Monday, July 02, 2012

Home » » Abid nak menang hadiah besar!!!

Abid nak menang hadiah besar!!!

Ahad 1 Julai 2012, di adakan majlis pertandingan ko-kurikulum bagi pelajar-pelajar Tadika Al-Huda daerah Batu Pahat. Ada 12 buah sekolah tadika al-huda di daerah ini. Sama macam tahun lepas masa Abid masuk pertandingan nasyid tu.

Tahun lepas masuk nasyid tak menang hadiah. Abid kan malu-malu kucing masa tu...hehe. Tahun ini Abid di pilih cikgunya untuk masuk acara lain pula. Abid terpilih untuk masuk pertandingan Azan dan juga membaca bahasa inggeris.

Dari rumah dia sibuk berkata, "Abid nak menang hadiah besar!" 

Dalam hati aku risau juga. Risau takut dia tak menang hadiah macam tahun lepas, nanti dia merajuk pulak. Mula-mula acara azan. Aku plan nak ambil video dia berazan macam dia bernasyid tahun lepas. Masa nilah baru aku sedar kamera aku rosak. Sudahnya sekeping gambar dia berazan pun takde. Mood sedih sekejap...huhu.

Bila acara seterusnya, membaca cerita dalam bahasa inggeris, mood aku dah kembali. Gambar semua ambil guna hp aku ajelah.

Untuk pertandingan membaca perenggan dalam bahasa inggeris, Abid di suruh mencabut kertas bertulis nombor cerita. Abid dapat pilihan cerita no 3. Alhamdulillah dia membaca dengan lancar. Tajuk cerita dia ' The Bread'. Bila pengadil tu tunjuk beberapa perkataan lain selepas bacaan tu pun, dia dapat baca dengan lancar. Dan kemudia pengadil pula sebut perkataan dan minta dia tunjuk di kertas mana perkataan tu. Senang kot bagi Abid.

Semasa sessi penyampaian hadiah, mulut dia sibuk lagi berkata, "Abid nak hadiah paling besar!". Untuk pertandingan azan, Abid dapat tempat ke 3. Dia tak ceria sebab hadiahnya kecik.

Kemudian di umumkan pula keputusan untuk pertandingan membaca bahasa inggeris. Abid di anugerahkan sebagai pemenang untuk pertandingan ini. Ceria dia naik ke atas pentas. Hadiah besar kata dia...hehe. Ada yang perasan tak apa yang salah pada banner kat majlis di atas....huhu.

Abid, mula-mula masa dapat hadiah untuk pertandingan azan. Muka monyok sebab hadiahnya kecik kata dia. Kakak Alia nak tumpang enter frame sekali.Tapi bila dah dapat hadiah tempat pertama untuk membaca bahasa inggeris yang tinggi sikit dan besar sikit pun, kenapa monyok aje Abid??...huhu

Sebelum pulang, bergambar bersama guru tadikanya Puan Zainab. Cikgu Abid ni lebih tua dari emak aku tau. Sudah berusia 67 tahun, dah pangkat nenek bagi Abid, tapi masih kuat, gagah dan sangat lincah orangnya... Abid kira murid kesayangan cikgu Zainab, boleh kata hari-hari nak gaduh dengan cikgu dia. Cikgunya pula kuat melayan sebab Abid memang banyak mulut budaknya...huhu.
Begitulah serba ringkas apa yang berlaku semalam di majlis pertandingan ko-kurikulum tadika al-huda daerah BP. Tahniah Abid sebab berjaya bawa pulang hadiah. Ibu doakan terus berjaya ya!

~ يوس ~

23 comments:

  1. bangganya menjadi mama abid...seronok dgr anak2 berjaya...tambah2 bila dgr ttg azan tu....sejuk hati

    ReplyDelete
  2. pertadingan??? N nyer mana???
    tahniah bid =)

    ReplyDelete
  3. Tahniah!!!!!
    Memang Abid budak yang bijak....
    Pandai Yus asuh-anak-anak..semuanya pandai..:)

    ReplyDelete
  4. bijak abid ni..congrats to him :)

    ReplyDelete
  5. tahniah yer ABid!

    ReplyDelete
  6. tahniah abid.. semoga terus berjaya.. amin..

    ReplyDelete
  7. tahniah abid! dapat juga hadiah besar :)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillahh
    sejuk perut ibu ngandung macam nie yusss
    tahniah buat abid ..
    bahgia kalau anak2 membahagiakan kita dgn kejayaan mereka ..

    ReplyDelete
  9. Tahniah abid...

    camna la boleh salah ejaan kat banner tu ya

    ReplyDelete
  10. waahhh... tahniah abid..!!

    ReplyDelete
  11. tahniah abid...wah..nk hadiah besar ye..barulah puas hati kan...
    banner tu ada perkataan salah ejaan kan..

    ReplyDelete
  12. wah..sejuk perut akak dapat anak sepintar abid

    ejaan dia salahkan...

    ReplyDelete
  13. tahniah abid..mesti dia seronok sangat dpt akhirnya hadiah besar tu..:)

    ReplyDelete
  14. congrats Abid! penuh la piala kat rumah tu nanti. hehe..

    ReplyDelete
  15. tahniah abid...wah..sejuk perut ibu mengandung..

    ReplyDelete
  16. tahniah. mesti abid suka dapat hadiah besar.

    ReplyDelete
  17. walau x besar ttp dapat hadiah kan abid..tahniah tau..mmg anak yg cemerlang!

    ReplyDelete
  18. Wah tahniah ye abid..bagus abid ni..SRD pergi sekali kan kak? Tahun lepas dia tak pergi kan? Perkataan pertandingan yang salah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah tahun ni SRD ada sama...betul2 jadi pertadingan, 'n' nya hilang...huhu

      Delete
  19. cikgu tu mesti baik dan suka budak2 kot

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...