Friday, December 30, 2011

Home » , » TV3: Sila tukar waktu siaran Slot Akasia pleaseeeeee!

TV3: Sila tukar waktu siaran Slot Akasia pleaseeeeee!

Semalam, sana sini sibuk bercerita tentang slot Akasia Tentang Dhia.
Semalam episod akhir, dan aku sempat tengok cerita tu 5 minit terakhir aje.
Sebelum ni tak pernah tengok pun...huhu
Memang jarang sekali mengikuti Slot Akasia ni
sebab waktu siarannya  macam tak berapa sesuai!

Kenapalah nak siarkan drama best-best waktu maghrib?
Boleh buat ramai yang leka tau!

Terbaru, yang bakal keudara di Slot Akasia ialah drama Gemersik Kalbu.
Lama tak tengok Ayu Raudhah berlakon.
Rasa rindu nak tengok lakonan dia.

Sinopsis Gemersik Kalbu baca sini.

Pasti ramai yang sependapat dengan aku kan.
Aku print screen komen dari laman gua.com yang rata-rata berharap slot ini di tukar waktunya.




















Agak-agak pihak tv3 baca tak?
Rasa ramai je orang melayu kat situ.
Tak kan sorang pun tak boleh suarakan benda ni?
Pleaseeee, pleasee, pleaseeeeee....
Tukarlah waktu siaran tu!!!....huhu.

~ يوس ~

17 comments:

  1. saya sangat menyokong..takpun kalau dari pukul 9-10 malam pun ok jugak, rileks sikit..

    ReplyDelete
  2. actually dah lama request.. dulu kakyong selalu tweet ke twitter tv3.. rasanya kalo ramai yg tweet sure mereka akan pertimbangkan.. jgn lupa tinggal kan mesej di FB tv3 juga

    ReplyDelete
  3. Jom pergi ke FB TV3...kita mintak diorang tukar waktu siaran... waktu sekarang memang tak sesuai... sepatunya buatlah dari 6.30 ke 7.30... lepas tu 7.30 tu siarkan rancangan kartun macam Detektif Conan ke... Sin Chan ke...setuju tak?

    ReplyDelete
  4. Sokong sangat2..waktu memang tak sesuai langsung..

    ReplyDelete
  5. @aNIe
    yus lebih suka kalau dia buat 6 hingga 7 kak, tp kalau 630-730 pun ok juga...:)

    ReplyDelete
  6. cikdill kesah pon sbb cikdill xsuke tgk tv...ehheheheh

    ReplyDelete
  7. setuju juga..tp selalu solat time iklan..sbb iklan tv3 lama giler..miss sikit2 tu no hal lah..tp biasanya dee mmg tak sempat pun tgk..tgk kat tonton.com je..kalau pihak tv3 tukar waktu siaran lagi bagus..

    ReplyDelete
  8. setujulah sangat.. melekakan yg nak solat. jenuh ingatkan anak2 suruh solat dulu...jap..jap..

    ReplyDelete
  9. lama dah tak tengok slot akasia. dari dulu siaran waktunya macam tu, kan? lupa dah nadiah

    ReplyDelete
  10. Salam, tukarlah siaran waktu ape skali pun sy ttp xdpt nak tgk...huhuuu

    ReplyDelete
  11. sokong..sy selalu termiss tgk cite tentang dhia ni.
    terpaksa repeat kat tonton.com.

    ReplyDelete
  12. Setuju jugak kalau ubah siaran, lepas berita pun ok sbb yg skrg ni tak berapa sesuai.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...