Baru balik dari ambik budak-budak sekolah. Aku berlanggar dengan motor. Aku pun tak pasti motor tu datang dari mana. Yang aku nampak ada kereta aje, dan aku yakin kereta tu jauh lagi. Aku pun belok lah masuk simpang. Tak sempat aku masuk motor tu berdegang langgar livina aku...huhu.
Rasanya motor tu di belakang kereta tu, tapi ntah macam mana dia boleh ke depan, dah aku betul-betul tak nampak dia.
Alhamdulillah si pembawa motor tak cedera, penumpang di belakangnya saja melecet sikit. Aku nampak yang duduk belakang terjatuh, yang bawa motor ok jelah atas motor tu. Tayar depan motor dia bengkok sikit, livina aku pun melecet sikit.
Aku terus seriau. Dulu masa peknen kan Aqil pun aku pernah berlanggar dengan motor macam ni. Masa tu memang remuklah bontot wira SRD tu.
Abang yang bawa motor tu minta settle tepi. Dia kata yang penting moto dia dapat kembali ke asal. Takdelah tayar bengkok lagi. Aku tak tahu nak selesai macam mana. Agak panik + Arif dah melalak sakan dalam kereta. Terus telefon SRD minta dia datang.
Tunggu punya tunggu dah hampir 10 minit. Aqil dan Alia dan nak keluar kelas. Aku minta pada abang motor tu untuk parking depan sekolah. Dia ikut aje kereta aku...huhu. Takut agaknya dia aku lari. Aku minta no hp dia dia tak nak kasi, no aku pun dia tak sibuk mintak.
Akhirnya selepas Aqil dan Alia keluar baru SRD sampai. Terus SRD yang selesaikan. Bawa dia ke kedai motor berhampiran.
Aku terus balik, sebab anak2 nak ke sekolah agama pula. Dalam hati masih dup dap dup dap. Nak masuk simpang pun terus jadi takut-takut...huhu. Aku bagi signal tau. Tak pernah aku lupa beri signal, tapi tulah benda dah nak jadi nak buat macam mana.
Syukur sangat tiada luka besar atau apa. Kalau tidak aku akan rasa bersalah seumur hidup. Baru semalam melihat seorang mamat motor terlentang kat jalan di lebuh raya AMJ masa pulang dari Melaka. Dia berlanggar dengan lori, hari ini aku pula berlanggar dengan penunggang motor. Bahaya sebenarnya bawa motor ni kan. Aku kena lebih berhati-hati selepas ini.
~ يوس ~
kadang2 saya lihat sesetengah orang yang bawa motor ni macam sengaja nak cari nahas. tapi bukan semua !
ReplyDeletesalam
ReplyDeletemmg kita kena berhati2... malang tak berbau kan... ngeri je tgk excident camni.. ~
kdg2 dlm kiter berhati-hati org lain yg tidak berhati-hati...
ReplyDeletealhamdulillah semua tak ape-ape..
saya pun bawak motor gak tp tak suke cilot..just rempit je hehehehee
ReplyDeleteTindakan yang bijak membawanya terus ke kedai motor, repair apa yang patut dan terus bayar. :)
ReplyDeletePenunggang motor memang selalu membuatkan kakcik kering darah! :(
@al-lavendari
ReplyDeletebetul tu pakngah. Memang ada yg mcm nak cari nahas, tak sayang nyawa sendiri. Tapi macam pakngah kata bukan semua...
@♥ manje ♥
ReplyDeleteakak mmg ngeri kalau tgk kemalangan, bila terjadi pada diri sendiri mcm ni, walaupun kecil, hati tetap dag dig dug. Kecut perut sekejap..
@♥ Mrs.Eady ♥
ReplyDeletetulah izwa, malang tak berbau kan...
@sahromnasrudin
ReplyDeletehehe...dulu2 saya pun selalu jadi pembonceng motor..:)
@kakcik
ReplyDeletetulah kakcik. Tapi abang tu tak nak buat kat kedai motor tu, dia orang Benut, nak buat tempat sendiri katanya. So, kami bayar ikut apa yang kedai moto tu estimate lah. Dah dia tak nak buat kat situ..huhu
aduh kesian kak yus...takpelah mujur akak tak de ape2..pasni kena lebih berhati2..biasalh dengan motor ni kita kena lebih perhatiankan dia dari dia perhatikan kita
ReplyDeleteHarap Yus n anak2 semua ok.. Take care..
ReplyDeletenasib baik xapa2...mmg traumakan..
ReplyDeletekdg2 mende nk jadi..kita xjangka pun..
setel trus gtu xpe..xdelah kita sik dok mikir..
nasib tak da apa2 kan...nyawa lg penting dari semua tu...
ReplyDeletemenda dah nak jadi..fikir sepuluh kali pun..mmg dah masa ye kite nak keluar time tu..~syukur akak n anak2 tak ada pape..
ReplyDeletesyukur tak de pape kan kak... fobia betul..
ReplyDeletedapat bayangkan mcm mana perasaan yus
ReplyDeletelani..dulu kak ati time langgar buntot keta org pun cam tu
sampai lani fobia ..
harap2 yus dah ok..tenang ye..
pasai motor tu lagi ler risau
ReplyDeletemy hubby pun bw motor gi kerja
extra carefull nx time ye yus..
sama2 lah kita ye
motor memang fragile. salah tak salah tetap dia juga yang cedera lebih.
ReplyDeletesama-samalah kita berhati-hati di jalan raya. anda mampu mengubahnya. insyaAllah.
motor memang fragile. salah tak salah tetap dia juga yang cedera lebih.
ReplyDeletesama-samalah kita berhati-hati di jalan raya. anda mampu mengubahnya. insyaAllah.
semoga akak n anak2 selamat...yana selalu bawak motor tp lebih risau bawa orang lain,diri sendiri jatuh luka tk berapa risau...
ReplyDeletenasib baik dua2 xde ape2..alhamdulillah...
ReplyDeletecma pon agak serem nk merempret..bila terpaksa je..
@CiK JuE
ReplyDeletebetul kan Jue. Kita kena awas dgn moto, moto ni kadang tak kisah pun lori besar lalu sebelah, laju aje dia..huhu
@Ajzie
ReplyDeletetq ajzie, alhamdulillah semua ok
@sarah-najwan
ReplyDeleteha'ah kak. Nasib baik kecil saja dan takde apa2 yg serius. Boleh settle terus, kalau tak pening juga
@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
ReplyDeleteBetul tu, kalau sudah melibatkan nyawa lagi susah, minta di jauhkan
@atie
ReplyDeletetulah atie, benda dah nak jadi, alhamdulillah semua dah settle
@Aku Ibu Muda
ReplyDeletememang sedikit fobia bila terlibat dlm kemalangan walaupun kemalangan kecil
@Ati Masrif
ReplyDeletesaya dulu masa pernah gak berlanggar dgn moto, habus remuk bontot kereta, masa tu mmg fobia giler..
tulah kena xtra carefull next time
@izawati ahmad
ReplyDeletebetul tu, penunggang moto lebih terdedah kepada bahaya di jalan raya
@ermayana a.k.a mrs mahzan
ReplyDeleteakak mmg tak pernah bawa moto sejak kahwin ni, takut ..huhu
@Cma Shiema
ReplyDeletebila terpaksa adalah merempit ye?...hehe
Mcm kete Ana yg kemek kt pintu blkg mcm tulah..Ana dh bg signal tapi dia x nmpk gak. Tgk muke mcm mengantuk je..
ReplyDeleteSian Cik Bibah saye!
Sib baik, sume selamat!
@Misz Sephia
ReplyDeleteapapun alhamdulillah semua selamat. Kalau ada cedera ke apa ke lg susah kan
Alhamdulillah semua selamat... kadang2 kita dah cukup berhati-hati masa memandu, tapi kejadian camni memang tak boleh dijangka. terutama penunggang motosikal ni, amat terdedah kepada bahaya.
ReplyDeletedulu pun yus pernah xcident... memang fobia, tapi terpaksa jugak beranikan diri bawak keta sbb susah nak pg kuliah dan bergerak ke sana-sini.
harap kak yus ok...
@~Yus~
ReplyDeletemula2 lepas accident mmg fobia kan. Tapi tulah, kena kuatkan semangat semula, kalau tidak tak bergerak kemana kita..