So, kawan-kawan akhirnya aku berjaya tonton filem Ombak Rindu di panggung.
Sebelum ia tenggelam dari kotak fikiran aku,
ada baiknya aku coretkan sekarang apa yang aku rasa selepas menonton filem ini.
Keseluruhan cerita aku setuju dengan review yang aku baca sebelum ini
di sini,
iaitu 3.7 bintang daripada 5.
Bagi aku tidak memberi impak begitu kuat
kalau nak bandingkan kali pertama aku tengok Kuch Kuch Ho Ta Hai.
Hahaha, mesti ada yang marah sebab aku bandingkan dengan Filem Hindustan.
Sebab apa??
Sebab Kuch Kuch Ho Ta Hai adalah salah satu filem yang aku tengok di panggung
pada hari pertama tayangan.
Selepas tengok citer tu, memang fikiran aku asyik terbayang citer tu,
tidak seperti Ombak Rindu ada kureng sikit...hihi. Jangan marah nooo.
Ok, sambung lagi...
Cerita dia memang macam cepat sangat di awalnya
Baru sekejap, dah tukar scene, baru nak rasa sedih dah tak sedih.
Macam nak kejar apa pun tak tahu.
Tapi lepas tu, ada rasa boring juga plotnya.
Sikitlah, dan akhirnya berdebar semula.
Aku menangis??
Jujur aku menangis 2 kali aje.
Tapi yang kali ke dua tu memang betul-betul nangis.
Babak semasa Haris nak menggantung Izzah tak bertali tu.
Ketika Izzah mengejarnya, sehingga dia terjatuh dan nampak darah keluar dari celah kaki Izzah.
Ya Allah, masa tu memang sedih sangat aku rasa, tak tertahan-tahan.
Dan ketika dia di hospital, tu pun sedih.
Teman aku sebelah yang datang bersama aku pun menangis teresak-esak sama.
Siap cakap lagi dengan aku, "Sedihnya...........(
ada sambungan dari apa yang teman aku cakap tu)
Bab awal, banyak yang tak sesuai untuk anak-anak tengok.
Memang adegan ranjangnya sedikit keterlaluan.
Tak perlu tunjuk macam tu pun dah boleh faham maksud jalan cerita.
Ish....malu aje.
Dari segi penjiwaan watak, aku suka lakonan Aaron Aziz sebagai Haris.
Mungkin sebab dia boleh menangis dengan baik,
tu yang semua orang pun ikut nangis kot..hihi.
Maya Karin sebagai Izzah, aku rasa dia berjaya bawa watak itu,
cuma slang percakapannya harus lebih melayu.
Ada kureng sikit, bab dia mengaji pun tak menusuk.
Tapi lain-lain dia memang menjiwai watak itu.
Aku suka bila dia dah mula bekerja, lebih cantik dia, baju pun kena aje.
Masa kali pertama Mila nak jumpa dia di restoran tu, aku suka baju Izzah di situ.
(
Haha, suka baju pulak dah!!..kihkihkih)
Lisa Surihani sebagai Mila, mula-mula dia muncul dalam cerita ini semua orang ketawa.
Adegan di airport konon-konon baru pulang dari US tu.
Adeh! Pesen rambut apa lah tu Lisa?
Gaya, solekan, semua rasa lain macam aje...
Aku pun ketawa terbahak-bahak.
Dan jujur aku cakap, Lisa tak begitu berjaya bawa watak Mila.
Kurang sesuai dan macam ada kontrol-kontrol aje.
Asyik nak menjerit satu.
Lepas tu ada butir bicaranya yang aku tak dapat tangkap.
Terutama masa dia marahkan Haris di lokasi pengambaran,
ketika Haris kata dia tak nak kahwin dengan Mila tu.
Orang sebelah aku pun cakap,
" Apa Lisa dok bebel tu, tak faham!" (
bukan yang datang dengan aku tu ya)
Tapi satu percubaan yang baik dari Lisa.
Cuma mungkin tak sesuai kot dengan muka dia yang lembut itu.
Babak antara Haris dan Izzah aku paling suka ketika babak di gambar bawah ni.
 |
| Aaron Aziz sangat menjiwai watak masa ini. |
Dari segi lokasi, memang superb! Cantik semua tempat dan pemandangan.
Rumah yang Haris beri Izzah duduk tu cantiklah!
Kalau dapat rumah macam tu bestnya!
 |
| Masa babak ini pun cantik pemandangannya. |
Tak boleh nak bandingkan degnan Novel sangat,
sebab filem biasalah nak cukupkan kuota masa tayangan tu.
Lama sangat kang dah bukan filem pula.
Tapi kalau ada yang ajak aku pergi sekali lagi untuk tengok cerita ini,
confirm aku setuju!!
Ok. Nak tahu aku pergi dengan siapa tadi???
Aku pergi dengan minah kecik dan comel ini.
*
*
*
*
*
 |
Anak dara akulah si Alia, siapa lagi....hehe.
|
Dengan siapa lagi aku nak tengok kan.
Kiranya tadi "
Girls Day Out" bagi kami.
Lelaki-lelaki saja duduk di rumah....hihi.
Kenapa aku ajak dia?
Sebab dia aje yang boleh duduk tengok hindustan dengan aku.
Dia juga yang suka tengok sinetron macam aku.(
Sekarang ni sinetron feveret dia Nada Cinta)
Dia aje, yang kalau tengok cerita melayu tahu menangis.
Dan betul, dia juga menangis tengok Ombak Rindu macam aku.
Sama pulak part dia menangis dengan aku tu....hihihi.
Ayat sambungan dari apa yang aku tulis di atas,
"Sedihnya ibu!!!"
Itulah yang keluar dari mulut Alia.
Aku sendiri tak sangka, air mata dia mencurah-curah juga masa tu.
Cumanya babak mula2 yang tak berapa sesuai untuk anak-anak tu,
memang aku ada tutup mata dia masa tu.
Dia pun ok aje...hehe.
Dan bila saja kami keluar panggung,
dan aku tunjukkan gambar poster cerita Ombak Rindu tu di luar pada Alia.
Tahu apa yang keluar dari mulut dia?
"Alia suka dengan Izzah tu ibu."....hehe
Ok kawan-kawan...
Siapa yang rasa teruja nak tengok Filem ini.
Silalah ke panggung tengok ya.
Tak rasa rugi...memang best untuk cerita-cerita melayu abad ini.
Tahniah buat pengarahnya Osman Ali, juga untuk Aaron Aziz dan Maya Karin.
Aku suka!!!
p/s: ada satu yang tak berapa gemar citer ini. Watak ibu Haris oleh Azizah Mahzan. Aduhai...Seksilah makcik masa baru keluar dari kolam mandi tu...huhu
~ يوس ~