggal skrg bunga2 kertas macam2 kaler je...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...