Klik untuk baca (image lebih besar) |
Aku tertarik dengan laporan dalam Berita Harian hari Isnin lepas . Ustaz bukan penghalau hantu.Tanggungjawab sebenar pendakwah dalam filem seram perlu di perbetul. Aku setuju sangat!
Kebelakangan ini banyak betul cerita seram di tayangkan, tak kiralah filem atau drama tv. Setiap hari rasanya pasti ada cerita seram ni. Aku pun dah naik meluat. Dulu, pernah di haramkan cerita seram di tayangkan di tv, tapi sekarang ni semakin menjadi-jadi pulak.
Bagai dah tahu pengakhirannya, mesti ada ustaz yang akan menghalau hantu atau jin yang mengganggu dalam cerita tu kan. Anak-anak pun seakan percaya, ustaz ni hero dalam drama atau cerita melayu. Takde ustaz, hantu tak lari...huhu. Takut salah tafsiran, mereka lebih takut kepada hantu daripada Allah.
Seingat aku sejak cerita Jangan Pandang Belakang mendapat kutipan box-office, ramai pengusaha filem dan drama berlumba-lumba untuk buat cerita dari genre yang sama.
[gambar]: ehsan google |
Selepas dari itu, mulalah wujud pula drama Jangan Pandang Belakang. Semua pun nak buat cerita seram.
Drama seram yang aku tengok dari mula episod sampai akhir hanyalah satu iaitu Kekasihku Seru. Suka sangat dengan cerita ni dulu, memang rasa meremang bulu roma dan sentiasa tertunggu-tunggu apa jalan cerita seterusnya.
Drama seram yang aku tengok dari mula episod sampai akhir hanyalah satu iaitu Kekasihku Seru. Suka sangat dengan cerita ni dulu, memang rasa meremang bulu roma dan sentiasa tertunggu-tunggu apa jalan cerita seterusnya.
[gambar]: ehsan google |
Tetapi selepas dari drama Kekasihku Seru ni, aku rasa semua drama seram yang lain mengarut. Malas aku nak tengok. Lagipun aku kalau tengok cerita seram, biasanya akan terbayang-bayang. Baik aku tak tengok.
Kalau aku yang dewasa pun boleh terpengaruh sampai teringat-ingat dengan watak tu, lagilah anak-anak. Memang aku tak galakkan mereka tengok. Ada cerita seram je, aku tukar channel lain.
Kalau aku yang dewasa pun boleh terpengaruh sampai teringat-ingat dengan watak tu, lagilah anak-anak. Memang aku tak galakkan mereka tengok. Ada cerita seram je, aku tukar channel lain.
Sekarang ni filem terbaru yang bakal di tayangkan di pawagam pun dari genre seram. Filem Khurafat. Hmm..tak sangka pula Skop Production pun nak buat cerita seram.
[gambar]: ehsan google |
Aku memang le dah lama tak ke pawagam, apa lagi nak tengok cerita seram. Siapa nak bawak kan. Lagipun ada baby kecik Arif. Kalau di tayangkan di tv pun aku tak tengok. Macam baru ni ada cerita Jangan Pandang Belakang Congkak di Astro. Aku tengok sekejap je, lepas tu tukar channel lain. Boring pula asyik-asyik cerita hantu.
Tapi orang kata, kena ada kepelbagaian dan corak cerita ye tak? Kalau asyik cerita cinta pun boring juga. Tetapi, seperti dalam laporan akhbar tu, tugas dan tanggungjawab ustaz dalam cerita seram tu haruslah di perbetulkan. Apabila watak ustaz hanya di sempitkan sebagai penghalau hantu dan penggunaan ayat suci al-Quran sekadar mantera membunuh hantu ia boleh melemahkan minda kita dan merupakan satu bentuk penghinaan kepada agama. Wallahualam...
~ يوس ~
tak penah tgk citer hantu sbb saya mg penakut.kihkihkihkih..:D
ReplyDeleteala..cter hantu malaysia karut sangat
ReplyDeleteCITER HANTU THAI/KOREA LEBIH REAL KAN???
ReplyDeletesuka nengok cite bokbong..tp bab ustaz tu mmg metul..x semstinya keja ustaz tu menghalau hantu je..bkn ape..risau kalo bdk skrg ni takutkan antu berbanding 'DIA'
ReplyDeleteitulah yg salu kita tgk..da lari peranan..
ReplyDeletetapi xberapa suka tgk citer bokbong..nati jd takut...hhhaha
hahaha..setuju dengan artikel tuh..
ReplyDeletesekarang makin menjadik2 pulak dengan cerita hantu..ustaz laa..dukun laa..0.o
btw, saya bukan peminat cerita hantu.haha..^^'
Saya lebih suka tgk cite kartun daripada cite hantu kak hehe
ReplyDeletemerepek aje semua tu kan ?
ReplyDeletebila saya tak tengok otomatik anak-anak pun tak tengok.
walaupun dorang bising2 kawan2 cerita pasal citer hantu tu, hantu ni, seram tu, seram ni..
Layan CSIs, NCIS, Hawaii-five-0 lagi best
hehe..
yus..akak tak pernah tengok cite seram..akak akan tuklar ke channel lain..buat la banyak mana pun cerita seram..memang akak tak pernah tengok..
ReplyDelete@Mrs.Eady
ReplyDeleteAkak ni pun penakut..hehe. Dulu2 zaman anak dara suka tengok, tapi sambil sembunyikan muka dengan bantal, sekarang ni memang tak suka tengok..:D
@atie
ReplyDeletekarut lagi mengarut
@LYAfrina
ReplyDeleteHa'ah, tapi saya baru tengok satu je citer hantu korea, tu pun tak ingat tajuk...
@Cma Shiema
ReplyDeletebokbong tu citer apa ekk?...huhu baru first time dengar tajuk dia, ketinggalan sungguh saya ni..
@sarah-najwan
ReplyDeletewah lagi sorang sebut bokbong. Saya blurr tak tahu citer apa tu...huhu
@Adlan Solis
ReplyDeleteagreed...
@qemaishak
ReplyDeleteakak suka tgk citer komedi...layan kartun pun best jugak..
@a.z.r.i.n.a.03.07
ReplyDeleteye kan. Saya pun kalau diorang bukak citer hantu terus suruh tukar channel. Baiklah diorang tgk kartun...
@kak Erna
ReplyDeletehehe..tak suka ye kak...:D
Azi pun tak suka!!.. Nyway Yus pernah tgk cerita delima sakti tak? dengar nya dah kena stop yea?
ReplyDelete@Ajzie
ReplyDeleteTak pernah lah azi. Azi sebut ni baru yus tahu. Citer apa tu?