Wednesday, January 07, 2009

Home » » Cerita Tertungak 2008 (part 1)- Tiara Beach Resort.

Cerita Tertungak 2008 (part 1)- Tiara Beach Resort.

Blog,

Sebenarnya idaklah aku nak bercerita panjang. Nak menempek gambar jer sebenarnya lol. Dah lama nak letak, tapi sepanjang akhir tahun lepas aku mcm busy jer. Tambahan pula mood takde. Tahun ini entah kenapa semangat tu berkobar-kobar. Kalau boleh segala peristiwa yang berlaku dalam keluarga ingin di abadikan di sini. Hmmm...adakah semangat ini hanya bermusim saja rolleyes.

Oklah. Di pendekkan cerita, pada 18hb Disember sehingga 21 Dis yang lalu, kami sekeluarga ke Port Dickson. Sebenarnya mengikut SRD yang ada bengkel di sana. Kami menginap di Tiara Beach Resort. Sambil2 tu, aku dan anak2 kira bercutilah kan. Tempatnya agak menarik. Sesuai untuk percutian seisi keluarga.Minggu sebelumya dah ke PD gak bersama family dan adik beradik inlaw. Yang nih part 2 nnti kot baru aku abadikan gambar2nya di sini.

Well, apa yang dapat aku simpulkan dari trip kami ke PD tuh, anak2 lah yang paling seronok. Dapat mandi manda. Sampai tak nak naik kalau boleh, sampai dah hitam dan berbelang2 badan mereka semua. Alia terutamanya. Ketara sangat berbelang badannya tuh. Mana taknya, dari hari Khamis petang kami sampai, terus berendam dlm air, pas tuh tiap2 hari berendam gak 3-4 jam. Hmm itu pun mereka tak puas gak. Aku jer yang dah malas nak layan. SRD bukan ada setiap masa. Petang sekejap adalah, dia sibuk dengan bengkel kan. Aku nak jaga 3 kanak2 ribena tuh, memang haru biru gak lah...smile.

Eh tadi kata tak nak cerita panjang ekk. Oklah, kita tengok gambar jer. Rasanya gambar ini dapat menceritakan segala-galanya.


Ke Port Dickson kita...

Abid dah sejuk waktu nih, tapi sekejap jer, lepas dia rasa ok, terjun semula dlm air..

Ada slide, ada buaian, tuh yg bebudak nih suka

Nampak slide tuh...suka sangat Aqil dan Alia..

Petangnya pula, jalan ke Teluk Kemang, naik kereta nih, tengok2 kuda..

Permandangan di waktu senja..

Main air lagi..

Yang ini hari Sabtu petang, kali terakhir mandi-manda. Esoknya tuh Ahad dah check-out. Bebudak nih ada hati gak nak mandi lagi pagi tuh. Ibu dia yang tak nak..

Oklah....masa untuk ambil Aqil dari sekolah..razz

5 comments:

  1. wahh best nya.. gambar abid yg bertuala tuh tak nampk pula masa share photo hari tuh. Comel la abid..

    ReplyDelete
  2. ajzie: masa yus nak ambil gambar tuh, macam mengada2 tau dia, terover posing kononnya..huhu.

    ReplyDelete
  3. selamat thn baru... salam perkenalan... anak masuk darjah 1 ek.. seronok la bersekolah yek...

    ReplyDelete
  4. shiemz : salam perkenalan juga. Excited sebenarnya anak mula sekolah.Terima kasih singgah di blog saya yg tak seberapa nih..:D

    ReplyDelete
  5. tiara beach resort (TBR) memang syok!

    saya sendiri bwk anak pergi setiap bulan.

    http://satusolution.com/resort
    untuk tempahan TBR

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...