Thursday, November 24, 2011

Home » » Ego tak bertempat : Dari pengalaman seorang pegawai syarak

Ego tak bertempat : Dari pengalaman seorang pegawai syarak

Membaca mengenai kes tuntutan nafkah oleh isteri AC Mizal beberapa hari lalu,
membuka satu cerita yang menarik oleh ayahandaku.
Sesiapa yang mengikuti serba sedikit berita hiburan mesti tahu kan,
kes AC Mizal dengan isterinya tak selesai2...huhu.

Apa pun kisah yang ayahandaku ceritakan ni berbeza sedikit.
Ayahku salah seorang pegawai syarak di Mukim kampung.
Makanya, setiap kali ada majlis perkahwinan di kawasan itu,
ayah pasti terlibat sama.

Satu kes di mana majlis kahwin bakal pengantin ini tertangguh
kerana ego tak bertempat si ibu dan bapa saudaranya.
Bapa dah ibu pengantin sudah lama bercerai.
Si bapa dulunya di katakan seorang penagih dadah.
Semenjak itu, si ibu tidak pernah ambil kisah apa yang berlaku kepada bekas suaminya itu.
Anak-anaknya juga tidak di benarkan berjumpa dengan bapa kandungnya.
Bapa kandung si anak ini di beri imej begitu buruk oleh ibu dan keluarga sebelah ibu,
hanya kerana beliau seorang bekas penagih.

Apabila si anak hendak berkahwin seorang wali di perlukan.
Anak perempuan kan, bapa kandung masih hidup, mestilah bapa yang harus jadi wali.
Namun ketika majlis akad nikah hendak berlangsung,
si bapa tiada untuk menjadi wali anaknya.
Apabila pegawai syarak menyoal, bapa saudaranya mencelah.
Katanya," Saya pun boleh nikahkan. Saya kan bapa saudara pengantin perempuan".

Pelbagai soalan di aju kepada keluarga pengantin.
Di mana bapa kandung pengantin?
Masih hidup atau sudah meninggal dunia?
Kalau hidup di mana dia?
Semua itu di tepis dengan ego oleh si bapa saudara pengantin.
"Bapak dia ni penagih dadah. Mana boleh jadi wali!"

Apa yang pasti, sejak bercerai, si ibu tidak mahu ambil tahu pasal bekas suaminya itu.
Tambah2 lagi keluarganya juga tidak suka.
Namun, walau apa pun krisis antara suami dan isteri,
hak si anak tidak boleh di ambil ringan.

Adalah menjadi hak anak itu untuk tahu di mana  ayahnya.
Keluarga sebelah ibu tidak patut memutuskan terus ikatan itu.
Apatah lagi, si bapalah yang harus menjadi wali tatkala anak itu hendak menikah.

Sebagai pegawai syarak, ayah menasihatkan mereka mencari dulu bapa kandung pengantin.
Mana tahu dia sudah insaf.
Walau apa pun, si bapa harus tahu anaknya hendak berkahwin.

Paling ego ketika majlis ialah bapa saudara pengantin itu.
Seboleh-boleh dia berkata, tak perlu cari bapa kandung.
Dia sudah boleh menjadi wali.

Dan bila di tanya, dia bapa saudara sebelah bapa atau isteri.
Jawapannya, dia adalah bapa saudara sebelah isteri,
iaitu abang kepada ibu pengantin.

Pegawai syarak yang hendak menikahkah ketawa kecil.
Kalau sudah bapa saudara sebelah ibu, mana boleh menikahkan.
Kecuali bapa saudara sebelah bapa, barulah boleh.
Beliau tetap tidak percaya.
Egonya tetap kuat.
Seboleh-boleh dia hendak menjadi wali, walau imam kata tak boleh.

Maka untuk menyelesaikan, ayahku menelefon Kadhi.
Suruh dia bercakap sendiri, dan bertanya bolehkah dia sebagai bapa saudara sebelah ibu menjadi wali.
Bila jawapannya tetap sama dengan apa yang Imam katakan,
barulah dia mengalah.

Beberapa hari kemudian, baru majlis dapat berlangsung.
Bapa kandung dapat hadir.
Dan semua pegawai syarak terkejut,
kerana si bapa itu tidak seperti yang di war-warkan oleh keluarga pengantin perempuan sebelum ini.

Bukan lagi seorang penagih,
bukan juga seorang yang tidak terurus.
Malah bila di suruh baca al-fatihah, dan di tanya segala hukum fardhu ain,
semuanya dapat di jawab dengan baik.
Bacaan surahnya juga cukup cantik dan sedap di dengar.

Ternyata, bapanya ada di kampung sebelah saja.
Serba serbi mengenai bapanya sudah berubah.
Selama ini dia cuba berjumpa anaknya, tetapi di halang keluarga bekas isterinya.
Dia cuba menjalankan tanggungjawabnya tetapi di tegah oleh keluarga bekas isterinya.
Semua kerana kesalahannya pernah menjadi penagih.
Kalau boleh segala yang berkaitan dengannnya, bekas isterinya tidak mahu anaknya tahu.

Ayahku menyatakan,
Inilah manusia....
Walau apa pun krisis antara suami isteri, hak anak jangan di abaikan.
Tak boleh membiarkan anak membenci bapanya.
Tak boleh menidakkan hak anak dan bapanya, begitu juga sebaliknya.
Setiap orang boleh berubah.
Jangan kerana pernah berbuat salah,
kita terus cop mereka sebagai orang yang tak boleh berubah menjadi baik.
Sampai anak nak kahwin pun,
hak bapa untuk menikahkan dan menjadi wali hendak di tarik.

Sudahnya sendiri malu....
Hmm...macam-macam perangai manusia ni kan.
Semoga kisah ini dapat menjadi teladan kepada semua.

~ يوس ~

25 comments:

  1. nauzubillah.... apa2 pon yg terjadi, kebajikan & tanggungjawab terhadap anak2 jgn lah diabaikan..

    ReplyDelete
  2. manusia kak..kdg2 susah nk faham

    Alhamdulillah si bapa membuktikan dia mampu menjadi org yg lebih baik

    setiap orang berbuat kesilapan, tapi org yg plg baik ialah yg memperbaiki kesilapan dan bertaubat...

    ReplyDelete
  3. manusia ni dia rasa dia sorang je mampu berubah, dan orang lain tidak, padahal dia tidak sedar orang lain berubah jauh lebih baik daripada dia

    kes macam ni selalu jugak saya dengar.

    secara tak langsung saya ingatkan diri sendiri jugak

    cerita ni banyak manfaatnya

    t/kasih kerana berkongsi :-)

    ReplyDelete
  4. yelah kak...manusia mmg boleh berubah kan. tp jgnlah sekali2 menidakkan hak seorang bapa n anak meskipun mereka dah bercerai.

    bapa saudara dia pulak yg lebih2.... sudahnya malu sendiri... alahaiiiii...

    ReplyDelete
  5. bagus kisah ni kak, boleh dijadikan teladan..setiap orang diberi peluang untuk berubah menjadi lbh baik.

    ReplyDelete
  6. malunya.. bapa sendiri tak tau hukum hakam.



    suka baca ni Yus. Pengajaran buat mereka yang tak buat perkara macam ni pada anak2 mereka.

    ReplyDelete
  7. Bila cetek ilmu munakahat nak pulak berbalah dgn org alim inilah jadinya. Tak malu ke? Dahlah pernikahan tertunda... bila org ramai tahu lelaki yg dihina sebenarnya tidak seperti yg dikatakan maka sebenarnya yg menghina itu lebih hina...

    Jadikan teladan buat kita ye Yus...

    ReplyDelete
  8. @a.z.r.i.n.a.03.07
    sebenarnya bapa saudara dia yang lebih2 dah tak tahu hukum hakam tu reen....

    kesian kat bapa kandung dia yang tak di beritahu mulanya pasal pernikahan anaknya...

    ReplyDelete
  9. eB sebak sbb tringatkan arwah abah.

    ReplyDelete
  10. aduhai..sampai mcm tu sekali..
    sedih.. -_-"

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah CM tak begitu... tetap CM hormati hak seorang ayah kepada anak akak walaupun kami tiada hubungan apa-apa lagi. ilmu juga penting supaya kita tak buat hukum sendiri yg boleh membawa dosa..nauzubillah..

    ReplyDelete
  12. Tanggungjawab bapa terhadap anak2 tidak terputus dengan sebuah perceraian. Apatah lagi bila sibapa mewar2kan kekayaannya ke seluruh alam, tetapi enggan membayar nafkah kepada anak2, maka bagaimana boleh sibapa itu disanjung2. :(

    ReplyDelete
  13. hmm..citer yang boleh dijadikan tauladan ni..

    ReplyDelete
  14. semoga jadi iktibar pd yg lain..
    kesian si anak, smpai kena tangguh pulak sbb nak cari wali..

    ReplyDelete
  15. pangai manusia nih mcm2...
    tp tulah, wlupon dah bercerai, tak patutla pisahkan anak dgn bapa kandung sdiri....
    citer yus nih blh jadikan pengajaran pd yg tak tau...

    ReplyDelete
  16. mungkin juga pengalaman pahit
    semasa hidup dgn penagih ini yg
    membuatkan si ibu berbuat sedemikian
    kerana perangai org menagih ini sgtlah
    teruk, buruk dan memalukan dan amatlah
    sukar nak dilupakan.

    tapi kalau melibatkan pernikahan
    kenalah si ibu bertolah ansur kerana
    melibatkan hal agama lebih lagi anak
    tu anak perempuan.

    ReplyDelete
  17. segan nye dgn org ramai...

    camana lah air muka pengantin tu kan...

    ReplyDelete
  18. @Ati Masrif
    mungkin juga kak, tapi walau apa pun, hak dia sebagai bapa tak boleh di pertikaikan...

    Setiap orang petut di beri peluang untuk berubah, walau antara emak dan ayah sudah tidak boleh bersama, tapi hubungan bapa dan anak tu tak boleh di putuskan..tak gitu kak?

    ReplyDelete
  19. hihs..sampai mcm tu sekali...ha padan...akhirnya dia yg terkantoi kan...

    terima kasih kerana berkongsi maklumat ini....

    ReplyDelete
  20. t.pasti knp kluarga si ibu keras hati bgitu. mungkin akibat ksengsaraan yg dialami akibat ksilapn si ayah.
    bsar tnggungjwb s org khalifah ni. apa2 pun yg lpas sudahlah kan, anggaplah ia ujian dr Allah. t.pyh la pturunkan dndam hingga k anak cucu

    ReplyDelete
  21. x semestinya org yg pernah buat salah tu akan sentiasa mengulangi kesilapannyanya yg lalu dan klu Allah buka pintu hatinya utk berubah Insya Allah dia akan lebih jadi org yg lebih baik....

    ReplyDelete
  22. terharu sungguh baca kesah perkongsian Yus ni..

    memang tak wajar bila ibu cuba jauhkan anak2 dr bapa kandung sendiri kan...

    ReplyDelete
  23. huhu~

    sayu baca ni sampai habis. Banyak pengajaran boleh diambil...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...