Wednesday, December 22, 2010

Home » » Bila bekalan eletrik terputus.....

Bila bekalan eletrik terputus.....

Terlebih dahulu terima kasih aku ucapkan kepada semua yang meninggalkan komen pada entri sebelum ni. Kak Erna, Kak Azzah8, N.Hasleena, Papa Mifz, Kak Ina Hashim, Aku Ibu Muda, Mulan, Kak aNIe, NM02, Ati Masrif, Mak Su al-lavendari, wahida, h.zulka dan Asmara. Minta maaf banyak-banyak kerana tidak dapat membalas komen kawan-kawan semua satu persatu. Semua pun berkongsi kegembiraan aku menang contest kan...Luv u All. 

Semalam tak dapat nak BW seperti biasa atau nak buat entri baru. Pagi-pagi biasalah sibuk dengan urusan rumah. Bila jam hampir ke pukul 11, bekalan eletrik pula terputus. Hati dah rasa tek best. Mulalah aku keluar rumah, intai-intai kalau ada jiran sebelah keluar. Kot2 boleh aku tanya, kenapa ye eletrik takde. Tiba-tiba nampak kertas yang sudah di basahi hujan di tepi pagar. Notis ganguan bekalan eletrik 21/12/2010 dari pukul 10 pagi hingga ke pukul 6 petang atas urusan kerja di kawasan berhampiran.

Aduh!! lama tu? Jadinya kami bertukar plan. Sepatutnya malam baru nak keluar jalan-jalan, tapi sebab bekalan eletrik terputus sementara di rumah, waktu siang pun ok juga. Telefon SRD  di tempat  kerja minta izin dulu nak keluar bawa anak2, mak dan Misz Sephia. Lagipun dah janji dengan Cik Ana anak-anak aku tu nak belanja Pizza sempena kemenangan aku di dalam contest pakngah. Terima Kasih Pakngah, bank in kan wang hadiah  petang 20hb tu...:P

Makanya kami anak beranak pun ke BP Mall. Hajat hati lunch makan pizza lah kan. Bila saja tiba di parking lot BP Mall tu, SRD telefon. Dia pun nak join sekali lunch dengan kami. Nak merasa isteri tercintanya belanja rupanya..hehe.

Tiba di Pizza Hut, ambil order dulu sambil menunggu SRD tiba. Anak-anak aku lah paling seronok. Memang favorite restoran mereka. Semua suka makan pizza.

Gambar 1 : Ambil gambar dulu sebelum pizza sampai
Gambar 2: SRD dah tiba, pizza pun sama.
Gambar 3: SRD, ibu mertuaku, Misz Sephia dan yang lainnya sedang menikmati makanan. Arif pun sibuk sekali..:P
Selesai makan, SRD ke pejabat semula. Kami pula ke surau berdekatan dan selepas itu shopping time...;).

Aduh!! Serik rasanya berjalan dengan anak-anak tanpa SRD ni. Kecoh sungguh mereka. Semua tempat pun adalah sama bagi mereka, asyik bermain saja. Riuh-rendah dibuatnya. Ada anak-anak kecil macam tulah kan. Nasib baik ada MIL dan SIL, kalau tidak, kelam kabut aku ni...huhu.

Apapun, kami tetap enjoy. Sampai rumah dah hampir ke pukul 5 petang. Eletrik masih belum ada. Dalam 15 minit kemudian baru eletrik ada semula. Alhamdulillah, takdelah lama sangat menunggu.

Begitulah kisahnya semalam. Ok, aku masih belum dapat berlama-lama di depan pc. Ada tetamu di rumah kan...Got to go...Miss kawan-kawan blog semua..:)
~ يوس ~

20 comments:

  1. bila nak belanja saya lak ni kak? hahaha...

    ReplyDelete
  2. YUS,

    BUDAK2 MMG CAMTUH...SUMER TEMPAT ADALAH TMPT PERMAINAN BG DORANG..HIHI

    ARIF SUKA ISAP PUTING YE?FIRAS X SUKA WALAU DAH 2 PUTING AKAK BELI..HUHU

    ReplyDelete
  3. Mmg masa depa kecik ni kita penin skit..nanti bila seme dah membesar mcm anak2 akak..kita plak rasa sunyi...so layankan jer....

    ReplyDelete
  4. @wahida
    Jemputlah datang ke rumah akak, InsyaAllah boleh belanja makan...:)

    ReplyDelete
  5. @Ina Hashim
    Tulah kak, kat maman2 pun asyik nak bermain saja..huhu.

    Oklah, dia nak puting, tapi takdelah lekat sangat. Arif pun dah tiga puting dia tu..huhu

    ReplyDelete
  6. @C28su
    Selalu juga fikir begitu, kalau mereka dah besar pasti tak dengar riuh rendah yg serupa. Cuma kadang2 yus ni kurang sabar orangnya...:D

    ReplyDelete
  7. sy anak dua pun...pening kepala..ehehee..

    bestnye dpt makan piza hasil dari menang contest...tahniah ye....

    ReplyDelete
  8. wah best nye bila tgk org mkn pizza nih....lama rasanye dh x mkn pizza...hehe xpe esok cuti,nak g mkn la pizza..hehe

    ReplyDelete
  9. Wahhh...bestnya Yus raikan kemenangan di Pizza ye...
    Sayapun kalau cik suami takde nak jalan dengan anak2 ni payah juga :)

    ReplyDelete
  10. @~aSHa~
    TQ Asha..

    Anak kecik2 rapat pula tu, mmg kena banyak bersabar dengan kerenah mereka...:)

    ReplyDelete
  11. @Papa Mifz
    Dekat dalam Carefour tu takde restoran pizza ker? Hari ni pun boleh makan apa..hehe.

    ReplyDelete
  12. @n.hasleena
    Tulah leena, dari dalam kereta lagi dah kecoh je diorang ni. Kalau saya drive tu tak fokus jadinya. Nasib baik ada adik tolong ganti drive masa balik..huhu

    ReplyDelete
  13. wah..besta makn2..

    akak pom sama..tanpa hubby ke..serik nk jalan dgn 4 anaks tu..huhu

    ReplyDelete
  14. Kak! Dr. Din nmpak semakin berbahagia dan ceria. hehe.. (maksud tersirat nmpk berisi) wakaka..best la tu mkn minum semua terjaga ye kak! hehe..
    *lamanya x mkn pizza hut! buat pizza sendiri x sama rasanya. hehe..

    ReplyDelete
  15. pakngah tumpang seronok tengok yus anak beranak makan pizza ..!

    ReplyDelete
  16. @sarah-najwan
    Anak dah 4, lagi macam ragam kita kena layan kan kak...mmg fikir dua tiga kali nak bawa diorang jalan sendiri. Kalau tidak kena tunggu suami juga ada bersama..huhu

    ReplyDelete
  17. Bila nak belanja azi makan pizza plak yus? hehehe

    ReplyDelete
  18. @Asmara
    Dia memang sentiasa ceria As. Kalau dia masam muka, akak yang takut nanti..huhu. Memang tak sama kan. Pizza UK dgn Pizza Hut tu pun tak sama rasanya...:)

    ReplyDelete
  19. @al-lavendari
    Hehe...kena bagi kredit kat pakngah juga ni....kalau tidak tak merasa mereka tu duit belanja dari saya..:)

    ReplyDelete
  20. @ajzie
    Tunggu tahun bila agaknya ekk? Nanti Azi dah balik sini kita ronda2 lah makan pizza anak beranak..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...