My other Blog

Tuesday, May 22, 2012

Home » » Tukar langsir baru

Tukar langsir baru

Dari raya tahun lepas sibuk nak tukar langsir baru, tapi tak bertukar juga. Dari mula masuk rumah ni Feb 2010, itulah langsir yang aku pakai untuk rumah ni. Rasa tiada perubahan.

Aku memang tak pandai nak menghias rumah sangat. Ada masa tengok langsir kat rumah orang, cantiknya!!! Serba lengkap, tapi aku suka yang simple  dan ringkas saja. Mulut aku selalu bisik-bisik manja dengan SRD, "Bang, 2012 kita buat langsir baru tau!". SRD seperti biasa senyum je dia dengan jawapan acuh tak acuhnya, " Yalah!". 

2012 dah muncul, tapi rayanya lambat lagi. Eh! Hari ini baru 1 Rejab lah Yus!! Hehe...... Pagi Jumaat lepas, sewaktu langsir baru sudah berada di tangan aku, sebelum SRD bertolak ke tempat kerja, aku cakap dengan dia, " Bang, kalau nak tukar langsir, tak perlu tunggu raya boleh kan bang?"......hahahha. "Tak sabar nak tukar lah tu! Sukahati ibu!", jawab SRD

Semua tiada di rumah, gigih aku mulakan usaha naik turun tangga seorang diri, turunkan langsir lama sapu sawang2 yang melekat sikit, habuk-habuk mana yang ada, lepas tu seorang diri juga menukar langsir baru untuk satu rumah.Kalau dah menukar langsir tu, seperti biasa mulalah ubah kedudukan perabot sana sini. Kemudian tu, Sabtu Ahad, terus tak sedap badan, pening kepala, sakit sana sini. Apa lagi kena perli dengan SRD le....

" Nak juga tukar langsir, tak boleh tunggu esok lusa, lepas tu buat sorang-sorang. Selalu kan tunggu abang! Kan dan sakit!" (Lebih kuranglah maksud ayat dia, mungkin lain sikit yang dia sebut)

Hehe......semangat nak menukar, tak nak minta tolong suami macam selalu, terima akibatnya sendiri lah kan.

Bila dah tergantung tu, puas hati! Memang ada kelainan, tapi kenapa nampak suram je rumah aku ni....huhu. Langsir lama lagi lawa ke? Oh! Tidak!!!! Aku kata nak rumah lagi cerah, ada sikit-sikit english design, terima jelah. SRD kata, "cantik lah tu, nak cantik macam mana lagi?" Ada je yang kurang di mata perempuan aku ni. Takpe, nanti boleh tambah mana-mana yang patut. Korang rasa macam mana?

Langsir ala english design kononnya..huhu

Bila siang hari nampak cerah, suram je rumah ni rasa...huhu

Malam lebih ceria, tambah-tambah ada Arif di situ
Ini pula hiasan rumah dan langsir  lama, gambar sewaktu mula-mula kami pindah duduk rumah ni.

gambar di ambil dari entri ini.

Aku suka lihat hiasan dalaman rumah Zefa di blognya. Boleh beri inspirasi pada aku untuk mengemas dan menghias rumah. Tapi tak juga pandai-pandai ni......tangan keras kot...hihihi.Nak tambah hiasan bunga-bungaan, tapi tak pandai nak gubah bunga, dan tak tahu juga nak pilih bunga macam mana. Lemah bab-bab bunga ni, kosong je takde bunga pun rumah aku kan...huhu.

Kalau ada yang sudi beri pandangan bab-bab menghias rumah ni amat-amat di alukan. Terima kasih.

Sekian.


~ يوس ~

60 comments:

  1. dah lama x tukar langsir
    kalau pandai jahit sendiri dah lama tukar
    skrg nak tempah amatlah mahal

    emm okey apa?saya suka english design

    ReplyDelete
  2. As-Salam..wahh..berseri dah rumah ni haa..:-)

    ReplyDelete
  3. cantik la tu yus..tp mmg betul gambar yg malam nmpk lagi berseri..

    ReplyDelete
  4. kak, cantiknya!!!! aju suke tgk umah akak ni kemas jek, patutlah cik abg sayang hehehe, cantik2!!!!

    ReplyDelete
  5. simple..tapi cantik sis.
    terlebih rajin sis ni..org lain raya baru tukar tau, hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut nak raya nnti banyak lg projek lain nak buat wida...hehe

      Delete
  6. Salam Yus..
    cantiknya rumah Yus...Akak suka sangat tengok hiasan dalamannya. Simple dan sejuk mata memandang. Ini bukan bodek tau...memang kenyataan..akak kalau bab menghias rumah ni, memang suka sangat...:)

    Akak pun macam Yus, kalau dah ada yang baru tu, tak payah tunggu rayakan...he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasi kak. Biasa2 aje tu. Yus beruntung dpt juga beli perabot masa duduk UK dulu. So banyak perabot rumah yus tu dari sana, kat sini Yus takde beli perabot sangat pun. Yus pun main taram je kak, ikut seda mata yus mana elok yus letak. Pun letak mana yg ada je...huhu....

      Apa pun alhamdulillah.

      Tulah, kalau yg baru dah siap dan ada depan mata, susah nak suruh tunggu sampai raya baru nak gantung kan kak....hehe

      Delete
  7. Nampak ceria rumah Yus dah ada langsir baru,Yus tempah ke beli yg readymade? Memang klu kita dah excited x payah tunggu2 suami lg nak tukarkan,cantik rumah Yus kemas dan teratur.Lagi satu almari kaca yg di tepi dinding tu le impian Nurul dan suami nak beli tp blm tercapai......

    ReplyDelete
    Replies
    1. yus beli kain n tempah terus Nurul. Tak pernah lgi beli yg readymade, takut tak sesuai dengan tingkap rumah yus. Selalu fikit gitu...huhu.

      Almari kaca tu lama dah yus beli, 2005 rasanya...:)

      Delete
  8. Suka tengok rumah Yus, lapang dan luas. Senang nak main kejar2.. :D

    Langsir dan dinding Yus dari tona yang sama, iaitu cerah. Sebab tu dia kalah dengan cahaya (siang). Saya cadangkan Yus samada (1) pasang kepala langsir dari warna yang lebih gelap, atau (2) letak gubahan bunga warna terang memanjang atas langsir (macam saya letak atas cermin), atau (3) letak apa2 hiasan yang berwarna kontra dengan dinding atas langsir. Semua tu akan mengurangkan suram selain menjadi titik tumpu..

    Semua tu cadangan saja ya Yus, bukanlah sbb sy ni pandai bab deko2. Saya mmg minat bab2 hias rumah, cuma angkosnya aje tak berapa nak ada.. Sbb tu rumah saya dari dulu sampai sekarang sama je, cuma ubah2 kedudukan je.. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zefa....terima kasih atas cadangannya.

      Yus pun rasa mmcm tu, sbb langsir dan dinding dari tona sama. Yus tak suka nak letak kepala langsir, mcm semak je yus rasa, tulah, patut beli warna gelap sikit kan. Tak pun yus ikut cadangan Zefa no 2 nanti, atau yus tukar cat dinding ke warna gelap....haha. Nak tukar cat dinding tu, confirm suami tak bagi...hihi

      Delete
  9. Akak bukan takat tengok langsir awak tapi mataku terpaku dgn kerusi chesterfield itu. Nak jugak.... TAPI tak mampu. Lebih dari 10k kan??... huk, huk.

    Akak pun tgh nak carik langsir, sofa (mengidam chesterfield) utk rumah baru. Tapi hubby awal2 dah pesan, langsir no bunga2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, akak....chesterfield tu yus beli masa duduk di UK dulu. 300 pound je yus beli, tukar duit kita tak sampai 2k pun. Kalau nak beli kat sini mmg tak mampu...huhu. Hasil duit kerja yus masa duduk sana dulu....:)

      takde bunga2 tak bestlah kak...hehe

      Delete
  10. Langsir baru ye?

    Samalah mcm saya , ta reti hias deco2 rmh ni.

    ReplyDelete
  11. nak tukar langsir x yah tunggu raya kan yuss
    janji rajin tu ada ekekek
    tapi kebanyakan dari kita , langsir , sarung kusyen semua tunggu nak raya .. x kira raya puasa @ aji . janji bertukar .. ;))
    bahang raya dah semakin terasa nie .. nak2 dah satu rejab nie lagilah ;)

    ReplyDelete
  12. cantik je rumah akak, kalau saya memang suka waktu siang biar suram je rumah, hehe..saya memang tak suka terang-terang tapi suka gelap2..saya pun tak reti hias sangat, sebab tulah nak konsep rumah moden n minimalis je..:P

    ReplyDelete
  13. fuh chesterfield masih cantik menawan. rugi tak beli dulu. hikhik.. mmg englsih style eh kak. ;D

    ReplyDelete
  14. cantiklah rumah kak yus..pandai akak kemas..

    kalau saya langsir ni memang beli je..kalau nak jahit makan tahun baru siap gamaknya..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun bukan jahit sendrii tu Rai. Dulu pernah jahit sendiri, sejak operation mata tu, mata dah tak berapa nampak nak menjahit...huhu.

      Tempah je tu....:)

      Delete
  15. ok la kak.. cantik.. luas rumah akak.. ni yg buat x sabar2 nak deco umah sndri nih.. tp sy pun x reti jugak kak.. tangan keras jugak.. hehe..

    ReplyDelete
  16. cantiknyaaaaaaaaaaaa... mana ada suram??? Cantiklah tu... hihi

    ReplyDelete
  17. assalam yus..acik pun tak pandai menghias rumah..ada lansir tergantung..ada kerusi meja dah..almari pun tak de..kosong he he..

    ReplyDelete
  18. cantiknya dan besarnya rumah kak yus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yus..takleh komen la..kotak tu hilang je tiba2.tiap kali mmg camtu.huhu

      eh takda sliding door ye?tak payah pikir scalop smua ek..untung sikit takyah pikir byk kan. umah saya ada 2 sliding door...mau pitam rasa nak pk la yus.suka tgk bunga2 ala inggeris tu.nak gak la camtu.lum beli lg pun kain..hihi.tq yus..jap lg nak jenguk blog yg awak promote tu

      Delete
    2. yus ada satu sliding door lah Lydia. Yang kat belakang meja makan tu sliding door 3 panel, tp yus jarang bukak sbb dah ada pintu utama kan, Sliding door tu mmg sentiasa tertutup...huhu. Malas nak buat scalop tu semua, rasa serabut, yus mmg suka yg lebih simple untuk langsir, tp tulah, nampak suram lak bila dah gantung tu. Tp ramai cakap ok, redha jelah. Nak ganti2 cat ke apa ke duit lagi nanti kan...hehe

      Ha! Jenguk, jangan tak jenguk...:)

      Delete
  19. Salam kenal Yus.
    Kemasnya rumah Yus.Saya pun suka langsir yang simple...kalau yang beropol2 tu nampak mcm semak sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan sepanjang masa dia akan kemas begitu. Sila jangan percaya pada gambar...huhu

      Delete
  20. cantiknye langsir..untung ade kediaman sendiri blh deco2..
    umah sewa cam cma ni..ermm..mood kelaut..

    :)

    ReplyDelete
  21. kak yus, izan pun langsir kat umah sewa ni pasang sblm raya thn lepas lagi. nak masuk umah sendiri ni baru fikir nak buat yg lain. tapi kalau dah ada yg baru, pasang ajelah kan takyah tunggu masa nak raya.

    izan suka susun atur perabot umah akak... nak2 sofa chesterfield tu. cantik sangat! izan pun kat umah ni takde simpan2 bunga kak. anak2 tengah melasak kan...

    ReplyDelete
  22. eh.. macam tau2 je.. ai pun baru je tukar langsir semalam tapi takdelah beli baru, guna apa yang ada.. tapi lepas pantang ni nak g beli yang baru.. dah merengek2 kat en. suami dah.. hehehe..

    ReplyDelete
  23. lawanya rumah...tak tukar pun memang dah berseri...

    ReplyDelete
  24. saya pun nak tukar langsir juga..dah 4 tahun pakai lansir yang sama..huhu..tapi tahun ni buat sendiri sebab dah ada mesin...

    cantikla akak punya langsir tu...:)

    ReplyDelete
  25. masz pon dari dok umah taun 2007 x bertukar langsir... lagilah dok umah sewa, rasa malas nak menghias... huh

    rasanya umah kak yus ni sebab kaler langsir ngan cat umah lebih kurang sama, tu yang nampak suram tu.. cuba kak yus tukar cat kaler lain, letak kaler ijau lembut.. sweet jerk kaler dia kombain ngan langsir tu.. hehe.... sekadar cadangan

    ReplyDelete
  26. bestkan tukar langsir... akak dok pakai langsir yang ada jekla bersilih ganti..sebab selalu klu tukar pun kat hall je.. dalam bilik...malas sungguh ler... tapi kita anak kecik ni.. better umah tak banyak hiasan yus.. sebab klu banyak hiasan.. nanti anak alih2.. lagi nampak serabut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama akak tak datang komen kat blog yus ni. Teruja rasa...hehe. Yus suka gak tengok langsir dan deko rumah akak, cantik!

      Yalah kan, ada anak2 kecik ni nak letak bunga2 mmg susah.

      Delete
  27. kalau mcm tuh tahun nih kena tuka cat dinding tuh..baru naik kaler2 perabot yg ada.. :)

    ReplyDelete
  28. Waa Yus dah tukar langsir baru.. lagi berseri laa rumah.. Cantik susun aturnya..tuh.. :)

    ReplyDelete
  29. cantik lah langsir tu. sebab kebetulan saya punya taste pun yg simple2 aje. bagi saya nak deco tak semestinya ada bunga2, tapi kalau bunga gresh taruk dalam glass jar saya bekenan.

    kalau kat dinding yg kosong tu taruk big frame atau cermin yg besar pun cun jugak rasanya. sudut kosong boleh taruk pasu besar atau lampu. tapi ni pendapat saya je la. hihi~

    ReplyDelete
  30. Ni yg nak buat mama nak tukar langsir nihhhhh..... HuhuhuN

    ReplyDelete
  31. akak bukan setakat tukar langsir umah je,tp tukar langsir blog lagi..yana suggest akak masuk blog Martha Stewart tu,dia kan international pereka dalaman rumah,kdg2 idea dia tu DIY,guna bhn murah..yana lupa link belog dia tapi google je nama martha stewart mesti keluar...kdg2 dia ajar cara cat rumah,cara hias rumah,cara buat wall decoration sendiri...tkpun baca majalah impiana,laman dan anjung seri...

    ReplyDelete
  32. kak apam polkadot tu ada inti boleh letak coklat,strawberry,blueberry,peanut,kelapa atau apa yg kita suka..yana letak strawberry...

    ReplyDelete
  33. yus... cantiknya hiasan dirumahmu..

    tak serabut, tenang dan susunan teratur..
    tahniah

    ayu pun tak reti sangat2 menghias rumah.. heheh

    ReplyDelete
  34. cantik sangat rumah Yus.....malam lagilah berseri2.....

    Akak tak pandai bab mnghias rumah ni...keras tangan...hehhe...

    ReplyDelete
  35. saya pun minat deko rumah tapi tak selalu tukar langsir....selalu langsir akan sedondon dengan warna cat dinding...
    cantik dah tu....nampak cerah jer..

    ReplyDelete
  36. Malam memng nampak terserlah langsir tu, saya pun bab-bab menghias ni tak pandai huhu

    ReplyDelete
  37. Gambar yg malam tambah ceria sebab ada Arif. Kakak suka hihi...

    Pada kakak dah cantiklah tu... ruang luas boleh arif nak berlari sana-sini. Banyak bunga kang dipanjat Arif tak-tak dia gubah lain jadinya... tapi kalau nak cuba beli yg simple dulu buat percubaan tengok apa reaksi Arif...:)

    ReplyDelete
  38. Wahhh!! berseri la lepas ni rumah dengan langsir baru, takyah tunggu raya kan.. ;)

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum Yus... rumah berlagsir baru...blog pun nampak layout baru...hehehe... tak payah tunggu raya...rasa nak langsir baru pasang je...

    Akak pun selalu kalau nak buat kerja suka buat sensorang...tunggu oranglaki ni kadang banyak songeh... kadang dia yang suruh kita rehat

    Cantik rumah Yus...suka akak tengo

    ReplyDelete
  40. cantik la yus lagsir baru tu..bunga kecik2 akak suka.berseri2.

    ReplyDelete
  41. Yus, cantiklah, always cantik! atie pun baru je sebut2 dgn zaidi nak tukar langsir tahun ni, yg ada skrg sejak tahun 2009 tu (basuh pun tak penah lagi.. teruk betul kan heheheh).

    ReplyDelete
  42. i pun dah lama sangat tak tukar langsir.. Dah mula koyak sana sini..

    ReplyDelete
  43. comel... simple... nmpk luas j rmh

    ReplyDelete
  44. cantik langsir tu yus, saya memang suka yang jenis bunga kecik2 ala english design ni. Saya punya kasin langsir dah terperap 5 tahun tak pernah sempat nak jahit hu hu... teruk kan?

    ReplyDelete
  45. Cantiknye umah yus. Nampak luas. Kat area mana umah yus ni. Besar.

    ReplyDelete
  46. hi..mane you beli chesterfield sofa ni ye. ade yg pki fabric dan bukan leather tak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli chesterfield ni masa kami di UK dulu, lama dah. Rasa ada yang guna fabric, tak pasti harga di Malaysia, saya beli pun secondhand tapi di UKlah...

      Delete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...