Monday, February 14, 2011

Home » , » Walimatul Urus di Selayang

Walimatul Urus di Selayang

Sabtu baru ni, 12 Februari 2011, kami sekeluarga ke Selayang untuk menghadiri majlis persandingan dua pupu aku. Kami bertolak dari Melaka lebih kurang pukul 10 dan sampai sana dalam pukul 12 rasanya. Macam tak berapa ingat pula sebab tak tengok jam sangat. Kalut dengan anak-anak.

Majlis di adakan di ruang legar di sebuah kondominium yang cantik. Apa ke nama kondo ni aku tak ingat...hehe. 

Ok seperti biasa layan gambar ye.

Pelamin tu di buat ni ruang rehat di bawah kondo tu. Simple tapi cantik. Ada kolam renang berdekatan ruang legar majlis berlangsung. Anak-anak aku tak keruan tengok kolam renang depan mata, semua kalau boleh nak masuk dalam.

Tema pengantin merah dan putih. Cantik dan menarik.

Emak dara dan anak daranya mengambil peluang posing berdekatan swimming pool. Kalau lah ada bawa baju, rasa nak terjun je masuk dalam, tapi tulah tak tahu ada kan...:p, kalau tahu ada dah bawa baju agaknya.

Aku bersama emak. Selepas tengok gambar ni, rasanya aku ikut rupa emak atau rupa ayah aku ye? Umie, hari tu kata akak ikut rupa ayah kan...:) 

Ayah aku bersama bapa pengantin@sepupu ayah@bapa saudara aku lah kan.
Apa yang bestnya majlis di Selayang ni ialah lauk cendawan masak lemak cili apinya. Sedap weh!! Aku siap tambah semangkuk untuk lauk itu saja. Tapai pulut pun sedap, satu lagi ada mee bandung. Semua makanan aku bedal. SRD kata perut aku besar, sebab dia dah takde ruang nak makan mee bandung tu, aku boleh lagi....:D.

Pergi balik hari saja. Hari itu memang lepak rasanya. SRD paling kesian, sebab dia driver, orang lain dapat tidur dalam kereta, dia tidak. Kalau takde majlis seumpama ini, entah bila nak sampai Selayang atau tempat-tempat lain yang jauh-jauh sikit dari rumah ni kan.

Ayah paling seronok kot, dapat jumpa saudara-mara.

 ~ يوس ~

16 comments:

  1. seronok kan jalan jalan makan makan dan
    masuk kereta tido.. ;p
    tp kesianlah en abang .

    ReplyDelete
  2. emm akak cam ikut rupa ayah jer...(",)

    ReplyDelete
  3. cantik pelaminnya.. skrg ni mmg trend warna merah kot.. sbb byk juga pergi wed yg temanya gitu.. sgt cantik kan.. bila time jalan2 mmg en driverlah yg kesian kan.. tp saya kdg tu tukar2 driver jgk.. he..he.. senyum yus mcm ayah dialah..

    ReplyDelete
  4. gi jln2 mghadiri apa2 mmg best masa pergi tu..

    tapi bila blik umah..pakat monyok belakow sb keletihan..huhu

    itu situasi kelaurga akak..hehe

    ReplyDelete
  5. Yus,

    dah dekat dah tu..
    kalau tak boleh kita jumpa-jumpa.

    ReplyDelete
  6. @sayangsayangibu
    hihi, tulah kesian kat cik abang. Saya nak tukar bawa pun tak boleh, takut tiba2 anak nak menyusu...(alasan lagi)

    ReplyDelete
  7. @ermayana a.k.a mrs mahzan
    anak perempuan ikut rupa ayah sejuk.....oklah tu..hehe

    ReplyDelete
  8. @Hanis Azla
    ha'ah, dah beberapa kali saya ke majlis kahwin temanya merah putih atau merah hitam..

    anak ayah...:)

    ReplyDelete
  9. @sarah-najwan
    samalah kak, monyok sbb penat, sayalah tu..huhu

    ReplyDelete
  10. @a.z.r.i.n.a.03.07

    reen, duduk dekat2 Selayang ye? Kalau tidak boleh jumpa2 kan..:)

    ReplyDelete
  11. kak yus, saya masih nampak muka akak resemble to ur father..hehe..

    ReplyDelete
  12. sedapnya kenduri ade lauk masak lemak cili api cendawan... feveret jugak tu...


    dah klik HB yus utk kunjungan kali ni.. ;)

    ReplyDelete
  13. @Umie
    hehe..mak akak ada mcm cina sikit kan, oklah tu anak ayah..hihi

    ReplyDelete
  14. @kakyong
    tulah kakyong, mmg sedap lauk tu.

    Tq...:)

    ReplyDelete
  15. meriahnye..pelamin merahh makngah..
    he3..

    ReplyDelete
  16. @Cma Shiema
    sekarang ni tema faveret merah kan. Kemana2 pun nampak merah

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...