Tuesday, July 03, 2012

Home » , , , » Program Kemah Keming UAI di Astro tu betul ke??

Program Kemah Keming UAI di Astro tu betul ke??

Tanggal 24 June yang lalu blog aku ini ada war-war kan tentang program Kemah Keming oleh Ustaz Azhar Idrus di Astro Oasis yang kononnya akan bermula 3 Julai iaitu hari ini. Maklumat itu sebenarnya aku dapat dari FB Page Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus ini.

Takde niat apa, cuma rasa teruja nak menonton ceramah UAI di tv pula di samping berkongsi dengan semua kawan-kawan pembaca blog aku ni.. Dan aku lihat memang banyak lagi blog lain turut berkongsi maklumat yang sama.

Tiba-tiba pada tanggal 1 Julai aku menerima komen ini pada entri tersebut  ...

Komen dari blogger Zulkifli yang mendakwa sebagai PA UAI
Rasa bersalah kalau aku dah menyebarkan maklumat yang tidak tepat.  Jadi aku simpan entri itu dalam draf buat sementara waktu. Aku minta maaf banyak-banyak kepada siapa yang datang sini dan mula fikir program tu akan di siarkan malam ini. Bila aku cuba google tajuk Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus, blog aku memang tersenarai di tangga ke dua. 

Dala  enjin carian google blog aku tersenarai no 2 untuk keyword kemah keming ni

Hari ini, semalam dan beberapa hari ni, ramai yang masuk blog aku melalui keyword kemah keming UAI ni. Ramai betul peminat UAI ni kan. Aku dah sebarkan maklumat yang salah ke? FB page Kemah Keming tu masih wujud aku tengok. Mungkin tarikh siarannya belum di tetapkan lagi. Dan aku sendiri pun tak pernah nampak promo mengenai program ini di tv.

Hari ini aku saja masuk laman sesawang  astro.com.my dan cari maklumat mengenai program ini. Aku jumpa ini dalam program guide astro ...

Tarikh siarannya di tulis 9 Jul 11.30pm pula. Tapi kat bawah tu kenapa dah jadi episod 3 tapi waktu siaran 9 Jul 5.30 pm pula.
Kesimpulan yang aku dapat, program ni memang ada, cuma tarikh dan waktu siaran mulanya belum tetap lagi kot. Aku mohon maaf pada semua andai aku dah sebarkan maklumat yang tidak tepat sebelum ni. Aku pun cuma dapat dari FB page yang aku nyatakan tadi. 

Apa pun, harap program ni akan bermula  juga nanti, tapi kalau tidak, itu semua mungkin bukan di bidang kuasa kita. Baik korang semua semak di laman seaswang astro.com sendiri.

Korang rasa aku patut simpan je entri yang pertama mengenai hebahan ini dalam draf terus atau aku patut publish kan semula, sebab aku dah buat entri susulan yang ni kan.

Buat sementara aku biarkan dulu entri tu terus berada di blog ini.

Pandangan dan pendapat semua amat aku hargai.

Terima Kasih!

updated 3 Julai 5:55pm: aku dah padam entri hebahan pertama tu. Rasa lebih elok entri tu tiada di blog ini. Moga kekeliruan ini dapat di atasi dari penjelasan dalam entri ini.
~ يوس ~

16 comments:

  1. alamak....fieda pun ada gak buat entri ni..punyalah xcited aritu..nasib keyword takder yg cari pasal ni..

    ReplyDelete
  2. Salam kak yus...

    aik...pulak dah..pelik tu..
    cma x pun xpasti nk bg pendapat cane..??

    ReplyDelete
  3. Sebab rasa teruja dan nak share benda yg baik dgn kwn2lah Yus buat entry mengenai program tukan dan apatah lg dtg dr Fans UIA sendirikan,tp xpelah tunggu je nanti bila siarannya di astro......

    ReplyDelete
  4. bukan salah yus..

    tak apa.....

    ReplyDelete
  5. peminat UAI ke Yus... yelah, kat Astro pun tak ada promo apa2..

    ReplyDelete
  6. Kenapa jauh malam sangat waktu siarannya, ya?

    Harap2 ianya akan jadi kenyataan dengan segera.

    ReplyDelete
  7. x per .. rasanya kesilapan teknikal aje nie ..
    lagipun yus x tahu kan
    sib baik program tuu wujud cuma x tahu bila tarikh dan waktu siran aje kan ;)

    ReplyDelete
  8. Kakak rasa bukan Yus sorang yg kata macam itu . Kakak pun dapat info dari banyak kata tarikh yg sama hari ini. Kita tunggulah... tapi kakak memang tak ada astro..

    ReplyDelete
  9. glamer sungguh ustaz tu..ramai sungguh tertunggu2 siaran darinya

    ReplyDelete
  10. takperlahkan... bukannyer salah yuspun ...
    lagipun terus gak cari maklumat yang terkini...

    ReplyDelete
  11. mungkin ada masalah teknikal pada program tu atau pihak astro..tak salah sebab yus pun dapat info dr page program tersebut kan

    ReplyDelete
  12. sy rasa ok je kot kak.. lg pun akak dh buat entry nih terangkan perkara sebenar..
    bukan salah akak pun..

    ReplyDelete
  13. kat rumah takde astro...jadi mmg tatau ape2 pasal astro...hehe

    pepun...semua dah dijelaskan...jgn rase bersalah k...tak sengaja...

    ReplyDelete
  14. aah rasa bukan salah akak la. biar jelah..kalau tak baca blog akak, serius saya tak tau pasal program ni tau.

    ReplyDelete
  15. kene tunggu org upload gak ni kalau nak tengok. ;)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...