Showing posts with label Segmen. Show all posts
Showing posts with label Segmen. Show all posts

Tuesday, December 27, 2011

Jom Tingkatkan Ranking Alexa!!


Pagi ini aku nak join segmen dari diana ni.
Jom tingkatkan rangking Alexa.
Menarik!
Mula-mula macam blur-blur sebab tak pernah buat review alexa untuk blog orang.
So, cuba dulu review blog diana.
Ok, takdelah susah sangat, guna fb akaun untuk log in alexa pun boleh.
Makanya, nak cuba jugalah ikut segmen ni.
Boleh tengok apa review dari blogger lain tentang blog kita...hehe.
Dalam masa yang sama, kita pun kena review blog orang juga.

Image di bawah ni adalah untuk rekod aku.

alexa rank blog aku pada 27 Dec 2011. Sedih, takde 1 review pun..eceh!

Alexa ranking aku hari ini sebelum bermulanya segmen ini.
Aku saja nak tengok, apa perubahan selepas segmen ini berjalan nanti.

Korang pun nak join sekali??
Jangan lupa terjah blog diana ya.
Sila klik pada banner di atas tu pun boleh.
Tarikh tutup penyertaan 1 Januari 2012.

~ يوس ~

Thursday, December 08, 2011

Jom Tambah Follower

Klik banner untuk join.


Mood nak join segmen petang ini.
Kenapa gatal nak join segmen hari ini?
Mungkin di dorong oleh kelebihan join segmen seperti dalam entri aku sebelum ini.
Antara faktor utama?

  • Nak tambah kenalan
  • Boleh tambah trafik.
  • Boleh tingkat jumlah followers lah kan.
  • Memeriahkan lagi segmen dari Lulu ni...:)
Aku memang suka masuk blog Lulu Caldina ni.
Dah lama juga jadi follower dia, tapi aku rasa sekali dua aje tinggal jejak di sana.
Blog dia sarat dengan berita-berita terkini.
Kalau tak sempat baca paper tu, memang suka terjah sini.
Macam-macam ada.

Nak join sekali?
Jangan lupa klik banner ya.


~ يوس ~

Wednesday, November 30, 2011

Segmen Rerama Berterbangan


Petang ini aku nak merajinkan diri join Segmen Rerama Berterbangan dari Kakyong ni.

Pahit manis berblog?
Lama juga aku melibatkan diri dalam dunia blog ni.
Entri pertama aku buat dengan tajuk "Percubaan Pertama" bertarikh 18 May 2006.
Orang yang menjadikan aku berjinak-jinak dengan dunia blog ni ialah Dr Faezhussain.
Sayangnya dia sekarang dah tak begitu aktif.
Sekali sekala saja menonjolkan diri.

Selama tempoh itu, ramai blogger yang aku kenal.
Ada yang dah bertemu muka.
Seronok sebenarnya berblog ni.
Kalau dulu, aku berblog kerana ingin abadikan segala kisah di perantauan.
Kini aku teruskan kerana ingin semua yang penting berlaku dalam keluarga tidak terus di lupakan.
Blog aku memang banyak cerita kami.
Cerita anak-anak membesar, sesuatu yang pasti tak akan dapat aku ulang semula.
Sekurang-kurangnya catatan di sini dapat aku imbas kembali satu hari nanti.
Harap blogger akan terus wujud sampai bila-bila.

Selain itu, pemangkin untuk terus berblog tentunya rakan-rakan blogger.
Yang tak putus-putus datang silih berganti.
Dari mula aku berblog sampai sekarang, yang rajin datang komen kerap berubah.
Namun antara yang aku kenal dari tahun 2006 ialah KakAnie, Mulan dan HappyIrfa.
Mereka ni antara yang masih aktif berblog.
Itu pun sekali sekala mereka muncul.
Tapi aku gembira, kiranya lama kami berkawan di alam maya ni.
KakAnie antara yang aku dah pernah jumpa, memang seronok.

Kini, aku semakin ramai teman.
Semuanya mempunyai seribu satu kisah yang menarik untuk di kongsi.
Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat blog aku ya.

Kemudian baru datang pemangkin semangat yang lain.
Seperti nuffnang dan churpchurp.
Seronok pula bila menulis di blog pun ada imbuhan.
Walau tak banyak, ianya membantu untuk terus bersemangat menulis.

Moga aku akan terus bersemangat menulis di sini.
Dan kawan-kawan blogger andalah inspirasi aku.
Terima kasih semua.
Seronok kan berblog ni.
Hanya mereka yang ada blog saja yang tahu apa keistimewaan berblog.

Ok, rasanya cukuplah. Memenuhi kehendak segmen kan kakyong.

Korang nak join sekali.
Tarikh tutup hari ini...30 Nov 2011. jam 11.59 malam.

~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...