Selama mempunyai anak kecil, tidak pernah sekali pun aku ke masjid untuk berterawih. Selalu mengambil jalan mudah berterawih di rumah saja kerana takut anak-anak akan menganggu jemaah-jemaah yang lain.Namun bila nak solat terawih di rumah pun, ada masa terganggu juga dengan benda-benda lain. Tahun ini memasang azam nak berterawih di masjid/surau. Membaca Tips Bawa Anak Kecil Ke Masjid oleh Mommy Lyna memberi aku lebih semangat dan keyakinan bahawa aku pun boleh bawa anak seaktif Arif ke masjid bersama.
Aku suka dengan point kedua yang Mommy Lyna nyatakan pada entri itu iaitu:
Fokus kepada memperkenalkan masjid kepada anak, rather than penuhkan solat tarawih. Kebanyakan ibu yang dilanda dilema ialah kerana risaukan bagaimana nak solat dengan budak kecil yang sedang lasak. Kena ingat tarawih tu sunat, tapi kewajipan kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak mencintai masjid. Setahun sekali je, hari2 lain memang jangan haraple nak bawa kan? Kita pun time bulan puasa je ghairah nak buat ibadat sunat
Aqil dan Abid dah biasa ikut abahnya ke masjid untuk solat Jumaat. Terawih pun dah selalu juga di tahun-tahun sebelumnya. Tapi Alia dan Arif belum lagi kerana aku tak berani bawa Arif sekali. Tahun ini Arif dah hampir 2 tahun. Bolehlah ku kira bawa dia ke masjid bersama untuk solat terawih.
Malam pertama kami berterawih di Masjid Kg. Sg Lurus. Seperti kata Mommy Lyna cuba bawa anak ke masjid yang lebih besar sikit, nak ke surau Taman yang berdekatan takut kecik nanti lebih menganggu jemaah lain. Aku memilih duduk di saf yang paling belakang. Bila saja solat Isyak, aku maju ke depan di saf ke dua akhir. Saf paling belakang, ramai kanak-kanak perempuan lain sebaya Alia atau besar sikit. Sebaya Arif tiada nampaknya. Hati aku rasa sangat risau. Berdebar-debar bagaimana dengan kelakuan Arif nanti.
Sebelum pergi dah cakap dengan dia baik-baik untuk duduk diam di masjid. Siap aku bawakan dia bantal kecil dan botol susunya ku buat penuh. Dia memang diam saja mulanya di belakang, berbaring dan menghisap botolnya sehingga habis. Tapi bila saja terawih bermula, dan baru habis 4 rakaat, Arif sudah mula buat perangai. Dia bermain dengan rehal yang ada di bahagian tepi penjuru masjid. Kelentang, kelentung bunyinya. Aku jadi tidak khusyuk tapi aku kuatkan hati. Dalam hati berdoa supaya Allah mudahkan dan Arif akan berkelakuan lebih sopan sepanjang di masjid.
Masjid ini buat solat terawih 20 rakaat, jadi agak lama, dan Arif mula bosan kot. Dia dah bawa rehal tu berjalan sana sini. Melalui antara saf, malah rehal itu juga di ketuk di kepala kakaknya Alia ketika Alia sujud. Nasib baik ketuk kepala akak sendiri, kalau orang lain? Aku berhenti dan tidak meneruskan rakaat seterusnya. Berusaha untuk menyuruh Arif duduk diam di tepi, dia nampak patuh. Bila habis rakaat ke 8, Alia pun dah letih aku suruh Alia saja yang perhatikan Arif. Aku meneruskan hingga habis rakaat ke 20 dan solat witir. Ada kakak dia pun dia berlari-lari juga.....aduhai.
Malam ke dua, semangat aku belum luntur. Kali ini kami di Melaka rumah ayah dan bondaku. Jadi berpeluang bersolat terawih di Masjid lebih besar dan jemaah perempuannya juga ramai. Kami ke Masjid Tun Khalil Yaakob, Melaka. Di sini aku lihat lebih ramai budak-budak kecil sebaya Arif di bawa. Hati aku lebih seronok dan teruja. Tidak begitu risau sebab ada kawan yang juga bawa anak kecil.
Memilih saf belakang juga, Arif nampak dah lebih faham sebab kali kedua di masjid. Dia lebih duduk diam di tepi. Aku dapat menghabiskan solat Isyak dan terawih dengan baik sehingga rakaat ke 4. Namun masuk rakaat seterusnya dia mula berlari-lari. Semuanya kerana ada kanak-kanak lain yang besar sedikit dari dia mengajak dia bermain sama. Berlari-lari, dia pun apa lagi, mengikut lah. Aduh!!!! Hati mula bimbang sedikit. Bila habis rakaat ke 8 sekali lagi tugas Alia memerhatikan Arif. Alhamdulillah dia nampak lebih baik cuma suaranya boleh dengar juga satu masjid....huhu. Dan kerana Imam pun hanya buat terawih 8, cepat sikit habisnya, takdelah lama suaranya bergema di masjid tu. Lepas habis witir dan doa alhamdulillah berjaya malam kedua. Arif pun nampak gembira.
Hari ke tiga semalam, mulanya aku nak tinggalkan dia di rumah bersama emakku yang kurang sihat. Tapi dia menjerit-jerit, meronta-ronta mahu ikut juga. Aku kuatkan hati, memang niatku nak berterawih di masjid di samping nak memperkenalkan anak-anak dengan masjid. Selepas ini dah balik BP, pasti tak dapat tinggalkan dengan sesiapa pun Arif. Jadi aku bawa juga dia bersama. Kali ini sampai je dia terus duduk diam, alhamdulillah. Sehingga selesai kami solat Isyak pun, dia diam saja. Ku kira dia sudah faham.
Tiba-tiba bila nak mula solat terawih, ada seorang makcik dari saf belakang aku yang kakinya kurang kuat mungkin untuk berdiri lama dan susah nak bangun bila sujud mungkin, beralih ke saf depan sebaris dengan aku.Ada sebuah kerusi di belakangnya untuk membantu dia melaksanakan solat. Setiap kali lepas rukuk, makcik ni akan duduk di kerusi itu. Kira dia perlukan bantuan kerusi untuk rukun solat yang seterusnya.
Arif pelik kot kenapa nenek ni ada kerusi. Aku pun tak perasan dia dah bangun sebab khusyuk solat. Rupanya dia dah pergi tarik kerusi tu ke belakang, jauh dari makcik tu. Aku tak tahu apa yang berlaku sebenarnya, tapi selesai saja terawih dua rakaat dan aku memberi salam, makcik tu bersuara. Dia duduk selang satu jemaah dengan aku. "Anak siapa tu?" Masa ni Arif sudah duduk diam di tepi semula.
"Anak saya makcik!"
"Tahu tak dia tarik kerusi makcik ni tadi, nyaris makcik jatuh. Nasib baik, kalau jatuh tak tahulah nak kata apa."
Muka aku merah padam rasa masa tu. Malunya. Apa Arif sudah buat??Jawapan yang keluar dari mulutku, "ya ke makcik?"
Kemudian teruskan solat sebab Imam pun dah mula rakaat yang seterusnya.
Selesai semua baru aku mengambil kesempatan meminta maaf dengan makcik tu. Nasib baik makcik tu kata,"takpelah budak-budak bukan tahu apa, cuma kaki makcik ni memang tak berapa kuat, kena duduk di kerusi, takut terjatuh bila dia tarik tadi".
Lega rasa hati. Mulanya sedikit cuak, sebab gaya makcik tu bertanya 'anak siapa tu?' bunyinya macam dia marah masa tu.
Hari ini sudah di BP semula. Malam ini masih bersemangat nak berterawih berjemaah. Malam ni plannya nak ke surau taman saja, sebab jiran aku kata, surau taman buat terawih 8 rakaat saja. Cepat sikit habis, mungkin Arif kurang bosan dan buat perangai. Tak tahu bagaimana. Risau juga ni.
Wahai hati, kuatkan semangat aku. Macam kata Mommy Lyna, fokus kepada perkenalkan masjid/surau kepada anak-anak dari cuba penuh kan solat terawih tu. Kalau tak dapat habis, boleh sambung di rumah kan. Tapi tulah, kalau dah balik rumah nak sambung selalu liat. Nasib baik ada anak daraku Alia boleh bantu. Dia pun dah suka nak solat terawih, cuma solat witir tu memang dia malas betul nak buat. Alasan dia, "takpe ibu, Alia tengok adik."
Oklah tu. Harap aku dapat terus konsisten dan istiqamah dalam melaksanakan azam untuk terawih di masjid/surau tahun ini.
Arif!!! Sila bantu ibu untuk lebih duduk diam ya, dan jangan ganggu jemaah lain sedang bersolat.
Sebenarnya bukan Arif je yang tak duduk diam, Abid pun sama. Tapi Abid abah dia yang perhatikan sebab bersama jemaah lelaki.
Suka juga tengok klip video ini.
Bila bawa anak seligat dan aktif Arif ke masjid, perkara pertama yang aku takut ada yang menegur "Dah tahu anak tu tak reti duduk diam, janganlah bawa ke masjid!"
Dalam masa yang sama berdoa niat aku ikhlas nak menghidupkan malam-malam Ramadhan dan nak anak-anak tahu bezanya malam Ramadhan dengan malam-malam di bulan yang lain. Semoga jemaah lain yang ada pun faham.
Tapi kat surau sini, takde pun yang bawa anak sebaya Arif. Aduh! Kuatkah semangat aku ni? Ada tak kawan-kawan lain yang dah biasa bawa anak kecil ke masjid berterawih. Apa tips anda?
~ يوس ~
Salam kak yus..
ReplyDeleteCma pun masih berkira2 nak bawak anak2 kenalakn pada mereka ttg ape itu masjid dan solat terawih..tp belum cukup kuat lag ink bawka duan2 mungkin salah sorang,
Cma baca pengalaman kak yus ni pun buat cma cuak jugak..sama lasaknya dgn si faiz tu..anak2 cma ni cpt boring.nk suruh en asben yg jage sekali lg la x berani..
Insyallah..semoga kak yus dan cma jugak diberi kekuatan utk menunaikan solat terawih bersama anak2 ni.. go go chaiyok!!
Buat masa ni saya lebih sedia buat di rumah saja. Zarif dan abahnya memang buat di surau taman je. Bukan takmo kenalkan Zara dengan masjid tapi saya tau perangai dia macamana, iallah bila dia dah besar sikit, saya takde masalah untuk berterawih di surau dan masjid macam sebelum ni. Dan sebenarnya saya memang lebih teruja kalau berterawih di masjid dari di rumah.
ReplyDeletekak,
ReplyDeletebaca catatan akak ni saya rasa teringin nak bawak anak2 terawikh ke masjid..
sama macam qalesya.. mmg tgh train dia skrng ni g masjid.. mmg ni lah masanya. tapi tu lah kekadang kita bkn apa risau tkt mengganggu jemaah lain.. moga allah pelihara mereka untuk kita yer...
ReplyDeleteTak kisahlah Yus... kakak percaya masuk hari-hari seterusnya Arif akan jadi lebih biasa. Cuma itulah persediaan Yus bawa bantal dan susu memang itulah juga cara kakak. Siap kakak dulu bawakan pensil dan buku utk dia menconteng. Biar dia lalai...
ReplyDeleteArif bukan ligat nakal tapi ligat cerdik..
salam yus..acik tak de pengalaman bawak anak..kalau bawak pun..ayahnya yang perhaati..bukan acik..dengan ayah anak lebih mengikut kata.
ReplyDeletedimasjid acik sembahyang pun ramai budak2..memang ramai sangat..memang tak boleh nak tinggalkan...cuma masjid ni besar..dan bila bising..ada orang lain yang akan tolong marah dan pantau budak2..tapi di tempat solat wanita tingkat atas..ada budak2 perempuan je..tak lasak dan tak bising..
baca tulisan yus ni,,rasa ada keyakinan skit nk bawa anak,,suri pun sama masalah dengan yus..anak2 bila dah jumpa kawan2 mulalah tawaf satu masjid,,kadang tu bila imam baca fatihah dia ikut sekali sekuat2nya...lastnya suri tinggal je kat umah..tapi bila baca nak kenalkan anak ngan masjid tu,,rasa mcm perlu jugakkan..
ReplyDelete-anak perempuan lain skit ye yus..dah boleh harap dah alia tu,,suri anak lelaki,,dia yg ajak adiknya main..huhu
hurmm anak2 ieda dah besar skrg barulah bawa ke masjid utk semayang bersama2 ..
ReplyDeleteitupun 2x seminggu .. hari lain .. nak2 pose nie memang mereka x nak sbb nak buat homework dan letih
x perlah janji mereka belajar kenal masjid kan ..
tapi tulah ada sesetengah masjid memang x bagi bawa budak2 ..
adehhh .. macam2 lah kan
yus,
ReplyDeleteakak mulanya berniat jugak nak berterawih di masjid/surau...tapi mengenangkan keligatan si Firas....akak kensel jelah tahun ni....terawih kat rumah la jawabnya......sedih kan?padahal kalo kat Masjidil Haram, org2 Arab nih bawak anak kecik...dari yg baby kecik sampaila yang toddler....anak menangis sampai sedu-sedan terisak2 diorang solat cam biasa je wat tak tahu....dan jemaah lain pun takdela nak marah2 or tunjukkan rasa kurang senang......kita kat sini amat berbeza sikap dan penerimaan masing2
danisha taun lepas pun main2 kak....tp alhamdulillah taun ni dah solat sekali ngan sy...sy pun x ada tips,tp rasanya kat skool dia ada tema ramadan bulan ni..dia ajar budak2 ttg solat terawih...puasa....pastu sy pun ingatkan dia kena behave kat masjid..ikut mama solat,x bole lari2 or main2..sebab ni rumah ALLAH...
ReplyDeletetp danisha dah 4 taun..sebelum2 ni pun die x paham lg...mayb arif kecik lg..tp x pe kak,biasakan je...sy dulu solat kat saf yg belakang..sebab takut ganggu jemaah lain..insyaallah bila dia dah besar sikit dia paham =)
saya sejak ada anak kecik ni kak, solat kat rumah je kak...hubby tak kasi bawak si adik tu sbb kami mmg tau sgt dia punya ligat tu...huhu...cuma hubby bawak si abang je...saya duk umah ngan adik sbb tak nak dia ganggu jemaah lain...
ReplyDeletetu pun semlm hubby ckp ramai jemaah merungut sbb ada sorang budak asyik melintas depan saf masa jemaah tgh solat....adoi la....
Salam.. waduh-waduh Arif ni.. macam Deeja al. Dia pun pernah tarik kerusi gak.. nasib baik tak takut. Orang tu pulak naik takut, kalu Deeja ada.. takut kena tarik kerusi lagi..Jom baca kisah deeja pasal ke surau jugak..sapen tau..
ReplyDeleterasanya budak kecik ni taklah mengacau sgt, tp kalau budak2 besar yg tak solat dan buat bising kat luar surau, siap bakar mercun lagi tuh mmg mengacau. siap mengejek2 lagi bila makmum amin kan alfatihah... aduiii anak sapa ler tuh...
ReplyDeleteSeronoknya kak...kalaulah saya pun ada kekuatan macam tu. Risaunya nak bawa sebab takut Umar dan Ammar keluar masjid atau main dekat tangga..Ataupun berlari depan jemaah..haru jugak..:)
ReplyDeleteTapi saya nak try juga bawak..
ambil semangat dari kata-kata mommy tu, fokuskan untuk kenalkan anak pada masjid..
tq kak..sungguh berfaedah pengalaman yang akak share nih..:)
bagus lah tu didik anak 2 dari kecil, cuma kena pastikan tidak akan mengganggu tumpuan kita waktu beribadat tu!
ReplyDeleteYus..
ReplyDeleteSelamat Berpuasaaaa....( wpun dah 3 hari kita berpuasa )
bagi akak, bagus cara Yus, latih anak-anak kemasjid, tapi...tulah, lain orang lain pandangan, macam cerita Wahida tu....kat surau akak pun sama...diorang marah kanak-kanak buat bising....
Allah....
ReplyDeleteTergelak pulak tang arif tarik kerusi tu. Alhamdulillah xde apakn. Hehe.. Kalau rasa susah nk control xperlu bwk kot kak. Lg kecik sgt dia pun boring kot. Umur bya abid ke atas mybe ok kot sbb dia dah faham. Haqem pun masa terawih x berapa nak duk diam tp kite bg dia iphone game senyap la jugak sekejap. :D
ReplyDeleteSalam Yus... cuak juga akak baca masa Yus cerita pasal makcik tu...takut juga mana tau kot makcik tu terjatuh...
ReplyDeleteAlhamdulillah makcik tu paham dan tak jadi apa2... semoga ALLAH membantu Yus dlm menunaikan hajat untuk berjemaah dimasjid sepanjang Ramadan ini...
nak sangat gi... memang kalau buat kat rumah rasa dia tak sama gi surau..
ReplyDeletekalu gi surau rasa meriah.. dan lebih syahdu..
teringat zaman kecik3 dulu kat kampung,,,,,
Nasib baik makcik tu x jatuh,Arif hairan kot tgk org lain xde pun pki kerusi.
ReplyDelete