Aku nak buat catatan mengenai Ramadhan kali ini mana yang menarik dan rasa sesuatu yang baru berlaku dalam keluarga kami. Pada yang sudi baca terima kasih.
Ada satu komen yang menarik perhatianku untuk entri 3 hari pertama berterawih bersama anak kecil di masjid; satu pengalaman semalam. Komen dari kak Ina Hashim.
sila baca pada bahagian yang aku buat kurungan merah |
Belum berpeluang ke Mekah, baca komen kak Ina ni buat aku teruja dan tambah semangat nak teruskan azam setakat yang termampu berterawih di masjid/surau berjemaah. Cuma itulah, mentaliti dan penerimaan kat sini mungkin ada sedikit berbeza. Itu yang takut tu, takut ada yang marah sebab bawa anak kecil bersama. Apa pun alhamdulillah setakat ini semua berjalan lancar.
Semalam terawih malam ke 4, kami ke surau taman sebelah. Dalam perjalanan aku dah mula bercakap dengan Arif supaya duduk diam di surau. Oleh kerana surau agak kecil berbanding di masjid sebelum ni, dia mudah nampak abang-abangnya Aqil dan Abid. Sebelum-sebelum ni elok je duduk dengan aku dan Alia. Kalau berjalan pun di sekitar tempah makmum perempuan saja, ini sampai ke ruangan jemaah lelaki pun dia pergi juga. Aduh!! Tak masuk langsung dalam kepala otak dia apa yang aku beritahu tadi....huhu.
Masa solat Isyak paling kritikal. Suara Arif turut mengaminkan dengan kuat ketika makmun semua sebut amin selepas imam baca fatihah. Dia pula di tempat ruangan tempat solat lelaki. Tak tahulah apa yang berlaku di sana. Selesai Isyak, rasa nak balik je sebab aku takut sangat dia menganggu jemaah lelaki bersolat, tapi SRD kata " Takpe, dia tak kacau orang, cuma bising sikit saja. Lagipun dia bersama kanak-kanak lelaki lain yang ramai juga di surau. Duduk belakang."
Ok, aku ikut. Sampai di rakaat 4 terawih, masa ni dia dah berada di ruangan solat wanita. Entah macam mana dia boleh nampak pula cermin mata makcik di saf hadapan aku yang di letakkan di bawah. Kurang khusyuk jadinya aku, takut sangat dia patahkan cermin mata makcik tu, seperti dia patahkan cermin mata aku hari itu. Alhamdulillah tak jadi apa-apa. Selepas salam di beri, aku cepat-cepat ambil cermin mata tu dan pulangkan kepada makcik itu. Makcik tu sendiri kata, " Takutnya kalau dia patahkan tadi.." Terus dia pakai je cermin mata tu...hehe.
Makcik ni juga ada kerusi di belakangnya. Sama macam cerita aku sebelum ni. Rakaat seterusnya, Arif mula pegang-pegang kerusi tu, tapi dia tak tarik cuma tepuk-tepuk je. Sekali tiba-tiba makcik tu duduk. Terduduk tangan dia sekali. Menjerit sakan si kecik tu. "Ahh! Akit! Akit! Akit!"
Makcik tu bangunkan punggungnya sedikit, dan tangannya dapat di keluarkan. Selepas itu barulah Arif duduk diam di hujung tepi saf aku sambil berbaring. Lega rasa hati.....
Kelakar pun ada mengingatkan.Tulah siapa suruh pegang-pegang kerusi kan. Tapi selepas botol susunya habis di hisap, dia masih tetap berjalan-jalan cuma tidak menganggu mereka yang solat. Alhamdulillah.
Arif! Ibu mula rasa luntur semangat nak meneruskan azam berterawih berjemaah di surau ni. Tapi abah memberi galakan. Alhamdulillah. Moga dapat di teruskan lagi, mungkin tak dapat setiap hari di bulan Ramadhan ini cuma cuba yang terbaik untuk dapat sebanyak mungkin. Moga di permudahkan....
Dah 3 hari berbuka puasa, juadah berbuka kami belum lagi menyentuh nasi. Kononnya tahun ni berazam tak nak berbuka nasi sangat, tapi sahur harus ada nasi. Anak-anak aku pun memang kurang makan nasi waktu berbuka dari dulu lagi.
Ini menu berbuka hari ke 3 kami semalam.
Alhamdulillah kenyang. Menu hari ini masih blurr lagi. Apa nak masak hari ini ya?
~ يوس
sedapnyer kak...
ReplyDeletecheqna tak perlu susah2 nak mikir menu berbuka..menu bersahur je cheqna kena fikir...
Saya berbuka wajib masak nasi sbb Yusuf dan ayahnya. Tapi masak super simple je, lg lah kalau hari kerja..
ReplyDeleteps: sy tgk ramai jemaah wanita sangkut cermin mata di tali belakang telekung. smlm di masjid ada sorang budak lelaki kecik.. gelagatnya tu buat sy teringat arif.. hehe..
wah...menariknya menu yus...sonok kan bila jadi SAHM...anak2 dpt sentiasa makan air tangan kasih sayang ibu :D
ReplyDeleteKlu Nurul dan family pun jarang berbuka makan nasi Yus,masak menu2 yg camtu le.
ReplyDeleteBolehlah Arif bawa pegi terawaih nie,Nurul x cuba bawa lg si Izzyan tu.
yus,
ReplyDeletesedap semuanya....mee kari tomyam?1st time dgr menu tuh...meh share resipinya
teringin gak berbuka tidak dengan nasi.
ReplyDeletetapi aBear tak boleh .... nak nasik jugak
Kisah di Masjidlharam dan Masjid nabawi tu memang betul Yus. Ada tu sampai pijar suara baby dia menangis tapi si ibu buat tak tahu je. Kakak pulak rasa kesihan. Macam nak ambil je pujuk bagi diam.
ReplyDeleteLagi yg kakak suka N3 ini bila imam baca doa si comel tu aminkan. Itu tanda dia dah faham juga Yus. Dah kakak kata ligat dia sebab bijak. Mesti siapa pun yg baca N3 ini suka bila Arif aminkan doa.
nampak sedap sumer menu2 akak tuh.. :)
ReplyDeletebagus arif pandai jugak bawak diri kat masjid.. sy masih x confident la kak nak bawak aqeef ke surau.. klu kat rumah pun sy solat dia masih suka ganggu.. nak2 time sujud mesti naik atas belakang sy.. klu x pun dia sujud jugak betul2 atas sejadah kiter nak sujud.. kdg2 dd sediakan sejadah lain pun still nak sejadah yg kiter guna.. adeh la.. myb tahun depan leh try praktis bawak gi surau.. thn depan dia dh 2 thn ++.. ok la kot..
kira arif ni pandaai dan tak nakal sangat la kan.. gud boy... =)
ReplyDeleteitu lah.. di fikiran ni, mungkin hari ni tak nak buka ngan nasi.. asik nasi je 3 hari bturut2.... tapi apakah menu yang sesuai iiii
meriahnyer menu berbuka tu!
ReplyDeleteInsyaAllah, Arif akan faham sedikit demi sedikit.
ReplyDeleteDi rumah kakcik, berbukan dan bersahur mesti ada nasi sekurang2nya untuk suami dan sibongsu. Tekak dan perut mereka memang Melayu jati. :)
sedapnyaaaa kak yus..terliur saya, kalau lah saya punya banyak masa nak memasak cam gini..saya 3 hari berturut buka puasa nasi, tapi sahur takde nasi langsung, roti semata..iallah hari ni buka spageti atau mi kot. Takpelah kak selagi kalau aqil tak nakal terus je bawak, iallah lama2 dia mesti ok.
ReplyDeletecma rasa akan mengalami perasaan yg 2-3 kali ganda cemas dr kak yus sbb pertama kali nk bw seri ke masjid dan kenalkan dia dgn suasana masjid.. huhuuh.. *chaiyok2*
ReplyDeletesetuju jgk dgn komen kak ina hashim tu..*hmm..tanya diri cma sendiri..*
cma pun pening nk masak apa utk berbuka ni..huhuhu
byknya menu kak yus....abis ke semua tu...:)
ReplyDeletekalau kat sini anak nangis jerit2 je mak dah risau...apa lg org sebelah menyebelah,mesti menjeling je
banyak ke? yg tak habis mee kari tu je, yg lain semua licin.
Deletebestnye makanan tu huuuu =p
ReplyDeleteMemang mencabar bawa anak kecil ke surau atau masjid. Telatah dia boleh buat bukan saja kita tak khusyuk tapi jemaah lain juga hilang konsentrasi. Mungkin bila dia dah besar sikit boleh dibawa bila dia dah tak kacau org.
ReplyDeletemudah-mudahan dia faham nanti...
ReplyDeleteabid tu ada je akal dia :)
suami saya tak boleh buka tanpa nasi...mesti ada nasi...huhu...
ReplyDelete