Sabtu lalu kami ke rumah mak usu di kampung. Ada kenduri dan juga di adakan bacaan yassin dan tahlil sempena nak sambut Ramadhan. Setiap tahun biasanya memang di adakan kenduri ini di rumah mak usu sebab arwah nenek dulu tinggal bersama dia. Kini walau nenek sudah tiada, majlis serupa tetap di adakan. Mungkin tak seseronok macam ketika arwah nenek masih ada, tapi kemeriahan tu tetap ada. Lebih-lebih lagi ada cucu menantu yang rajin macam ni kan...
Juadah malam itu ialah nasi ambeng. Mee goreng adalah antara lauk yang ada dalam nasi ambeng tu kan. SRD tunjuk skill masak mee goreng kawah nampak....hihi. Tukang kacau je sebenarnya....hehe |
Nasi ambeng adalah juadah waktu kenduri di kampung. Tak best kalau takde nasi ambeng time kenduri. Lauk lain hari itu, ayam masak kicap, serunding, sayur lodeh kering dan ikan masin, juga mee goreng di atas. Chef utama ialah emak aku di belakang dan juga mak usu yang dah masuk ke dapur waktu ni.
Waktu kenduri dan tahlil tak sempat nak ambil gambar pun. Sibuk benda lain.
Apapun,gembira rasa bila lihat emak dan ayahku di sana. Alhamdulillah mereka masih sihat. Masih dapat bersama kami sekeluarga. Hari itu dapat tahu dari cerita emak, doktor kata emak dah mula ada kencing manis. Sebelum ni darah tinggi je. Risau hati aku. Ayah pula baru baik dari demam, sebelah badan tak rasa katanya masa demam tu. Lepas berurut baru ok sikit.
Kadang-kadang aku rasa, aku masih anak manja emak dan ayah. Aku masih perlukan mereka di belakang. Yang sentiasa memberi semangat dan kekuatan kepada aku. Tidak tahu bagaimana aku tanpa mereka. Semoga aku dapat berbakti kepada kedua ibu dan bapaku selagi hayat mereka masih ada....
p/s: terima kasih kepada semua yang mendoakan aku. Alhamdulillah mata ini dah boleh membaca dengan baik hari ini. Tiada lagi masalah kabur terlampau. Mungkin kesan ubat yang terlebih kot. Masalah aku ni cuma masalah kecil. Malu rasa hati mencoret di sini. Apalah sangat kan, berbanding masalah dan keperitan yang di alami saudari Alia Haryanie tu...
Aku masuk blog dia semalam petang. Setiap entrinya ku baca satu persatu, dan hati aku sebak. Sebak sangat sehingga menitiskan air mata. Sungguh dia seorang ibu yang tabah, cuba melawan penyakitnya di samping terus ingin melaksanakan tanggunjawabnya sebagai ibu kepada anak-anaknya. lebih-lebih lagi tanpa bantuan seorang lelaki bergelar suami. Doaku moga penyakitnya akan sembuh. Jemput sahabat-sahabat ke blog beliau dan kiranya ada yang sudi membantu meringankan beban, rasanya dalam blog beliau dekat sidebar tu ada no akaunnya dan mungkin boleh di hulurkan sumbangan ikhlas anda. Moga dapat meringankan sedikit bebannya....InsyaAllah.
~ يوس ~
Makan nasi ambeng memang tak boleh tandinglah Yus. Itu hero comel tu tak takut tertelan biji rambutan ke Yus ni. Buangkanlah dulu biji dia. Kakak tak tahulah Yus suka betul tengok Arif nie. Lasak tak kira kat mana:)
ReplyDeletelepas gambar tu di ambil, memang biji rambutan tu dah di buang oleh abahnya. Dia memang akak, kalau makan apa2 bukan tahu nak masuk mulut sikit, kalau boleh semua nak masuk sekali...hehe.
Deleterajin hubby yus nak tlg2 kat dapur ya.. di kampung en.asben pun klu kenduri buat nasi ambeng juga.. sedap.. Alhamdulillah mata yus dah okey.. lega mendengarnya.. semoga kedua ibubapa yus terus diberikan kesihatan yang baik juga umur yg berkat hendaknya..
ReplyDeleteseronoknye ade sambutan menyambut kedatangan bulan ramadhan mcm ni..meriah sokmo..
ReplyDeletealhamdulillah...semoga terus sihat ye kak :)
best kan kalau kenduri kat johor..tapi da jarang diorang buat nasi ambeng kalau kat tempat saya ni.. kalau yassin org lelaki sebelah malam je diorang buat biasanya..nasib baik ayah ada jugak bawak balik sikit..
ReplyDeletedia tahu masuk blog..sbb tu tunjuk rajin
ReplyDeletegurau je kak yus yer ;)
mmg rajin la..nmpk mcm sedap jer mee tu masak byk2..
ReplyDeleteorg lelaki kayuh sudi besar br sesuai kan yus.tenaga mereka kuat
ReplyDeleteRajinnya husband Akak, Aju doakan moga Akak sihat sentiasa
ReplyDeleteSedapnya nasi ambeng Yus,Nurul mkn bila ada kenduri sebelah adik ipar je.
ReplyDeleteAmboi Arif mkn sendiri rambutan tu,boleh ke tanpa buang biji.
Alhamdullillah..mata Yus dah okkan. Akak doakan Yus akan sembuh sepenuhnya...
ReplyDeleteAkak tak pernah makan Nasi Ambeng..teringin betul nak rasa...
Kabare.. waras yo... selamat menyambut ramadhan untuk Yus dan keluarga. Raya nanti boleh buat nasi ambeng masa rumah terbuka.. jemput che mid sekali tau..
ReplyDeleteKg kita jarang jumpa nasi ambeng tau. Mesti lauk kenduri biasa. Tp pernah jugaklah mkn nasi ambeng kenduri.:p
ReplyDeleteseronok kan kenduri mcm ni, semua berkumpul ramai2... hehe.. selamat berpuasa ye kak ^___^
ReplyDeleteaduhh sedapnyee nasi ambeng ... pernah sekali makan yus ..
ReplyDeleteyelah , beruntung kita masih punya mak dan ayah serta suami , memang kita perlukan mereka utk menyokong kita .. insyaallah yus .. sama2 kita doakan agar kita berpeluang menjaga mereka ..
sedih kan pasal adik alia tuu , sayuu hati bila baca .. ieda ada buat entry khas buat beliau dan tgh ari tadi ieda ke blog abang mazidul akmal tuu , letak link dan mohon kerjasama dan simpati dia utk buat entry khas buat adik alia , mana tahu dgn usaha ini lebih ramai insan2 baikhati diluar sana membantu dia .. menghulurkan sumbangan @ apa sahaja ..
harap abang mazidul sudi lah kannn .. huhuh
Kat JB ni banyak sangat jual nasi ambeng setiap hari tapi memang tak sama dengan nasi ambeng kenduri, yg kenduri punya ada umphhh!!
ReplyDeletemana la nak dapat nasi ambeng kat sini.. kalo tau awal2 mintak pos sebungkus hehe..
ReplyDeletesorry yus.. tak sempat nak komen earlier.. moga dah sembuh mata tu.. rehat2 ya..
salam yus..terliur acik bila kata nsi ambeng..sedap sangat rasanya.
ReplyDeletealhamdulillah mata yus dan baik..insyaallah nanti acik pi bolg alia
pena beli nasi ambeng kat kulai..kat melaka x pena jumpe lg huhu.....SRD tu apa maksud die eh kak hehee
ReplyDeletenasi ambeng tu masakan org jawa...best sgt...semoga kita semua dapat menggembirakan hati kedua ibu bapa dan berbakti kepada mrk...Aminn...
ReplyDeleteRindunya nasi ambeng semasa kerja di Toshiba dulu :-)
ReplyDeleteteringat kenduri kendara dikg...
ReplyDeleteakak pon boleh join lagi...setiap negeri tau ayu buat..
su bg link kt akak ;)
http://coratcoretkuini.blogspot.com/2012/07/segmen-ayu-saya-blogger-dari.html