Wednesday, October 13, 2010

Home » , » Arif Zakwan lagi...

Arif Zakwan lagi...

Sesungguhnya ibu tidak dapat menyembunyikan perasaan seronok ibu apabila melihat aksi-aksi Arif. Bila di fikir-fikirkan semula, ibu rasa amat rugi kerana tidak dapat mengabadikan koleksi semua aksi anak-anak ibu dalam klip video seperti ini. Kali ini, bila dah ada peluang seperti ini, ibu tidak akan mensia-siakannya.





Segala keletihan ibu sepanjang hari menguruskan rumah dan anak-anak ibu semuanya hilang apabila melihat aksi manja Arif. Arif yang paling bongsu dan paling di beri perhatian kini. Siapa yang tidak suka bila ada bayi kecil yang comel di rumah kan. Ini membuatkan kedua abang dan kakakmu yang seorang itu cemburu. 

Ketahuilah anak-anakku, ibu sayang kalian semua.

~ يوس ~

11 comments:

  1. comel nya arif nih. Insyallah jika ada balik Msia bercuti nnt kita jumpa ok..

    ReplyDelete
  2. Kak! kite pun kdg x sempat nak amik video. rugi tak rakam nanti boleh tngok balik bila besar kan. lupa saje. huhu..comel la arif tu!

    ReplyDelete
  3. @Ajzie
    Wah! Ajzie nak balik Msia ker? Bila? Ooo...yus tahu sebelum bulan 4 ker?..hihi

    ReplyDelete
  4. @Asmara
    Ha'ah As. Akak bila tengok balik semua video dalam youtube yang pernah akak upload dulu, mmg seronok, ada Alia dan Abid dan skrg Arif. Aqil pun ada masa dia cakap pun tak betul dulu, tapi tak banyak..so, rasa macam rugi. Memang nampak berbeza mereka dulu dan skrg, rindu saat2 itu...So, akak harap untuk Arif ni dapatlah rakam sikit2 dari dia kecik sampai ke besar...hehe

    ReplyDelete
  5. Memang rugi kalau tak rakamkan aksi anak2 masa kecil... akak ada lah rakam dulu...tapi bila viewcam rosak... langsung dah tak leh tengok dah...

    ReplyDelete
  6. Maceh pada teknologi skg mudah nak 'simpan' detik2 manis...

    ReplyDelete
  7. Comey Ariff.Suka tengok gambar baby, tak jemu.

    Aisyah dalam dia cakap "adik so cute. i love adik baby" etc etc pun, nampak juga once a while dia nak perhatian yang lebih. Kadang2 dia tiru bunyi2 adik dia kalau kita marah2 dia...sian pulak.

    btw, nak tanya, macamana nak buat "post a reply" tuh? best ler :D

    ReplyDelete
  8. @aNIe
    betul tu kak. Tapi teknologi kini membolehkan kita tengok semula online, bagus juga kan..

    ReplyDelete
  9. @lady zaini
    Kalau nak buat "post a reply" to boleh klik di link ini atau ini.Tak pun taip jer how to add a reply button in blogger, mesti jumpa.

    ReplyDelete
  10. comel la Arif...nti dh besor leh kawan ngan Mifz k...:)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...