Sunday, December 04, 2011

Home » , » Kasih seorang bapa : Semua gara-gara Ombak Rindu...

Kasih seorang bapa : Semua gara-gara Ombak Rindu...

Kalau semalam Girls Day Out...
Hari ini nampaknya Boys Day Out..
Cuma seorang boy aje yang tak dapat ikut.
Si kecik comel Arif lah kan,
punca dan musabab kami sekeluarga tak boleh keluar serentak tengok wayang...hihi.

Bila dengar ibunya berjimba-jimba pergi tengok Ombak Rindu.
Dua orang kanak-kanak lelaki dalam rumah ni tak keruan.

"Mana aci ibu je tengok wayang! Aqil nak tengok juga!", kata Aqil.

"Alah ibu ni, Alia tu boleh pula ikut!", celah Abid pula.

Abahnya yang rasa simpati berkata,
"Takpe, Ahad kita pula pergi tengok wayang ya. Biar ibu dengan Alia pula di rumah.".

Ku kira en SRD main-main.
Aku tahu dia ada banyak kerja perlu di bereskan.
Malam tadi pun pukul berapa entah dia tidur.
Tapi rupanya betul.
Dia betul-betul berangkat pergi hari ini bersama dua orang anak bujangnya ke panggung.

Saja aku ambil gambar mereka sebelum berangkat tadi. Bersama-sama watak kartun yang mereka berhajat nak tengok. Masing-masing dok pegang benda tu.

Dua-dua berhajat sangat nak tengok cerita ini.


Kasih seorang bapa.
Sanggup dia pergi melayan kehendak anak-anaknya.
Alia mulanya nak ikut juga, tapi dia tak kisah sangat pula kemudiannya.

Terima kasih abang untuk semua.
Terima kasih abang untuk kasih sayang kamu.
Terima kasih abang untuk perhatian kamu.
Walau sesibuk mana abang,
masa untuk keluarga dan anak-anak akan cuba di penuhi.

Anak-anak! Sila jangan lupa pada abah kamu bila dewasa nanti ya!
Pesanan dari ibu ni, abah sayang kita semua!

Dan buat abang @ abah @ en SRD, kami pun sayang pada kamuuuu!

~ يوس ~

20 comments:

  1. wah boys day out pulak ya.. bagus2 (^_-)

    ReplyDelete
  2. wahh akhirnye mereka tgk wayang gak ye..hehe

    ReplyDelete
  3. seronok pakngah baca entri keluarga bahagia yus.

    nak beritahu yus, pakngah dah berjaya tukar header, hasil pertolongan yus. walaupun header tu besar giler, tapi buat masa ni pakngah tak reti pulak nak kecikkan. biarlah dulu.

    jemputlah lihat dan komen header baru pakngah. ok ke ?

    ReplyDelete
  4. mmg seswai utk kanak-kanak crita tu

    ReplyDelete
  5. Wah...hari ni utk boys pulak yer...oklah lah kan...gilir2..

    ReplyDelete
  6. sayangnya SRD pada anak2 bujangnya ye kak... tentu happy bujang berdua tu...

    ReplyDelete
  7. besh kan..
    sesekali melayan karenah anak

    ReplyDelete
  8. ian sicomel ariff..dua asek kena tinggal..he he..tak pe ariff..tunggu besar dulu ye..

    ReplyDelete
  9. Wah kak, tetiba saya touching baca ni..Sy pun tau SRD ada banyak kerja nak buat, tapi dia memang baik pada akak dan anak2..Saya doakan semoga keluarga akak bahagia selamanya..:)

    ReplyDelete
  10. sekali sekala dpt tgk wayang best juga kan?

    ReplyDelete
  11. kami nonton breaking down.. best jugak.. puss in boots dah tengok..

    ReplyDelete
  12. teringgat si KC kata, lelaki dgn lelaki, perempuan dengan perempuan

    ni dah betul lah tu, ibu pergi dgn anak perempuan, ayah dengan anak lelaki

    ReplyDelete
  13. cewah.. satu dunia baca ni.. sweet! =]

    ReplyDelete
  14. itu la zaman skrg ni masing2 sibuk...suami isteri..tapi hal anak2...keperluan anak2..hati anak2..kena jugak kita jaga..supaya dia tak terusik dgn keadaan sekeliling dan cemburu dgn keadaan sekeliling yg hepi dgn mak dan ayah

    ReplyDelete
  15. Sportinglah hubby yus.....Nurul dan family last tgk wayang cite hantu kak limah blk rumah dulu.....skrg tgh busy projek rumah.

    ReplyDelete
  16. best2..baru la fair dua2 dpt day's out..hehe..

    cma pun blm tgk lagi si puss ni..

    huhu..bilalah dpt g panggung..

    ReplyDelete
  17. ni baru adil kan kak..nampaknya qema kena ada teman girl kat rumah ni senang nak gilir pergi mana-mana:)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...