Dah lama nak cuba buat pizza sendiri tapi takut tak jadi. Anak-anak aku semua memang hantu pizza, semalam semua dok request nak makan pizza waktu berbuka. Boleh ke aku buat ni? Paling takut bahagian doh pizza tu, takut sangat tak jadi.
Yus! Kamu boleh! Buat je, tak jadi pun anak-anak pasti ngap punya....hahaha.
Google resepi cara buat pizza sendiri, jumpa resepi Pizza Ayam Hawaian dari Nannie ni.
"Ok! Kalau ibu jumpa bahan-bahannya ibu buat ya anak-anak," itu janji aku pada mereka semua.
Susahnya nak cari cheese dekat pekan Senggarang yang kecik ni!!! Shortening tu apa? Tak pernahku tahu...huhu. Tapi ada bantuan resepi doh dari seorang akak kenalan lama dari Sheffield. Resepi dia tak perlu ada shortening. Dalam hati dah kata, kalau tak jumpa shortening tu, guna je resepi Kak Mar tu. Tapi sebab jumpa, guna resepi Nannie jawabnya.
Call penyelamat en. SRD kita di pejabat. Minta dia cari bahan di PR kalau berkesempatan.
Dia memang penyelamat. Semua bahan ada di sana kecuali Mixed Italian Herbs. Aku gantikan saja dengan paprika herbs. Jadilah pizza aku Pizza Ayam Hawaian Paprika kot namanya....hehe.
![]() |
| Pizza sebelum di bakar dalam oven. |
![]() |
| Pizza yang sudah masak, terlebih bakar sikit kot...huhu. Inilah Pizza Ayam Hawaian Paprika aku....suka2 je letak nama...hihi. |
Bagi aku, percubaan kali pertama ni, kurang berjaya sikit. Rasa dah ada, anak-anak dah kata sedap. Tapi ibu belum puashati! Bahagian tepinya agak keras, sukatan doh kalau ikut resepi itu macam terlebih untuk tray pizza aku yang size nya 10 inci. Kena kurangkan sikit sukatan selepas ni. Bila baca balik, Nannie tu buat untuk tray 12 inci. Adeh! patutlah.
So semalam berbuka ala western kami. Ada 2 pizza, ada garlic bread resepi ikut sini, ada cream of chicken bancuh dari tin Campbells tu je dan air sirap bandung. Lain-lain makanan lupa nak ambil gambar, excited sangat berjaya buat pizza sendiri, tangkap gambar pizza je...huhu.
Bulan puasa ni, dah kurangkan makan nasi lagi, baru berjaya turun sikit lagi berat badan. Ingat tak, aku hari tu excited kejap berdiet. Ni barulah berubah lagi angka tu sikit. Perkembangan terbaru selepas 3 bulan...

Ada hikmahnya di sebalik bulan Ramadhan ni, kalau tidak tak bergerak dari angka 61kg yang akhir dapat turun hujung bulan 6 hari tu....huhu.Tak mahulah target sampai 51kg tu, dapat 55kg sehingga habis Ramadhan pun kira ok dah, alhamdulillah.
~ يوس ~







