Showing posts with label teman blogger. Show all posts
Showing posts with label teman blogger. Show all posts

Tuesday, June 24, 2014

Berjumpa pemilik blog Coretanku : Acik Erna

Bismillahirahmanirrahim....

Aiseyy, lama sungguh tak jengah blog ni. Kawan2 pun semua dah lari....huhu.
Takpelah, kalau tiada yang baca dan singgah pun untuk catatan sendiri.
Kena rajin kalau nak kembali aktif seperti dulu, tapi malasnya Masya Allah....haha.

Al-kisah hati seronok dapat bertemu Acik Erna 22 Jun yang lalu.
Bermula, hari sebelumnya tengok2 instagram macam biasa.
Terbaca post dari Acik Erna yang dia berada di BP.
Terus message dan tanya dia kenapa di BP.
Rupanya dia hantar hero bongsu yang dapat sambung belajar di sini.

Terlanjur dia di BP, sebab tahu tak ramai kenal blogger dari daerah sini, bila lagi nak jumpa kan.
Makanya pergilah sana mencari dia yang sedang sibuk urusan pendaftaran anak.
Takpe kita tumpang sibuk jap....hehe, kalau tidak tak jumpa kan Acik...:)

Ambil Arif awal yang masih di Pasti, terus zuppp bawa kereta ke Parit Raja.
Akhirnya dapat juga jumpa Acik Erna yang manis orangnya.
Lembut tutur bicara, suka dia jumpa Amani dan Arif.

Bersama Acik Erna dan dua orang anak2 saya yang bongsu

Harap dapat jumpa lagi di lain kali dengan Acik.
Acik kalau ke BP jenguk anak, jangan lupa contact Yus ya.
Kita mari singgah rumah Yus pula....:)

*p/s: Tq pada yang sudi baca....:)

~ يوس ~

Thursday, January 10, 2013

Bertemu kita lagi ya As, di majlis persandingan Khairul dan Eina.

Ok. Ni cerita basi, tahun 2012 tapi nak juga letak di blog. Kenangan ni, entah bila tahun dapat bertemu lagi sahabat kami ini. Sejak mereka balik dari Jepun, inilah baru berpeluang bertemu. Walau kini dah dekat, tapi masih lain negeri tak gitu As. (Eh! Sepelaung je sebenarnya ekk?...hihi)

Siapakah yang aku maksudkan tu ya? Dia juga merupakan teman blogger kita semua. Aku percaya ramai yang baca blog dia, dan sekarang ni sejak balik Malaysia dah jarang sangat update, sibuk sangatlah tu.

Sahabat yang aku maksudkan ialah pemilik blog Asmara Life, Puan Asmara kita sekeluarga. Seronok dapat jumpa mereka sekeluarga di majlis persandingan adikku Khairul dan Eina 16 Disember yang lalu. Selain itu, kami juga berpeluang berjumpa dengan seorang lagi teman yang sama2 rapat suatu ketika dulu, Kak Niza sekeluarga.

Sedikit gambar kenangan kami semasa majlis pada hari itu.

Aku bersama As, Alia anakku, makcikku merangkap adik emakku di sebelah kanan dan juga pengantin. Ini majlis di rumah bonda dan ayahandaku di Melaka.

Sakan berborak hari itu. Nasib baik juga ketika mereka sampai, tetamu dah berkurang, makanya dapatlah berborak lama sikit kan As. Lauk pun ada yang dah habis. ..huhu. 
Selain itu, pertemuan dua rakan sebaya yang malu-malu kucing. Macam tak pernah kenal pun ya juga mereka ni. Maklumlah dulu mereka masih bayi lagi sekarang ni dah besar dah, masing-masing dah tahun 3 di sekolah. Mereka lahir di hospital yang sama di Sheffield tu, Jessop Wing in memory...hehe. Siapakah dua rakan sebaya itu?

Gambar ketika mereka berdua masih baby lagi, tahun 2005 rasanya masa ni, di rumah As di Sheffield masa tu. Alia dan Batrisya (anak sulung As). Cer teka mana satu Alia, mana satu Batrisya...hehe.

Mereka terkini, dah besar keduanya, yang sorang tu sampai ke besar tetap macam anak Jepun...hihi. Batrisya lahir bulan Oktober, Alia Disember tahun yang sama. (Baru perasan, abang rela kat belakang 3 orang tu bukan main bersilang panggung ya, al-maklum tetamu dah tak ramai ya...hihi)
Ini pula gambar pasangan pengantin yang di rai. Baju tema merah hitam ni sebenarnya ketika majlis di rumah pengantin perempuan, majlis di rumah bonda dan ayahku baju pengantin bertemakan hitam dan putih seperti gambar pertama tadi
Selamat pengantin baru buat adikku dan pasangannya serta Selamat Kembali ke Malaysia buat teman blogger kita As sekeluarga. Moga terus sukses walau di mana juga kalian berada. 

Buat Batrisya, Sekolah kat Malaysia tak best ya? Alahai, kesiannya dia. Baru lagi, InsyaAllah, lama2 nanti mesti Batrisya rasa sekolah di sini pun best, cuma stress sikit kot, penat dan banyak sangat kerja, beg pula berat penuh dengan buku ya, cikgu garang sangat. Adeh! kena ubah sikit kot sistem pembelajaran kita ni, sampai mereka yang biasa dengan sistem pendidikan di negara luar rasa tertekan pula dengan sistem kita kan. Hmmm.....Siapa nak jawab? Cikgu-cikgu ada jawapan?

p/s: teringat As kata dengan aku hari itu, "Tak nampak pun macam kak yus pregnant?" Kandungan baru 4 bulan, janganlah expect perut aku besar ya, hihi....kalau dulu masa Arif, dah 9 bulan pun ada yang ingat kandungan baru 6 bulan, tak tahulah kali ni, selera makan memang mencanak naik, berat baru 4 bulan dah 66kg, dulu masa Arif, tunggu hari je lagi, baru 69kg...huhu.
~ يوس ~

Wednesday, July 18, 2012

Tunjuk skill memasak nampak?

Sabtu lalu kami ke rumah mak usu di kampung. Ada kenduri dan juga di adakan bacaan yassin dan tahlil sempena nak sambut Ramadhan. Setiap tahun biasanya memang di adakan kenduri ini di rumah mak usu sebab arwah nenek dulu tinggal bersama dia. Kini walau nenek sudah tiada, majlis serupa tetap di adakan. Mungkin tak seseronok macam ketika arwah nenek masih ada, tapi kemeriahan tu tetap ada. Lebih-lebih lagi ada cucu menantu yang rajin macam ni kan...

Juadah malam itu ialah nasi ambeng. Mee goreng adalah antara lauk yang ada dalam nasi ambeng tu kan. SRD tunjuk skill masak mee goreng kawah nampak....hihi. Tukang kacau je sebenarnya....hehe
Nasi ambeng adalah juadah waktu kenduri di kampung. Tak best kalau takde nasi ambeng time kenduri. Lauk lain hari itu, ayam masak kicap, serunding, sayur lodeh kering dan ikan masin, juga mee goreng di atas. Chef utama ialah emak aku di belakang dan juga mak usu yang dah masuk ke dapur waktu ni.

Seronok sebab dapat jumpa atok ayah dan maktok kan Arif. Kemudian tu dapat makan rambutan dari kebun tok su. Tengoklah Arif tu, habis di sumbat semua sebiji rambutan tu dalam mulut, terus penuh mulut dia.
Waktu kenduri dan tahlil tak sempat nak ambil gambar pun. Sibuk benda lain. 

Apapun,gembira rasa bila lihat emak dan ayahku di sana. Alhamdulillah mereka masih sihat. Masih dapat bersama kami sekeluarga. Hari itu dapat tahu dari cerita emak, doktor kata emak dah  mula ada kencing manis. Sebelum ni darah tinggi je. Risau hati aku. Ayah pula baru baik dari demam, sebelah badan tak rasa katanya masa demam tu. Lepas berurut baru ok sikit. 

Kadang-kadang aku rasa, aku masih anak manja emak dan ayah. Aku masih perlukan mereka di belakang. Yang sentiasa memberi semangat dan kekuatan kepada aku. Tidak tahu bagaimana aku tanpa mereka. Semoga aku dapat berbakti kepada kedua ibu dan bapaku selagi hayat mereka masih ada....

p/s: terima kasih kepada semua yang mendoakan aku. Alhamdulillah mata ini dah boleh membaca dengan baik hari ini. Tiada lagi masalah kabur terlampau. Mungkin kesan ubat yang terlebih kot. Masalah aku ni cuma masalah kecil. Malu rasa hati mencoret di sini. Apalah sangat kan, berbanding masalah dan keperitan yang di alami saudari Alia Haryanie tu...



Aku masuk blog dia semalam petang. Setiap entrinya ku baca satu persatu, dan hati aku sebak. Sebak sangat sehingga menitiskan air mata. Sungguh dia seorang ibu yang tabah, cuba melawan penyakitnya di samping terus ingin melaksanakan tanggunjawabnya sebagai ibu kepada anak-anaknya. lebih-lebih lagi tanpa bantuan seorang lelaki bergelar suami. Doaku moga penyakitnya akan sembuh. Jemput sahabat-sahabat ke blog beliau dan kiranya ada yang sudi membantu meringankan beban, rasanya dalam blog beliau dekat sidebar tu ada no akaunnya dan mungkin boleh di hulurkan sumbangan ikhlas anda. Moga dapat meringankan sedikit bebannya....InsyaAllah. 

~ يوس ~

Saturday, July 07, 2012

Bloglist Kakcik Seroja....


Petang-petang Sabtu ni, idea nak menulis pun takde, pergi blog sana sini, ramai yang dah buat entri untuk join bloglist kakcik Seroja. Teringat pula, Semalam memang dah terniat nak join sekali, cuma belum berkesempatan nak buat entri.

Aku sendiri tak pasti, bila agaknya mula mengenali blog kakcik Seroja. Rasanya aku mula masuk blog kakcik dari komen yang dia tinggalkan di blog my sil . Sejak itu, aku mula berjinak-jinak baca blog kakcik dan memberi komen. Walaupun  aku bukan pengomen tegar blog kakcik, sebab ada masa aku masuk dan baca saja, tapi tak tinggal komen. Kadang-kadang bila masuk blog time-time sibuk, sambil-sambil masak dan menunggu waktu nak ambil anak macam tulah. 

Apa pun, bila terluang memang suka masuk blog kakcik ni.  Jom kawan-kawan pakat ramai-ramai join sama...

Siapa nak join klik sini ya.

~ يوس ~

Friday, June 01, 2012

Blog ibu bila nak masuk tv?

Kau perli ibu ya? Bertuah punya anak aku yang sulung Aqil! Takpe, ibu tahu blog ibu ni cerita pasal kita je. Malulah nak masuk tv...hihi.

Sebenarnya hari ni teruja bila menonton rancangan Apa Kata Wanita di tv2 pukul 1 tadi, keluar blog sahabat kita Wahida di tv dalam segmen Blog Pilihan. Wahida sendiri ada war-warkan di blognya. Aku ni pun memang selalu juga tertengok rancangan ni secara tak sengaja. Cuma hari ini memang sengaja dan menunggu dari pukul 12.30 sebab takut terlepas.

Blog My All Wahida, keluar dalam rancangan ni pukul 1 tadi. (image ehsan google)

Anak-anak semua sibuk nak tengok cd Ice Age yang dah berkurun lama tu di tv. Aku suruh mereka tengok di bilik aku, tapi mereka tak nak mulanya. Sibuk nak tengok di tv lebih besar kat depan ni. 

"Tak boleh, tak boleh. Ibu nak tengok blog kawan ibu masuk tv ni. Pegilah tengok cd dalam bilik ibu tu!"

"Ha! Blog kawan ibu masuk tv? Wah! Blog ibu bila pula nak masuk tv?", kata Aqil.

" Blog ibu lain tahunlah!', sambil tersengih macam kerang busuk..hahaha.

"Nanti, kalau blog kawan ibu keluar kat tv tu panggil Aqil tau! Aqil pun nak tengok"

Hehe....punya excited anak aku, dia pun nak beri sokongan. Sama rasa teruja.

Lama juga menunggu, bila nak keluar ni? Dok tengok peserta pertama segmen apa ntah masak resepi dia. Dah nak akhir-akhir baru keluar blog Wahida di tv. Teruja gak tengok, sebab dia keluarkan sebahagian entri-entri Wahida di blog dalam tu. Blog My All terpilih sebagai Blog Pilihan kerana  blognya banyak menceritakan tentang pengalamannya melancong dan melawat tempat-tempat menarik di sana sini. Tahniah Wahida!

Kemudian dapat komen ini pula di entri tadi.


Oh! Ibu pun bertuah jugalah Aqil! Tak sangka pulak ada ole-ole kecik bakal di terima dari Wahida. Terima Kasih daun keladi, lain kali boleh beri lagi...hihi.

Tumpang seronok sebab blogger yang kita selalu baca dan masuk blognya semakin maju jaya dalam dunia blogging, takdelah mengharap apa-apa balasan. Apa pun terima kasih ya Wahida. Sayang Wahida juga!

Tahniah! Semoga blog My All Wahida terus maju jaya.


~ يوس ~

Tuesday, January 03, 2012

Jom dengar dj Shaz di HotFM Kelate

Sejak Wani jadi dj ni, ini baru pertama kali berpeluang dengar suara dia live di radio.
Tak pernah bersua muka, apa lagi dengar suara.
Selama ini suka masuk blog dia aje.

Hari ini baru berpeluang dengar.
Serius aku jarang sekali dengar Hot FM sebelum ni.
Biasa dengar sinar aje.
Tapi kerana semangat nak dengar dj Shaz kita @ Wani di radio,
hari ni buka Hot FM Kelate online dari pukul 8 pagi.
Takut terlupa lagi.
Tahu dia bersiaran bermula jam 11 hingga 3 petang.
(Orang duduk Johor pun semangat nak mendengar ni...hehe)



Wani!!
Akak sokong Wani tau!
Sedang mendengar ni.
Lembut dan manis je dengar suara Wani di radio...hehe.
Cuma satu je kena perbaiki, jangan laju sangat baca ucapan tu.
Ke masih gementar kot ya.
Apa pun lagu-lagu semua best!
Akak suka!!!!!

Siapa-siapa yang masih belum mendengar tu,
apa kata klik Hot FM Kelate Online ni.
Macam aku memang boleh dengar online je sebab bukan di Kelantan.
Tapi kalau di Kelate, boleh dengar di 105.1FM.
Atau kalau nak beri ucapan boleh tinggalkan ucapan anda di fb Shaz HotFMKelate

Semoga Wani terus sukses dalam bidang ini ya...

~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...