Sunday, July 08, 2012

Home » » Orang tak berjaya je yang duduk rumah???...

Orang tak berjaya je yang duduk rumah???...

Tak tahu kenapa, kata-kata dari ayahandaku Jumaat lepas terngiang-ngiang sampai hari ini. Ceritanya, bonda menelefonku. Baru tergerak nak angkat telefon tu dan dail nombor rumah emak, tiba-tiba dia dah telefon dulu.

Seperti biasa, borak-borak manja, dan kemudian emak beri ganggang pada ayahku pula. Soalan dari ayah, "Minggu ni tak balik Melaka?" 

Dah lama juga rasanya tak balik ni. Kali terakhir balik awal bulan Jun hari tu. Oh! Baru sebulan lebih, dah rasa lama, Al-maklum selalu juga balik kan.

Ayat cover aku, suami tersayang SRD sibuk.

"Maaf ayah, Sabtu ni sampai Khamis, Din di PD. Lagipun anak-anak ada grading taekwondo Ahad. Minggu ni memang dia berjalan je ayah. Isnin tu ke JB sampai Selasa petang. Rabu pagi-pagi dah bertolak ke Melaka. Khamis pula ke Putrajaya. Ni esok dah bertolak ke PD pula. Boring juga ni! Nanti awal puasa kot kami balik."

Jawapan ayah, " Orang berjaya macam tulah. Macam Dato Najib, berjalan je. Orang tak berjaya je yang duduk rumah!"

Errkkk.....terkedu seketika. Tiba-tiba terasa diri sendiri pun duduk rumah aje...huhuhu.

Aku hanya mampu ketawa. Tapi kemudian ayah menyambung lagi, " Macam si polan tu, duduk rumah je, tak berjayalah tu"

(nama si polan adalah rahsia...hihi)

Oh! Aku duduk rumah aje. Tahu ayah tidak maksudkan aku. Cuma sendiri terasa. Namun sejuk sedikit bila lihat gambar ini di fb.

image di ambil dari fb

Semoga aku dapat terus menjadi nadi tulang belakang bagi suami. Membantu mana yang terdaya olehku. Teringat pesan suami setiap kali dia keluar bekerja, "jaga rumah, jaga anak-anak".

Ya Allah, bantulah aku dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabku dengan baik...aminn.

~ يوس ~

24 comments:

  1. terasa gak nih....huuhhhuu

    mujur ustaz don kata 'surirumah adalah pekerjaan terbaik di dunia"...bkn tak berjaya,tapi kita bekorban demi anak tercinta...menghantar anak pada org untuk dijaga macam menempah bahaya,...seriau dok dengar cerita mcm2 benda tak elok berlaku sekarang nih...

    apapun..diriku sangat bahagia bergelar surirumah sahaja....hihihi

    ReplyDelete
  2. hahaha memula terkejut je baca tajuk..sebab saya pon baru je ambil keputusan duduk rumah jaga anak-anak..

    ReplyDelete
  3. kalau dua2 berjaya sape la nak uruskan rumahtangga pulak kan. hehe.. kalau tak kawin takde anak barulah boleh kata tak berjaya. lagi seronok duduk rumah jaga dan uruskan anak2. aaa.. malasnya balik nak bekerja. huhu..

    ReplyDelete
  4. ameenn..yus dah berjaya melakukannya sebelum ni dan akan beraya seterusnya.

    ReplyDelete
  5. hihi..rasanya ayah akak maksudkan yang lelaki :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun, sbb si polan tu lelaki...:D

      Delete
  6. ekkeke kalau nak berasa hati ngan org tua nie , banyak kan yus .. tapi x mo lah macam tuu sbb kita punn akan tua kelak ..

    percaya dia x maksudkan yus .. kerana menjadi surirumah lahh tanggungjawab paling besar , mana tidak .. suami x balik susah hati , anak2 x balik susah hati ... semua lah
    jadi pemerhati 24jam .. apa x kena semua kena amik tahu .. so ?? ;))
    lapangkan dada dan bersyukur atas kurniaan allah .. itu paling penting ..
    insyaallahh kita akan jadi terbaik utk mereka ;))

    ReplyDelete
  7. kata2 ustaz Don sgt tepat.Akak yg keja ni pulak tak sabar2 nk tunggu pencen...

    ReplyDelete
  8. Tu la juga kata-kata suami saya , lagi elok duk rumah tak yah keje

    ReplyDelete
  9. Surirumah adakah kerja yg paling mulia...
    Tiba2 teringin nk jd surirumah...tak la terkejar2 dgn masa dgn tugas kerja dgn tangjungjawab kat keluarga...

    rasanya mcm nk bersara awal jerr..untung yus dpt didik anak sendiri tampa perlu pertolongan org lain...

    ReplyDelete
  10. Yus..
    Memang, surirumah adalah pekerjaan yang terbaik didunia.SuriRumah buat bermacam kerja dalam satu hari. memasak, membasuh, mengemas, ambik anak sekolah... Teruk lagi pada orang kerja pejabat...sebab tu akak tabik betul dengan surirumah ni...akak tahulah sebab kalau hari cuti tu, 2 hari tu memang akak tak berhenti buat kerja rumah...kerjanya tak habis-habis...:)

    ReplyDelete
  11. yess betul..suri rumah pekerjaan terbaek

    ReplyDelete
  12. Sentap juga baca title..dah baca baru OK.
    Menantu mak yang jadi suri rumah ni lah yang paling berjaya jaga kebajikan anak dia, yang paling educated dan paling rajin menolong mak.(Ni mak yang cakap ye..bkn ayat Ana)

    Bila ada Nuha ni baru faham kenapa orang pilih jadi SAHM =)

    ReplyDelete
  13. terasa jgk sbb dulu2 ada jgk yg sebut cenggitu...

    ReplyDelete
  14. rilekslah kak, pastinya ayah akak tak maksudkan akak kan..yang pasti kan kak, saya ni teringin sangat nak dok rumah, hehe..Saya rasa dok rumah urus keperluan suami dan anak2 lagi seronok tau...:)

    ReplyDelete
  15. insyaallah...amin3..cma tabik springg kat fill time housewife tau :)

    ReplyDelete
  16. saya nak jadi housewife sepenuh masa..tapi tak dapat..

    isteri paling afdal duduk dirumah jaga anak-anak..sebab sentuhan didikan ibu tulah yang terbaik..
    lagipun fitrah kita sebagai ibu mesti nak ajga anak2 dan suami..

    macam saya kalau pergi kerja pun tak seronok sebab stress pikir anak2 kena hantar ke taska..:(
    tapi itulah kena atur masa dengan paling baik..kalau tak buruk kesannya...

    ReplyDelete
  17. Kak Yus
    ada betulnya kata2 ayah kak yus tu
    cuma sbg isteri kdg2 merungut jugak la

    saya nak berjaya dan duk umah juga
    boleh?

    ReplyDelete
  18. suka nya ustaz don backing kita..hihi..

    ReplyDelete
  19. setuju dengan kata-kata ustaz don..tapi tak semua bertuah jadi suri rumah sepenuh masa :)

    ReplyDelete
  20. di sebalik orang yang berjaya tu kerana adanya orang yang duduk di rumah hu hu... betul ke peribahasa improvised saya ni? he heh

    ReplyDelete
  21. Saya setuju dgn pendapat Ust DON & puan-puan semua terutamanya RYS AREESA NASIR.. Ingin saya kongsi bahawa Arwah MAK(hjh Fatimah) adalah seorang suri rumah sepenuh masa yang tidak pernah bersekolah & tidak tahu membaca rumi(Jawi & Al-quran boleh baca sebab Arwah abah sempat ajar mak). Kami 7 orang adik beradik telah di didik sehingga tiada seorang pun yang tidak masuk universiti. Al-Azhar, Texas U, Utah State U, Oxford, UMalaya,UTM-2orang.. Arwah abah(Abdul Rahman) hanya seorang tukang kebun sekolah menengah dato onn, batu pahat, johor.

    Pada tahun lepas Arwah MAK telah dijemput Pencipta pada 20zulhijah 1432(15november 2011) di MASJIDIL HARAM, selepas solat suboh setelah Arwah selesai mengerjakan HAJI bersama dua orang anaknya. Sebab itulah saya begitu hormat & bangga dgn puan-puan sebagai suri rumah.

    Semoga Puan-puan mendapat lebih daripada apa yang telah ARWAH MAK saya dapat. Alhamdulillah, isteri saya juga seorang suri rumah walaupun memegang ijazah perakaunan. Tiada kata lain. Saya hormat & sanjung kerjaya sebagai suri rumah sepenuh masa.

    Ghazali abdul Rahman

    ReplyDelete
  22. Hi kak, dah lama saya teringin nak jadi suri rumah tangga:) nk jaga anak n suami.. skrg ni kalau anak sakit pun masih kena hantar day care sbb susah dapat cuti. Sgt kagum dgn para suri rumah tangga sekalian. Tapi in shaa Allah, satu hari nanti mungkin tercapai cita2 ni:)) Buat masa skrg kenalah bekerja untuk bantu ape yang patut heee....

    -www.hafizahsamsudin.com-

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...