Anda suka minum susu? Aku percaya ada yang suka minum susu, tapi ramai juga yang alergi dan tak suka minum susu. Aku pernah terbaca di blog siapa entah (tak ingat pulak), dia kena minum susu sebab peknen, tapi tak boleh sebab memang dia tak suka susu, lebih-lebih lagi susu segar atau yang full cream tu. Jadi untuk memastikan dia dapat juga khasiat susu, minum susu yang berperisa pun ok juga.
Aku pula kategori orang yang suka minum susu, tapi selalu lupa atau kesian kat anak-anak yang memang sangat obses dengan susu. Keluarga aku ni, susu tu adalah diet penting seharian. Semalam hari gaji kan, makanya stok susu yang dah habis dua hari terpaksa di beli. Anak-anak dah mula bising sebab tak dapat susu.
Inilah susu yang mesti ada dalam rumah ni. |
Kalau ke pasaraya, biasanya kami akan beli 6 kotak besar ni sekali. Itu stok untuk seminggu, tapi kalau tak di pesan, boleh habis dalam masa 3 hari saja. Anak-anak aku semua suka susu.
CocoPuff |
Biasanya mereka guna susu untuk di makan bersama CocoPuff ni. Stok cocopuff pula haruslah ada 4 paket serupa di atas untuk 2 minggu. Aku pun suka sebenarnya...huhu.
Kalau aku terlambat buat air manis di rumah, semua bantai minum susu. Bercawan-cawan. Boleh bankrap macam ni. Mahal pulak susu kat Malaysia ni.
Anak-anak aku gemar minum susu dan makan yogurt mungkin sebab dah terbiasa masa di UK dulu. Dulu kalau di sana, kami selalu beli susu ASDA .
[gambar]: ehsan google |
Susu ASDA fresh whole milk macam tu biasanya 1 pint baru 35p. Itu harga masa kami di sana. Sekarang aku check online dah 45p. Biasa kalau 1 pint tu satu hari dah habis. Kadang-kadang kami beli 2 pint untuk 1 hari. Sana harga murah, ialah tak sampai 1 pound pun kan, walaupun kalau di convert duit kita, besar juga nilainya tu.
Buat teh atau kopi susu pun guna fresh milk tu aje. Memang sangat suka minum susu. Bila balik sini, memang terasa sebab susu harganya mahal juga. Susu tin atau susu tepung pun mahal. Aqil dan Alia dulu, lepas bercerai susu dengan aku, semua minum susu whole milk tu saja. Masuk dalam botol. Sebab tulah agaknya mereka suka sangat susu sampai sekarang. Abid pun sama.
Banyak sebenarnya khasiat susu ni. Dua gelas susu daripada rumusan susu yang disyorkan sudah memadai dalam memenuhi keperluan minimum kalsium tubuh kita. Tapi aku pelik juga. Anak-anak aku semuanya sangat suka minum susu, tapi semua pun kecil-kecil, rendang-rendang tak tinggi pun...huhu.
SRD selalu kata, "semua ikut baka abah ye. Kenapalah tak ikut baka ibu, tinggi lampai macam pakngah dan poksu kamu"....
Apa pun yang penting anak-anak ibu sihat semuanya. Selagi abah termampu, pasti abah belikan susu untuk kamu semua kan...
Anda pula bagaimana? Suka tak minum susu?
~ يوس ~
sy suka dutch lady strawberi..sedap tul..my laling plak minum yg coklat..2 kali minum ajer dh hbs sekotak..mmg leh bankrap..
ReplyDeletesusu dutch lady tu mmg selalu ada kt rmh cz asya suke minum y kotak biru.. lya plok suka y hijau sbb lg fresh..
ReplyDeletejawabnye if mkin mahal lepas ni kenalah bela lembu... fresh terbaik dari ldg..hehe
ReplyDeletekita selalu guna susu tepung fenleaf
ReplyDeleteuntuk buat air milo ke..nescafe ke
atau minum susu je ..
2kg untuk sebulan..sedap rasanya
lagipun kak ati kan masih breast feed syahmi lagi..hihi
citer pasal susu ni, kakak Auni tu dah nk masuk 24 hrs kot tak minum susu...alkisahnya, tukar minum isomil sementara diarrhoea ni.
ReplyDeletems mula2 tukar, nak je minum..ptg semalam dah x mau. tapi dia x ngamuk...cuma macam x keruan je nengok...nak ilangkan lapar tu mmg byk lah dia makan nasi...pastu mintak nak air je...
oo..patutlah dia orang selalu
ReplyDeleteje ..minum susu botol ..rupanya murah yek..
family akak pun suka minum susu juga.. susu segar mmg mahal kan.. tapi dah suka hadap ajelah membelinya.. makan dgn cornflakes + coco crunch mmg marvelous..
ReplyDelete@mrs_zura
ReplyDeletekalau yg berperisa tu pun kami semua suka. Aqil suka yg coklat, Alia suka yg strawberi. Tapi tu le, hari2 nak minum, mmg boleh bankrap..huhu
kak, saya pun sukaaaaaaa sgt fresh milk ni..wajib ada kat umah..anak2 pun suka, tapi saya suka brand HL..kalau ada duit lebih, saya prefer beli susu Farmhouse...lagi sedap...
ReplyDeletesaya suka perasa coklat..satu hari leh habis 2 kotak=250ml tu, tapi time awal2 pregnant tekak xleh telan susu pulak..semalam try susu friso gold mum tu sedap plak
ReplyDeleteakak kan ada angin gak minum susu ni..
ReplyDeletetime rasa cam kureng kalsium tu..mulalah cari susu..hehhe
utk santapan cococrunch anak4..akak belasah buat ngan susu tepung mek sarah je..heheee
hnye boleh minum susu coklat jekk...yg lain tak boleh masuk or telan..huhuhuh...
ReplyDeleteelo..mekasih dtg tmpat saya..saya tak suka minum susu,tp skrg nak kasik anak suka minum susu.dai baru 1 1/2thn tp da ajar minum full cream hehe
ReplyDeletekakD memang tak suka susu..entah knapa...hairan Bin ajaib...
ReplyDeletemasa kecik2 mak kt kakD ni pantang tngk susu...tak kira susu utk kakD ka susu utk tok@tokwan ka mak punya ka..semua kakD bantai...
tapi skg dah tak lalu...bila bau ja dah nk muntah...
akan tetapi klu dlm mknan bila bubuh klu tak berbau tak pa...klu berbau mau nya makanan tu keluar blik...
kak yus..atie lactose intolerance..mmg BIG NO ngan susu..mahupun makanan dairy~huhu
ReplyDeleteaku suka mnm susu. tpai takde la sampai wajip nak mnm setiap hari. kalau ada.. ada la.. kalau xder.. xper..
ReplyDeleteank no. 1 & 2 hny mnm susu berperisa coklat. yg kecik tu.. mnm susu anmum..
Heheheh rendang pun tapi sihat takper.
ReplyDeleteBaguslah amalam minum susu ni. Benda baik menjadi amalan.
Nabi pun minum susu kambing, kan?
Percaya tak, Kak Azie masa kecil2 dulu mak ayah bagi kami minum susu kerbau. hehehehe
susu ducthlady tue memang sentiasa ada..kalau tak ada x sempurna rasanya he3...
ReplyDeletenape la niesz susah nk telan susu, tgk pon da rase loya..ade tips x kak mcmane nk bg senang minum susu..ehe..susah la kalau pregnant nnti..
ReplyDeletebagus nya anak2 yus minum susu..anak akak yg lelaki 2 org tu..langsung takleh minum susu...terus mun*ah..kdg tu risau pasal kalsium diaorg...
ReplyDeletemummiey pun suka minum dutch lady...biasa yang ada kat umah otol biru dan hijau tu la...yang anak2 pulak coklat dan strawberi! cepat je habis kalau duk dalam peti tu...
ReplyDelete*mummiey da 30! :D
skrg hari hari minum susu kambing
ReplyDeleteyus,
ReplyDeleteakak pun suka shopping di asda gak dulu..mmg besttt
akak ada tag utk yus lagik kat sini ye
http://ourdreamsoflifecontest.blogspot.com/2011/01/uyeehs-3rd-birthday-giveaway.html
@LYAfrina
ReplyDeleteyang hijau mmg lagi fresh tapi rege pun lagi mahal kan..huhu.
Saya pun prefer yg hijau juga, tp mengenangkan budget dan semua mmg obses dengan susu, beli yg biru sajalah...
@ermayana a.k.a mrs mahzan
ReplyDeletehahaha..ketawa akak baca komen Yana ni tau. Takde tanah le nak bela lembu. Nak letak lembu kat mana?...huhuhhu
@Ati Masrif
ReplyDeleteanak yus tak berapa suka susu tepung...kalau suka, pasti yus dah beli juga. Satu lagi ibu dia malas nak bancuh kot..kihkihkih
@Aku Ibu Muda
ReplyDeleteOk le kalau dia nak makan dan minum air. yang takutnya kalau semua dia tak mahu. Tapi risau juga kan, umur sebaya Auni, memang masih perlukan susu untuk membesar...
@Ati Masrif
ReplyDeletetak perasan kak ati beri dua kali komen.
ha'ah. berbotol2 kalau minum susu tu.
@Hanis Azla
ReplyDeleteSamalah kak. Tapi anak2 yus kadang2 je minta cornflakes, lebih suka cocopuff tu...hehe
@wahida
ReplyDeleteAkak pun suka brand HL, tapi sebab hari2 wajib ada susu dalam kuantiti yang agak banya, tak larat le nak beli HL selalu..huhu
@qemaishak
ReplyDeletesusu friso gold mum sedap ye.
bagi akak le semua produk susu sedap...cheese pun sedap..hehe
@sarah-najwan
ReplyDeletehehehe..semua bantai susu sama dengan mek sarah ye. mek sarah minum susu apa kak?
@Mrs.Eady
ReplyDeleteOklah tu, susu juga kan..:)
@Hidayah
ReplyDeletehehe, saya pun sebenarnya ajar anak2 minum susu full cream dari umur mereka 1 1/2 tahun..hihi
@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
ReplyDeletelar ye ke kak. Ni kes dah terlebih sangat susu masa kecik kot..hehe.
Teringat pula citer mak yus. Mak yus kata, dulu2 masa dia anak dara, duduk rumah mak sedara, hari2 mak sedara tu masak ikan kembung. Hari2 makan ikan kembung, akibatnya skrg dia tak boleh mkn n tengok ikan kembung. Terus loya. Hairan bin Ajaib juga kan...:D
@atie
ReplyDeletekalau dah alergi tu apa boleh buat kan....
@kakngah
ReplyDeletesaya pun tak wajib ada, tapi anak2 yg wajib ada..huhu. Mereka semua perisa suka..kasilah apa saja, kalau dah namanya susu, bedal saja...:D
@azieazah
ReplyDeleteSusu kerbau kak? Bukan hanyir ke bau dia...:D
Hehe..rendang-rendang gitu kan kak...alhamdulillah sihat..:)
@Amy Syaquena
ReplyDeletetak sempurna juga untuk anak2 ku semua...:)
@niesz
ReplyDeleteMungkin boleh bertukar kepada susu soya. Soya suka tak?
@suri solehah
ReplyDeleteboleh ganti soya kot, cheese atau yg lainnya pun ada kalsium. Tak pun yogurt. Anak yus Aqil suka sangat cheese..
@mummiey
ReplyDeleteakak perlu sorokkan lepas beli tu. tak boleh letak semua sekali dalam peti ais sekaligus. Kalau tidak kejap je dah habis..huhu
@pB
ReplyDeleteWah! Elok tu kak pb. Anak kuning ke?
@Ina Hashim
ReplyDeleteASDA murah kan kak. Smart price gitu...
Alamak! Ada tag lagi ke? Yang hari tu pun tak terbuat lagi...huhuhu
Bagus anak-anak Yus suka minum susu. Anak-anak Yati minum milo. Dan juga strawberry atau coklat milk dutch lady. Betul tu, susu Anlene dulu Yati selalu minum, perasa coklat. Skrang dah tak beli dah. Mahal.
ReplyDelete@Yati
ReplyDeleteMilo pun anak2 yus suka....:)
Adam alhamdulillah tak kena kuning ....
ReplyDeletecma minum susu kalo perisa coklat..
ReplyDeleteyg plain punye jgn harap nk sentuh..tatw la nape x minum susu..bole vomit ..
kalo en hubby ye..satu susu kotak hl tu dia bole habiskan masa bekpes..
oh susu~~
@pB
ReplyDeleteAlhamdulillah ye kak...
@Cma Shiema
ReplyDeleteAda orang mmg mcm tu ye Cma. Akak alhamdulillah, asal susu je boleh bedal, tak kiralah plain atau berperisa..hehe