Salam tengahari sahabat blogger,
Terima kasih tak terhingga atas sokongan dari anda semua. Aku tak menyangka ramai yang memberi kata semangat dan dorongan. Sesungguhnya masalah aku ni tiadalah besar sangat kan. Aku bukan nak minta simpati, cuma seperti aku kata, aku suka meluahkan. Bila aku cerita, rasa beban tu ringan dan aku dapat buat kerja-kerja lain dengan selesa.
Kata-kata nasihat dan semangat dari semua, buat aku lebih yakin. Sokongan padu pastinya aku terima dari SRD. Dia yang banyak membantu aku dari belakang. Aku antara insan bertuah yang dapat suami memahami dan banyak membantu. Syukur padamu Ya Allah.
Apa aku nak cerita sebenarnya ni. Sebenarnya saja nak heboh SRD buat dadih coklat. Aku sendiri tak pernah buat, tapi dia buat. Memanglah buatnya mudah, dari serbuk dadih dalam paket yang banyak jual kat supermarket tu kan. (Mesti ramai yang dah biasa buat ye tak?)Tapi ni ceritanya, SRD yang buat. Dia yang beli serbuk dadih tu, dia yang sibuk di dapur bancuh semua tu dan sejukkan di peti sejuk.
Serbuk dadih buah-buahan yang SRD gunakan untuk buat dadih. |
Anak-anak semua terkejut ada dadih coklat kesukaan mereka di dalam peti sejuk. Banyak pula tu. Selalu kalau beli satu tu singgit kan. Dapatlah 3 aje, ni banyak dapat. Puas makan. Itu pun baru bancuh separuh.
Rupa dadih coklat hasil tangan SRD |
Sikit pun dia tak minta aku tolong. Kalau selalu banyak tanyanya. Kali ini, tahu-tahu dah tersedia. Siapa tak sayang suami kan. Lebih-lebih lagi suami yang rajin ke dapur dan selalu manjakan isteri macam ni...ahaks.
Terima kasih bang. Abang memang banyak bantu ibu. Terima kasih atas sokongan abang.
Hari ini juga, Arif ada menunjukkan perkembangan positif. Dia sudah mula hendak menyusu dari botol. Tapi kena ada caranya. Harus pandai pujuk, sambil nyanyikan lagu, baru dia hisap botol tu. Kalau tidak kena caranya, dia masih meronta-ronta.
Tapi kan, bila dia dah mula hisap botol tu, aku pula yang sedih. Sedih tak dapat teruskan azam aku nak beri bf direct sepenuhnya. Sekarang pun dah mula campur dengan susu formula sebab takut bekalan tak cukup selama aku di hospital nanti. Sedih tau!
Apa pun perkembangan ini buat hati aku lega sedikit. Berkat doa dari semua juga. Ya, aku memang semakin positif. Cuma biasalah aku ni kecut perut bila jumpa doktor...hehe .
p/s; Minta maaf ye tak balas komen seperti selalu. Aku nak kurangkan masa di depan pc, tapi hati ni meluap-luap nak menulis juga di sini. Ada masa aku melawat juga beberapa blog kengkawan, tapi tak sebanyak selalu. Harap dapat megerti. Luv u guys.....
~ يوس ~
kita mengerti .. don't you worry !
ReplyDeleterupanya tak susah nak buat dadih tu ye ! nak try lah .. bahannya ada jual kat giant tak ?
teringat ada orang selalu jual dadih kat rumah naik kereta kancil. satu hari dia datang nak pinjam duit .. cuma dua ratus sahaja. nak kirim kat anak nak balik kg .. "minggu depan saya bayar" katanya. sekarang dah lebih 3 bulan, batang hidung dia pun tak nampak.
kita tngk pun dah sodap...ni kan pulak ank2 kita...
ReplyDeletesalam yus... cedapnye dadih.. fav. kite juga.. (^_^)
ReplyDeletesalam yus..wah..hebat hubby yus..beruntung kan yus hubby jenis yg susah senang bersama..pasal menyusu anak tu..sabar je lah yus..nk buat camanakkan utk kebaikan jugak tu..
ReplyDeletemmg seronok kalau suami tolong kerja2 dapur walaupun benda tu simple je ;)
ReplyDeletemoga urusan akak dipermudahkanNya..
Yus...takpe.. dah terpaksa jadi jgn rasa bersalah sebab tak dpt nak sempurnakan susuan ibu tu...
ReplyDeleteAkak pun suka buat dadih sendiri...sbab puas anak2 makan... selalu suka masukkan mix fruit atau nata de coco...
gembira rasa hatikan
ReplyDeletebila hubby sedia menolong
alhamdulillah arif nak gak
menyusu botol
Jom baca: NORSYAHMI DANIEL
@al-lavendari
ReplyDeleteha'ah tak susah pakngah, kalau SRD boleh buat, mesti pakngah pun boleh. Senyum simpul makngah nanti...:)
@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
ReplyDeleteKakD suka makan dadih juga ye..
@MuMMy CHoMell
ReplyDeletesalam,
dulu feveret saya, tp skrg faveret anak2. Nak makan banyak kesian kat mereka..hehe
@suri solehah
ReplyDeletetulah suri, kena redha kan.
Takpe, lepas operate, yus akan beri bf saja sepenuhnya. Harap dia masih mau lagi waktu tu. Sekarang pun sentias pam susu untuk dia. Campur sikit2 je dgn susu formula.
@Nadiah Sidek
ReplyDeleteTerima kasih Nadiah.
@aNIe
ReplyDeletetulah kak. Rasa sedih sbb tak dapat tunaikan azam yus tu tak mahu beri dia susu formula awal sangat. Dia baru 6 bulan kan.
Anak2 saya tak suka nata de coco atau mix fruit tu kak. Kalau ada, mmg mereka buang, baik buat plain saja...:)
@Ati Masrif
ReplyDeletealhamdulillah, dia dah mula nak menyusu botol tu walaupun amaunnya sikit2. Masih dalam proses mengenal puting kot..hehe
alhamdulillah yus...good sign dah tu
ReplyDeleteits ok kami sangat memahami..take ur time sis..
ReplyDeleteAlhamdulillah dpt suami yg begitu.. Alhamdulillah juga sbb arif dah mahu menyusus botol, wp rasa sedih tp dah terpaksa kena buat jugalah kan..
ReplyDeleteank2 sis pon suke dadih coklat ni,tak rmai husband skang yg rajin tolong istri..anyway sis folow u,nnti terjah n folow sis ye..
ReplyDeletealhamdulillah..at last arif nk jugak minum susu tu.. :)
ReplyDeletekak yus...cma suka dadih..yg perisa coklat tu...nyum2..nk 4 bole..he3..
ReplyDeletetahniah utk arif..nak juga dia minum susu..
betuahnye akak en usben tlg buatkan..
sweetttt..
xpe..cma pun mengerti...bila2 je bole terjah teratak cma ni...:p
ape pendapat kak yus ttg pengurusan kewangan??..
ReplyDeletekongsi jom..kalo ade luck bole menang rm200 taw..
cma de tag utk kak yus..sila buat ye...
http://shiemacma.blogspot.com/2011/02/contest-5-5-5-deqdeq.html
Alhamdulillah:-)
ReplyDeleteChaiyok kak!
Kak Yus..rasa terharu kan bila suami masuk dapur kita jg ank kat luar..tapi kalau saya asik g tgk je dia kt dapur tu hehe
ReplyDeleteCuaca panas2 ni mkn dadih sejuk nikmat je lalu kat tekak kan hehe