Friday, January 02, 2009

Home » » Aqil di hari pertama sekolah...

Aqil di hari pertama sekolah...

Hari ini hari pendaftaran untuk murid-murid tahun 1. Aqil memulakan hari pertama sekolahnya dengan penuh bersemangat. Hari pertama ini adalah untuk sessi pendaftaran dan juga ujian penempatan kelas. Dari jauh aku lihat Aqil tekun menjawab kertas soalannya. Tak tahulah betul ker tidak. Tak sempat pula aku mengambil gambar dia sewaktu menjawab kertas soalan kerana ibu bapa tidak di benarkan berada berdekatan kelas ketika sessi ujian di jalankan. Keputusan akan di ketahui hari Isnin ini. Semoga semuanya berjalan dengan baik.



Aqil bersiap sedia untuk ke sekolah.


Aqil di dalam kelas, sebelum sessi ujian dimulakan.



Ibu bapa yang menunggu anak2 habis ujian di kantin sekolah


Alia yang terlebih semangat membawa beg abangnya kesana kemari ..huhu.

Aqil sudah selesai menjawab ujian yang diberikan.

Doa ibu buat Aqil, semoga di lapangkan dada dan diterangkan hati mu anakku menimba ilmu yang di ajarkan. Besar harapan ibu untuk melihat Aqil menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti di dunia dan di akhirat, InsyaAllah

2 comments:

  1. sekarang hari first buat ujian yek? zaman kita dulu2 masuk satu penggal dulu baru buat, betul tak?
    waah~
    dasat sekarang yek.
    selamat menempuh alam persekolahan utk aqil :)

    ReplyDelete
  2. zakiah: skrg memang masuk tahun 1 dah kena pandai baca, dulu takpe lagi, kalau tidak anak kita yg ketinggalan.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...