Friday, January 14, 2011

Home » » Bagaimana nak letak "Facebook Like Button" di setiap entri anda...

Bagaimana nak letak "Facebook Like Button" di setiap entri anda...

Akibat dari menukar template, makanya segala apa yang aku dah edit pada tempate sebelum ni hilang. Terpaksa aku cari dan masukkan semula.

Aku ni memang rajin juga mengubah template. Siapa yang kenal aku dari mula aku blogging tahun 2006 tu mesti tahu kan. Asyik ler suka ubah-ubah template ni. Tapi biasa-biasa saja sebenarnya. Aku suka cuba-cuba, nak cuba pada siapa punya lagi kalau tidak blog sendiri kan....:)

Salah satu yang telah hilang ialah "Facebook Like Button" pada setiap entri aku. Terpaksalah aku masukkan semula.

Dan untuk pengetahuan semua 'like' button itu hanya dapat di lihat sekiranya anda lihat link  entri tersebut. Maksudnya kalau anda lihat 'home' atau anda klik http;//maz-naz.blogspot.com (contoh add blog aku lah ye), tak akan kelihatan. Tapi kalau anda lihat link entri tersebut contoh http://maz-naz.blogspot.com/2011/01/bagaimana-nak-letak-facebook-like.html baru nampak. (Erkk faham ke apa yang aku tulis ni. Susah juga nak menerangkan kat orang ye)

Oleh kerana aku takut lupa, dan malas nak google lagi lain kali, aku letak sini cara-cara nak letak "like" button ni pada blog. Untuk di kongsikan dengan semua juga.


Ok caranya:
  1. Copy code di atas. Login akaun Blogger anda dan pergi ke Design > Edit HTML dan klik pada kotak yang ada tulis Expand Widget Templates”.
  2. Cari perkataan " data:post.body " dan dengan segera paste kan code tadi di situ.
  3. Save template anda dan anda pasti dapat lihat 'like' button pada entri anda  yang seterusnya.
Kalau tak berjaya juga.....silalah ke laman web ini ye. Aku ni sebenarnya tak pandai nak letak code tu di sini. Takut salah coding pula...huhu. Maafkan saja ye. Apa pun aku nak kongsikan apa yang aku tahu.

Selamat mencuba ye kawan-kawan.

p/s: Ya Allah, berapa kalilah aku edit entri ni. Lain kali tak nak aku buat tutorial mcm ni. Tak pandai sungguh...huhu

~ يوس ~

6 comments:

  1. wa..btul la yus ajar tu..kalau takut..copy dulu code tu..letak kt notepad..pastu tmbah code like..n tgk..klu xjadi..copy balik code lama..tapi template ni cntik jugak dr biru~hehe

    ReplyDelete
  2. rajin kak yus ye...hihi

    kalau wani, jenis yg suka stick dengan 1 je...hehe..(malas sebenarnya)

    ReplyDelete
  3. huhuhu... tu yang tak suker sgt tukar template. nnt kucar kacir jadiknya.. hikhikhik... sabar ye akak..

    ReplyDelete
  4. @atie
    huhu....tak pandai nak mengajar sebenarnya...:D

    yus mmg selalu simpan codong asal di notepad. Takut tersalah buat apa2 at least ad back-up

    ReplyDelete
  5. @Mama Zara
    Akak bila datang mood rajin tu, tak leh berhenti selagi tak puashati..huhu

    tapi bila datang mood malas, biarkan aje juga...:D

    ReplyDelete
  6. @NM02
    ha kan kucar kacir jadinya....

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...