Tuesday, February 22, 2011

Home » , » Langkah seterusnya....apabila aku dapat tahu aku ada retinal detachement

Langkah seterusnya....apabila aku dapat tahu aku ada retinal detachement

Ok, aku dah ok sikit. Terima Kasih kepada semua yang memberi kata semangat. Really appreciate it. 

Bila hati dah jauh dari gundah gulana dan rasa sedih tu, makanya aku pun ambil langkah pertama untuk tindakan seterusnya hari ini.

Ini adalah untuk catatan aku sendiri, apabila aku tahu aku dapat penyakit ini. Harap anda tak bosan. Kalau tak mahu baca tak apa, tapi mana tahu, satu hari nanti ada yang mendapat penyakit serupa macam aku, dapatlah di ambil panduan kan.

Semalam klinik pakar mata Masran dan Tg Kamal kan dah beri aku surat rujukan untuk di bawa ke hospital Melaka. Makanya tadi aku cari-cari laman web hospital Melaka, untuk dapatkan no contact. Bolehlah aku telefon dulu tanya apa yang patut sebelum terjah saja kan.

Dapat no yang di cari, terus aku call. Aku minta di sambungkan ke Eye Clinic Hospital Melaka. Aku pun menjelaskan serba sedikit, dan kemudian aku tanya kalau-kalau aku boleh ke sana hari Sabtu atau Ahad. Saja tanya soalan bodoh kan, mestilah jawapannya mereka tak bukak..huhu. Perbualan aku dengan receptiont Eye Clinic Hospital Melaka tu lebih kurang macam ni ye, (Aku malas nak tulis semua)

Kalau saya pergi Sabtu atau Ahad tak boleh ke?

Mana boleh dik, tak bolehlah kami nak pergi dating nanti. (apakah???, jawapan buat aku tergelak ok!)

Ok, lah kalau saya datang Jumaat ni, boleh terus jumpa doktor ke? Saya dari Senggarang ni. Jauh juga nak ke sana.

Ada kes apa ni dik?

Saya ada retina problem, perlu di rujuk ke sana untuk buat Vitreoretinal Surgery. 

Oh! Adik boleh datang dulu bawa surat rujukan tu. Kami akan tengok macam mana. Tapi rasanya sekarang memang takde kosong dik, mungkin bulan 8 baru boleh buat?

Ha! Bulan 8? Lama tu? Tak boleh jumpa je doktor dulu bincang. Kena buat appointment ke?

Boleh. Datang dan kita lihat macam mana. Kalau kes adik teruk, paling cepat within 1 month dah boleh proceed untuk bedah. Tapi nak cepat dari tu susah sikit biasanya.Kalau kes biasa saja, memang bulan 8 saja yang kosong lagi...

Oklah, saya datang Jumaat, InsyaAllah.

Begitulah kiranya perbualan aku tadi serba sedikit. Huh! Kalau bulan 8 baru boleh operate, lamanya kan! 

Terus telefon SRD beritahu maklumat terkini. SRD pula kata dia dah bincang dengan beberapa rakannya. SRD kata boleh rujuk dengan PKU (Pusat Kesihatan Universiti )dulu. Nanti dia akan tanya pendaftar. Sebab kalau surat rujukan yg di bawa adalah dari pihak uni dan bukan dari perseorangan, mungkin tak perlu bayar mahal atau cepat sedikit prosesnya. Wallahu alam.

Petang ni, kalau jadi, mungkin perlu ke PKU pula.

~ يوس ~

18 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM..

    semoga sdri tabah hadapi cobaan ini..kami senantiasa mendoakan kesejahteraan awak...

    ReplyDelete
  2. sian akak..xpe la kak cuba sedaya mungkin, moga dapat buat yang terbaik.

    ReplyDelete
  3. Semoga masalah Yus dapat diatasi dengan segera. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. semoga tabah menghadapi dugaan ini.. insyaallah masalah en.yus pasti ada jalan penyelesaianya..

    ReplyDelete
  5. harap2 penyakit ni dpt diubati..bersabar ya dgn ujian ALLAH...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...
    Semoga tabah menghadapi dugaan yang datang. Berusaha dan bertawakal. Insyaallah semuanya akan ok. THINK POSITIVE!!!!

    ReplyDelete
  7. semoga tabah ye hadapi semua ni...
    harap2 semuanye berjln dengan lancar...

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah, semangat kak yus dah kembali stabil. harap kekal sampai habis treatment tau.

    akak, step by step okeh. tabah, sabar, tawakal dan usaha. cayang akak!

    ReplyDelete
  9. Mami harap Kak Yus sabar dengan dugaan yang menimpa Kak Yus. Kami rakan2 akak akan mendoakan supaya akak sembuh seperti sedia kala..

    ReplyDelete
  10. salam yus..baru dapat ke sini..terlepas munkin cerita sebelum ni..cuma dari apa yg dibaca..harap yus bersabar dengan ujian yg diberi pada yus..harap lepas ke PKU tu nnati semua akan ok..

    ReplyDelete
  11. sis, sabarlh....Allah maha besar..

    ReplyDelete
  12. akak harap seme akan ok deh..yus..

    ReplyDelete
  13. Salam kenal kak yus..get well soon yaa
    Be strong..may allah bless u

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Yus...
    Deeja tersentak gak bila bc catatan Yus kali nie.Bukan pe,deeja pon rabun gak,riso ati.Xpe la Yus,bnyk2 brsabo ye...tu satu ujian buat kita.Usah takut ngn pembedahan ok,lgpun Uwais yg kecik pon nk kena operate nie bila dh umo sethn...tabahkan ati ye.InsyaAllah,semo ok nanti

    ReplyDelete
  15. baru boleh buat komen..opis dengki tak boleh sign in blog

    takpelah akak buatkeputusan yang terbaik untuk diri akak dan keluarga ye...jue doakan segalanye terbaik untuk akak

    ReplyDelete
  16. Semoga kak yus sabar menempuh ujian ni, kuatkan semangat. InsyaAllah setiap penyakit ada penawarnya. Saya doakan yang terbaik untuk akak.

    ReplyDelete
  17. assalam yus..semuga semuanya cepat dapat diselesaikan..insyaaallah..

    ReplyDelete
  18. semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...