Sunday, February 13, 2011

Home » » Bila lain yang suami cakap, lain pula yang isteri faham

Bila lain yang suami cakap, lain pula yang isteri faham

Aku dah selamat kembali ke Senggarang. Siapa yang bila cuti sukahati? Sila angkat tangan :wavey

Aku sukahati sebab dapat jalan-jalan, pergi sana sini. Tapi bila sampai rumah, sukahati tu hilang, sebab penat, banyak kerja yang kena di selesaikan.

Contoh? Dah dua kali mesin basuh tu berpusing, baju ada sebakul besar belum lipat, kena kemas beg lagi, perut dah mula lapar ni, kenalah masak juga sekejap lagi..huhu. Baju anak-anak sekolah dan baju kerja suami pun belum siap bergosok. Tu yang buat kurang sukahati tu...:D

Apa pun apa kaitan cerita di atas dengan tajuk? Sebenarnya ini rentetan dari entri aku sebelum ni duit lagi...

Perkara yang pertama aku tengok bila buka blog mestilah komen dari kawan-kawan semua kan. Ada beberapa komen aku baca mengatakan 200 hengget untuk buat alignment kereta tu mahal. Aku pun kompiuslah kan. Bukan aku yang pergi buat alignment ye kawan-kawan. Sudah tentulah SRD yang pergi hantar kedai kan.

Jumaat lepas, selesai saja dia buat alignment tu, sampai saja rumah, benda pertama yang aku tanya, "berapa kena bang?"

Dan dia jawab, " 200". Dalam hati dah terasa mahal, yelah sampai 200 kan. Tanya juga, "200 buat aligment?" Sekali dia jawab, "yelah untuk dua tayar". Selepas daripada tu dah tak tanya lebih-lebih. Memang dah tahu alignment tayar dah lari, aku pulak yang berlanggar dengan motor menyebabkan semua tu kan. Tanya lebih-lebih takut kena smash pulak kang. SRD pun nak pergi solat Jumaat selepas tu. Aku pula terus buat entri dari apa yang aku faham kena 200 hengget. Mahai tu!!

Tapi bila ada yg sependapat dgn aku mahal, makanya hari ini, tanya lagi, " kenapa mahal ye bang? Kawan-kawan blog kata mahal, Ana buat aligment 20 ringgit je, kenapa kita 200?"

Ayat kena baik sikit, dalam hati cuak juga. Rupanya tulah, suami cakap lain, kita faham lain. Entahlah masa bila dia menerangkan, kita pun tak berapa nak dengar kan..:p.

Jumlah keseluruhan memang lah lebih kurang 200 hengget ,tapi ada benda yang kena tukar. Apa ke benda alah nama dia, aku kurang arif lah ye. Camber bolt di tukar dan kena adjust pump camber dia. Kena tukar untuk dua-dua tayar depan, sebab benda tu dah bengkok, kalau tidak tak boleh masukkan tayar semula. Begitulah kiranya yang aku faham kali ini. Kalau salah faham lagi tak tahulah kan...:)).

Apa pun aku memang kurang arif pasal kereta, tahunya bawa kereta saja. Tapi ada hati nak tulis cerita pasal betul kereta....:p

Duit tetap melayang kan, nasib baik SRD tetap tersenyum. Suami aku ni memang suka sengeh orangnya, tu yang aku sayang dia..hehe.

Oklah, malas nak merepek lagi. Terima kasih kepada semua yang sudi tinggalkan komen untuk entri sebelum ni. Aku tak berdaya nak jawab satu persatu, rasanya entri ini merangkumi jawapan juga kan, untuk semua.

p/s: Nak makan sukun goreng yang ada atas meja tu, yummy ;). 
~ يوس ~

20 comments:

  1. salam...samalah kita.bukan pandai sgt bab2 repair kereta ni.kalau bawa sendiri pi bengkel apa yg mekanik tu kata kena tukar semua ikut ja..pastu jenuh la menggagau nak bayar..hehe

    ReplyDelete
  2. teringat pakngah entri tukar ekzos hari tu, dari RM250 akhirnya terbang RM800. lebih kuranglah ceritanya.

    ReplyDelete
  3. biasalah dah nama ke bengkel
    memang ada je yg nak di buat.

    ReplyDelete
  4. @ieda
    betul kan. Saya mmg tak pernah pergi bengkel sendiri, semua suami yg urus..huhu

    ReplyDelete
  5. @al-lavendari
    Tulah kan pakngah. Kita ingat sikit je yg perlu di ganti, tp sebenarnya banyak benda juga..

    ReplyDelete
  6. @sayangsayangibu
    kalau dah ada kereta mmg kena tanggungle kos pembaikkannya kan.

    ReplyDelete
  7. akak pom jenis tak amik port sal kete..tau2..hubby kata tukar tayar..tukar rim, alaiment ka..apa ka..xamik tau..heheh

    yg akak tau..bw kete dan isi minyak ajo..hehe

    kdg2..terfikir gak nk amik tau..tapi smgt tu xde lagi..

    ReplyDelete
  8. oo..patutlah mahal. Hehe..Ana pun pernah tukar chamber bolt tu. Sepasang kene 50-60 inggit kot..tak ingatlah tapi rasa nak menangis juga bayar. Huhu..

    ReplyDelete
  9. salam...pengumuman

    tq tq krn join titanic contest pertama kami...walaupun tak berjaya memenangi hadiah utama kami family kembar 3 tetap menghadiahkan saguhati kpd penjoin2 contest kami....

    sila ke....

    http://permataibu407.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-berjaya-didalam-titanic.html

    jangan luper hanntar maklumat lengkap kpd emel kami utk penghantaran hadiah.....'

    anakibu407@gmail.com

    ReplyDelete
  10. saya pun tak reti gak psl kereta.kalau tanya kat suami, suami explain..saya pun tak fhm :p

    ReplyDelete
  11. kes tak abis dgr la akak ni ek..heheeh

    ReplyDelete
  12. salam yus..untunglah yus ,suami yg tolong anatar bengkel,.kalau saya..mesti nak kena hantar sendiri ..bukan apa..hubby jenis ikut je apa org cakap hehe..kalau kita ada nk argue skt..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum..
    Akak tertinggal keretapi plak. Maklum le cuti keje ofis sibuk jadi bibik plak. Akak pun sama, tau bawa & isi minyak je. Lain2 tak mau tau.

    P/s: kalau ambik tau nanti kena half2. Hehehehe

    ReplyDelete
  14. @sarah-najwan
    orang lelaki kalau pasal kereta semua mereka tahu kan kak. Kita ni memang malas nak ambil tahu sebenarnya..hehe

    ReplyDelete
  15. @Misz Sephia
    kete ana sepasang pun dah 50-60, kete kitorang ni sepasang dah seratus lebih..huhu

    ReplyDelete
  16. @anakibu
    tq anakibu. Dapat juga hadiah saguhati rupanya..hehe

    ReplyDelete
  17. @Nadiah Sidek
    betul tu nadiah, punya panjang berjela dia explain pun bukannya faham sangat. Adalah sikit2 masuk kat otak..hehe

    ReplyDelete
  18. @atie
    hahaha, tulah atie, tak habis dengar dah buat entri...hihi

    ReplyDelete
  19. @Kak Sam
    walaikumsalam kak sam

    betul tu, kalau ambik tahu, kenalah tahu semua kan, separuh2 sama je mcm tak tahu ye tak?

    ReplyDelete
  20. @suri solehah
    oo ye ker? Terbalik dgn saya lah ye. Saya biasa ikut je, semua dia yg urus. Dan Suri, suami saya lebih pandai dalam tawar menawar, saya mmg tak pandai, dia boleh dapat harga pling rendah kadang tu..huhu

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...