Monday, December 27, 2010

Home » , » Aktiviti semalam:Majlis Kenduri Kahwin dan hari ini: Arif kena cucuk

Aktiviti semalam:Majlis Kenduri Kahwin dan hari ini: Arif kena cucuk

Sabtu malam pak usu aku sekeluarga menumpang tidur di rumah aku. Ada majlis kenduri kahwin anak abang iparnya di taman sebelah. Kami pun di jemput sekali. Makanan, biasalah orang BP ni kalau buat kenduri kahwin tak sah kalau takde nasi beriani. Rasa ok, cuma ada sikit hangit pulak lauk daging berianinya itu :quizzical:.

Seperti biasa jamu mata dengan gambar ye....

Gambar 1: Kata Abid, " Yea! Saya kuat sebab saya makan nasi berani. Saya makan sampai 2 kali tambah, orang lain makan kek coklat aje..", :biggrin:

Gambar 2: Tuan rumah bertudung merah sedang memerhatikan tetamu yang hadir...di sebelahnya kakak iparnya.

Gambar 3: Arif pun haruslah ada kan, buat-buat muka comel bersama kakak Alia dan abang Abid.

Gambar 4: Tema pengantin warna hitam, merah dan putih. Anak-anak aku tak melepaskan peluang bergambar di atas pelamin cantik ini.:glad:

Gambar 5: Sebelum pulang mengambil kesempatan bergambar di meja makan pengantin. Tak dapat nak tunggu pengantin tiba sebab kami nak balik Muar pula...;)
****************************
Cerita selingan.....

Hari ini ke klinik untuk check-up Arif 5 bulan. Kena cucuk paha kanan Arif untuk imunisasi yang 3 serangkai bahagian akhir tu. Melalak sikit je. Lepas tu ok dah. Perkembangan berat...naik sikit je.

Berat 4 bulan : 6.0kg
Berat 5 bulan : 6.45kg

Naik sikit saja dari bulan lepas...huhu. Arif memang sangat lasak sejak dah pandai meniarap ni. Letak saja, mulalah dia meniarap. Tak sempat apa kadang tu. Terus je dia meniarap. Lepas tu suka sangat melompat bila di pegang. Mungkin sebab tu lah sikit saja yang naik. Takpelah, kalau tengok graf masih ok. Meningkat dengan sempurna :).

Hari ini pergi klinik seperti biasa baru perasan lokasi klinik telah berpindah. Bertukar tempat ke pekan rupanya..huhu. Tarikh mereka pindah 5 Disember hari tu. Kalau tidak kerana Arif perlu check-up hari ini pasti aku tak tahu mereka dah berpindah.

Lokasi yang baru lebih selesa. Kawasan klinik nampak lebih luas dan berhawa dingin. Masa menunggu pun lebih cepat, dan dari masa ambil nombor hingga selesai nampak lebih tersusun. Bagus! Inilah perubahan yang sepatutnya. Aku suka! Aku suka!:thumbsup::thumbsup::thumbsup:

~ يوس ~

22 comments:

  1. pandai arif buat muka comel, meh sini jap nak polok2 ;)

    smlm mksu gi 2 kenduri kawin kat kl ni, nasik beriani gaks. nasik minyak dah mula kalah kot. hehehe

    ReplyDelete
  2. oh ya, nak kabo, maksu dari bachang, tahun 1988/90.... :)

    ReplyDelete
  3. wow...cantiknye pelamin dia...
    kak, bg pinjam arif sejam dua...nak gigit pipi ngan peha dia sampai saya puas...hehehe...

    ReplyDelete
  4. lani pelamin semuanya cantik2
    mesti harga pun cantik juga

    ReplyDelete
  5. @Mak Su
    Yelah maksu. Sekarng lebih ramai yang buat nasi beriani kan...

    ReplyDelete
  6. @Mak Su
    Erkk..statement maksu dari bachang tu yus tak faham sebenarnya...kenapa ekk?

    ReplyDelete
  7. @wahida
    Kalau ada peluang nanti boleh saja nak geget dia, asal dia tak melalak sudahlah ye. Kalau melalak Wahida lah kena pujuk..hehe

    ReplyDelete
  8. @Ati Masrif
    Betul kan. Zaman kita dulu simple2 saja, tu pun dah mahai, skrg ni entah berapa lah. Kos nak kahwin makin hari makin meningkat...:D

    ReplyDelete
  9. comel2 anak awak.. salam kenal yer..

    ReplyDelete
  10. saya bab pi cucuk anak ni liat sgt..malas nk pi klinik tu..hehe..

    kalu lmbt pi..nati misi call..heee..

    ReplyDelete
  11. Memang cantik pelamin tu Yus..


    Awat tak amik gambar dengan cik abg.. Boleh buat kenang-kenangan..


    heee..

    ReplyDelete
  12. salam yus..
    akak kalau pi BP pun..cari kedai nasi beroani jugak..
    tapi belum pernah pi makan kenduri sampai BP.

    ReplyDelete
  13. @sarah-najwan
    Oklah kalau dia call kak. Takut dia lupa call, anak kita terlepas pula imunisasi tu. Yus ni takut je kalau diaorang terlepas, sebab imunisasi tu penting juga kan...

    ReplyDelete
  14. @a.z.r.i.n.a.03.07
    Hehe.....nanti takut pengantin sebenar marah. Diaorang belum posing atas tu, pengantin lama pulak nak enter frame...hihihi

    ReplyDelete
  15. @kak Erna
    BP memang terkenal dengan nasi beriani kan.

    ReplyDelete
  16. Comel nya Arif...... bila la boleh jumpa kan!!

    ReplyDelete
  17. mifz hr tu cucuk pun nangisnye sekejap je...cucuk 1st yg 3 serangkai tuh...beratnye dh 6.1kg kak,baru 2bulan seminggu umurnye......x tau la kan nti dh besar,lasak,berat turun lak kan..hehe

    ReplyDelete
  18. @Azi K'Lautern
    Azi balik jumpa lah kita. Berapa tahun lagilah kat german tu ye?

    ReplyDelete
  19. @Papa Mifz
    Wah! Cepatnya naik berat. Minum susu apa tu?

    Tapi biasa budak minum susu badan memang slow sikit naiknya..dan anak2 akak pun memang semua kecik2 saja..huhu

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...